Slow-slow kita start balik | NaSa

Slow-slow kita start balik

by NaSa, August 10, 2025
Assalamualaikum

Lama betul tak menapak kat tanah sini. Penuh dengan semak samun dah gamaknya. Lepas setahun tak berupdate, last aku datang untuk kongsikan berita pemergian arwah mak aku je kan. Pastu terabai semula blog ni 🙈

Kalau bukan sebab tak lama lagi domain ni nak kena bayar renewal fee, entah-entah aku lupa terus yang kita ni sebenarnya ada identiti blogger. Tak balik modal betul bayar domain setiap tahun dekat seratus, tapi tak manfaatkan pun so income Google AdSense tu 1-2 dolar je hahahah 

Tapi sekarang ni hajatnya nak start menulis balik la sikit-sikit sebab aku rindu nak membebel panjang kat sini. Sebelum ni takde kesempatan sebab sihuk kumpul duit sesen dua buat simpanan, pastu kemudahan gajet pun takde. Laptop dari usia purba kan. Rumah pulak takde wifi. Kalau sambung hotspot simkad tu, Allahu slow macam nak ajak gaduh. Nak guna phone, kecik tak sedap menaip. Pastu mudah distracted pergi bukak app lain

Makanya... Hasil menyimpan sikit-sikit, dapat la kita beli sebiji tablet marhaen yang khas untuk blogging ni. Alhamdulillah selesa jugak guna. Lebih besar daripada smartphone so mudah nak menaip, dan performance lagi laju daripada laptop walaupun cuma sambung hotspot free Umobile 🤣

Sooo kalau dulu kita malas sebab takde topik yang menarik untuk dikongsikan, pastu malas sebab dah ada topik tapi gajet pula jadi kekangan, sekarang dua-dua dah seiringan ada lengkap. Jadi insha'Allah kita akan mula bangkit menulis semula kat blog ni.

Ada orang nak baca atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, kita kena berpegang pada nama domain kita ni: "NaSa Menulis". Jadi kena la menulis 😝

Doakan saya istiqamah hehe. Nanti kita jumpa lagi. Sekarang masih dalam proses setup tablet ni biar memenuhi citarasa aesthetics diri sendiri. Dah siap nanti boleh la kita spill sekali beli tablet apa 🤫

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS