Assalamualaikum

Haaa. Ni misteri macam mana ni? Bukan ke orang kata kalau B40 dan M40 dapat ijazah sarjana muda kelas pertama, akan dapat pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN? Sebab hutang dah convert jadi biasiswa? Tapi ada kena bayar balik ni apa cerita?
Sebelum tu, ye Alhamdulillah seperti yang aku selalu doakan sebelum ni, hasrat untuk dapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN tu lulus. Cumanya lama bethol la nak tunggu pengesahan tu. Aku mohon pengecualian bulan Ogos 2023 tau, memang secepatnya lepas aku konvo dari UUM. Tapi resultnya dapat bila?
April 2024 weh. Dekat 8 bulan menanti hahahah
Aku kemain la nervous ingatkan ada masalah dengan permohonan tu, pastu overthinking ingatkan tak lulus. Mana tau kot-kot ada kuota berapa orang je daripada graduan kelas pertama tu yang layak dapat dan kuota dah penuh sebelum aku. Rupanya bukan. Memang sistem dia yang ambik masa. Sabar je la kita huhu
Aku ingat lagi masa dapat emel ni, aku dalam kereta dengan abah masa pergi beli suplemen untuk arwah mak. Sebab datangnya tu tak diduga lepas menanti sekian lama, haaa termenangis la kita on the spot dalam kereta sebab rasa macam leganyaaaa.
Sebab kita pun masa tu terumbang-ambing lagi nak cari kerja, ringan la rasa bahu sebab hilang satu beban. Lapang sikit nak bernafas sebab dah tak kena panik dapat emel "Anda ada tunggakan pinjaman sebanyak RMxxxx"
Yeee memang sepanjang tempoh menunggu pengesahan pengecualian bayaran tu, dia hantar emel suruh bayar balik hutang ye. Tu yang kita dalam keadaan nervous je haha
Tapi rasa lega tu kejap je la sebab tak lama pastu masuk pulak satu emel baru cakap pasal penggabungan/penstrukturan semula pinjaman yang datang dengan butiran kat bawah, di mana aku dijangka kena bayar balik dalam 6 ribu lebih kepada PTPTN...
Macam tak percaya kan. Tapi memang kenyataan nyah sebab tu la yang jadi kat aku.
Dan ni bukan hutang yang baki gabungan dari peringkat pengajian sebelum ni sebab aku kan diploma dari Kolej Profesional MARA yang bebas hutang. So memang jumlah pinjaman tu yang aku pinjam masa belajar di Universiti Utara Malaysia la.
Oleh sebab jumlah pinjaman yang aku layak terima setiap semester sebelum ni dalam RM3k lebih, total RM6k ni maksudnya untuk 2 semester. Dan datangnya dari semester mana?
Semester yang aku masuk belajar semula selepas tangguh satu semester
Kan aku tangguh lepas PTPTN untuk sem tu dah masuk. Jadi duit untuk sem depan tu akan ditahan dan aku kena guna duit yang dah dapat tu je. Tapi tup-tup lepas aku daftar semula masuk sem baru, dapat lagi duit tu. Sebab entah macam mana nama aku ada lagi dalam senarai penerima yang dihantar oleh pihak uni kepada PTPTN...
Pastu lepas dah habis semester praktikal padahal aku sepatutnya dah tamat belajar...
Ye walaupun secara teorinya aku dah tak aktif untuk sem baru tu, tapi nama aku ada lagi dalam senarai penerima pinjaman. Mungkin sebab aku habis lagi awal daripada tempoh 8 semester yang sepatutnya aku belajar dan masa tu PKP pulak, management masih bercelaru kot
Dalam kontrak pinjaman PTPTN memang dah termaktub yang wang pinjaman tu untuk semester PEMBELAJARAN sahaja. Dua situasi di atas ni pulak adalah waktu yang mana aku tak belajar, maka kena la bayar balik duit yang diterima tu. JADI ITU BUKAN DUIT PERCUMA SEPERTI YANG DIANGGAP OLEH ORANG LAIN!
Masa kali pertama duit tu masuk tanpa dijangka, aku memang dah jumpa staf unit kewangan UUM untuk minta kepastian sama ada duit tu elok diambik atau tak. Yakin dia kata "ambik je alang-alang dia dah bagi dan masih dalam kontrak." Mungkin bagi beliau, takpe kalau aku ambik pun sebab nanti aku kena bayar balik jugak.
Walhal hakikatnya dia tak tahu, aku ni kalau boleh taknak bayar satu sen pun sebab dah target nak dapat ijazah kelas pertama dan dapatkan pengecualian bayaran semula. So in essence, kacau daun la staf ni 😂
Adakah benda ni satu kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan kalau mereka semak nama & status aku sebelum masukkan dalam senarai peminjam? YA
Adakah aku marah sebab ini mengacau plan aku untuk jadi bebas hutang? TAK PUN
Sebab ada hikmahnya situasi ni terjadi.
Masa tu kan kita dalam era PKP akibat COVID. Dengan duit pinjaman extra yang pertama tu la aku ada modal beli handphone baru yang storage lebih besar dan processor lebih kuat, pastu langgan WiFi Maxis. Mudah la urusan aku masuk kelas online. Nak buat assignment, jawab online test & exam pun lancar.
Hasilnya, Alhamdulillah dapat la gred aku mantain cemerlang. Kalau aku bertabah guna phone lama yang lag dan mobile data yang sangkut-sangkut tu, entah-entah tak dapat dekan pun untuk sepanjang tempoh degree tu dan tak dapat capai pun CGPA kelas pertama.
Pinjaman extra kedua tu pulak masa ekonomi baru nak membangun lepas COVID makin reda. Sedangkan orang yang dah banyak pengalaman pun susah nak cari kerja baru lepas kena buang masa PKP tu, inikan pula aku yang fresh grad kan. Jadi dengan duit tu la aku buat modal sikit-sikit untuk explore bidang yang boleh jana pendapatan dari rumah je.
Alhamdulillah dapat la juga aku ada di tahap sekarang. Walaupun tak senang, tapi sekurang-kurangnya tak juga menyusahkan orang lain. Boleh sara diri sendiri pun dah cukup elok kan basicnya. Insya Allah ada rezeki lebih besar menanti pasni.
Maka apa jadi pada baki pinjaman yang berbaki tu?
Alhamdulillah dah selamat dibayar sepenuhnya.
Mula-mula memang ada tunggakan yang dikira sebab aku pun tak tahu ada baki kena bayar kan. Pastu haritu nampak PTPTN buat promosi penstrukturan:
Kalau bayar RM300 dan buat direct debit untuk bayaran bulanan, kita boleh reset tunggakan kepada 0 dan mohon direct debit baru untuk ubah amaun bayaran ikut kemampuan.
Maka aku gigih la korek tabung bayar RM300 tu ye. Pastu memang tunggakan jadi 0 balik, tapi nak buat struktur baru tak lulus haha
Entah la sistem PTPTN aku tu bercelaru betul. Dalam emel atas kan tulis ansuran aku sepatutnya RM105+ (berdasarkan baki 6k), tapi dalam app myPTPTN tulis ansuran RM159+ (berdasarkan total pinjaman 24k). Pastu aku mohon direct debit baru bawah RM100 tak lepas sebab pegawai PTPTN kata baki pinjaman sikit, macam serba salah je. Ansuran paling optimum adalah RM105+ untuk cepat bayar (which was in the email but not the app??)
Hasil nego(?), dia ubah jumlah ansuran aku dalam app myPTPTN ikut RM105 tu tapi yang kelakarnya, sebab permohonan direct debit baru aku tu dah kena reject, I still ended up paying RM159 setiap bulan haha. Mungkin aku kena buat permohonan baru kot lepas tu tapi malas aih nak mikir
Tu pun kejap je aku bayar bulanan. Pastu aku tengok kiraan dia macam memeningkan sebab baki asyik naik setiap bulan berbanding baki yang sepatutnya lepas aku bayar (sebab upah tu kot), akhirnya kita korek lagi tabung dan campur duit pusaka peninggalan arwah mama dan bayar lumpsum terus. Alhamdulillah baru la bebas hutang terus.
Pastu dapat emel penghargaan ni haha. Rasa kelakar dan comel pulak.
Jangan bimbang. Saya memang hargai jasa PTPTN yang dah bagi saya peluang untuk sambung belajar tanpa susahkan family dari segi kewangan sebab tu gigih nak bayar balik. Terima kasih banyak hehe
Overall, begitulah kisah macam mana boleh terjadi ada orang yang dapat pengecualian bayaran balik PTPTN, tapi tetap ada baki kena bayar semula. Sedikit pelik tapi benar belaka 😂
Dan aku buat masa sekarang, agak tenat la sikit lepas bayar sedebuk baki tu. Tapi at least tenang kepala tak pening tengok hutang makin banyak dan tak panik memikirkan cukup ke tidak baki dalam akaun untuk survive setiap bulan. Mujur sekarang WFH kat rumah family so jimat sikit kos sara hidup. Aman je nak slowly menabung semula
Untuk korang yang masih ada baki pinjaman PTPTN untuk dibayar, aku doakan urusan korang dipermudah dan rezeki korang dilapangkan untuk sentiasa cukup bagi semua komitmen and more. Untuk geng yang ada kerja dan mampu bayar tapi ketegaq tak nak bayar, insaf la woi. Bayar la balik supaya PTPTN ada dana yang cukup untuk generasi baru nak sambung belajar nanti.
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤