Benda yang aku berhenti buat untuk tahun 2026 for my self peace | NaSa
"New year, new me" kan mat saleh selalu kata. Tapi ni bukan perubahan habit yang ekstrem untuk transform jadi diri baru yang serba hebat ala-ala superwoman. Cuma beberapa tabiat kecil yang aku cuba ubah sikit-sikit sejak hujung tahun lepas dan usahakan sampai bersambung ke tahun baru 2026 ni. Dan ada la hasil sikit for my mental peace sebab tu masuk bulan Februari baru cerita. Kang kalau cerita awal-awal tapi tak buat, dicop sembang kencang pulak 😂


Entri ni panjang sikit kot sebab biasa la aku menaip takde brek. Dan antara small habits tu banyak yang aku cuba ubah tapi kita kongsi Top 5 dulu la ya 😎

1) Minum air sejuk setiap masa
Sejak viralnya tumbler besi yang tahan sejuk sampai berbelas jam, boleh kata setiap masa la aku minum air sejuk. Sampai sehari 2-3 kali refill ais. Tapi aku ni sensitif suhu sejuk. Bayangkan hari biasa minum ais pun gigil, pastu masa musim tengkujuh yang hujan 24 jam pun tibai ais? Pastu start la gigil yang guna comforter pun tak cukup, kena pakai stokin, baju sejuk, tutup kipas. Mendapat kan huhu

Lama-lama badan aku rasa tak best maka sejak Disember 2025, aku tukar minum air panas macam petua tradisional Cina. Mujur ada Coway so mudah aku mix air biasa dengan air panas dalam tumbler. Takdak termometer nak ukur tapi suhu air tu dalam 60 Celsius kot. Ia panas yang just nice, tak lecurkan lidah tapi yang pasti bukan suam. Minum pagi-pagi best woo. Letak Celtic salt sikit for mineral 😋

Memula ingatkan minum air panas ni akan buatkan tubuh aku panas but surprisingly TIDAK. Rasa suam je di tekak dan lepas badan regulate suhu, akan rasa cool refreshing sensation. Takde gigil macam minum ais. I like it so sampai sekarang aku teruskan habit ni. Kadang-kadang je minum ais masa bancuh minuman manis. Tu pun aku jarang minum manis so mudah la nak kekalkan habit baru ni 💪

2) Hoarding habit akibat FOMO kumpul produk baru
Ni berkait dengan karier sebagai content creator. Sebab kalau dulu orang yang popular, cantik, putih, dan ramai followers je dapat brand collabs, sekarang dah lain. Brand kerja je dengan orang muka awam macam aku ni tau. Ye la kita kan di era short-form video yang orang boleh beli terus produk tu dalam video. Maka banyak la brand offer produk percuma untuk banyakkan iklan mereka.

Back in my early days sebagai video creator, hampir semua offer aku sauk dan free sample aku mohon. Kononnya makin banyak produk, makin meriah senarai brand untuk aku show off dalam portfolio. Dan tak dinafikan memang seronok dapat banyak barang ni, especially kalau beauty products dalam kotak cantik, lengkap satu set, warna-warni. Tapi lama-lama, aku rasa burn out, mentally exhausted.

Kita ni ada satu muka dan satu badan je. Produk untuk basic needs tak perlu banyak pun. Simpan banyak-banyak ni makan space dalam rumah je. Aku pula rumah kampung, tak lari dari isu anai-anai. Tahun lepas berapa kali aku kena gotong-royong cuci bilik ni sebab barang yang aku dapat, yang aku beli sendiri, banyak rosak kena makan dek anai-anai. Rasa nak ngamuk ya.

Belum campur produk yang expired begitu saja sebab banyak sangat dan tak sempat guna. Rasa bersalah pun ada. Tak tahu la masa dihisab nanti macam mana sebab banyak membazir. And that's when I decided, cukup la. Aku dah tak excited tunggu brand keluarkan produk baru, rebut join kempen, jadi orang terawal dapat cuba benda tu. Nak guna dan promote apa yang ada je.

Biar la akaun aku nampak bosan sebab takde produk terkini. Sebab solusi kepada rumah yang takde ruang ni bukan beli rak baru, tapi kurangkan produk sedia ada. Sekarang aku terima offer atau mohon sample kalau produk tu sesuai dengan aku dan ada potensi aku akan guna banyak kali je 😌

3) Beli barang jenama mahal sedangkan ada alternatif murah
Aku jenis yang kalau nak something, kena cari yang the best on the market walaupun mahal sikit. Baru la puas hati. Tapi dopamine daripada pembelian tu sekejap je. Pastu aku akan bosan dan simpan je. Kalau gitu baik beli yang murah je kan. Tak ralat sangat kalau tak guna atau guna pastu rosak.

I noticed this habit masa beli mask waktu COVID. Face mask ni asalkan ada filter sesuai dan mampu milik, dah cukup kan. Tapi aku gigih cari mask bercorak sebab tak nak nampak sama mask biru atau hijau macam orang lain. Padahal mask gitu mahal dan tetap boleh pakai sekali je. Akhirnya aku sayang nak guna takut cepat habis so aku beli mask biasa untuk gilir-gilir LIKE?? Bodo kan 😂

Sama macam tablet ni (Redmi Pad 2) yang aku beli untuk mudahkan aktiviti blogging. Hati membuak rasa nak cukupkan aksesori beli stylus rasmi (Redmi Smart Pen) harga RM199, sebab tablet ni takde palm rejection kalau guna universal stylus. MASALAHNYA AKU TAKDE BENDA NAK TULIS PUN. Zaman student tulis nota dah habis. Aku pun tak minat buat journal tulisan tangan so nak buat apa? 

Akhirnya with that same budget aku beli je stylus biasa dan baki tu terlebih cukup untuk beli screen protector, casing, beg tablet, dan simpan. Jauh lebih jimat. And from those past mistakes la aku cuba bina habit baru ni untuk 2026. Sebelum beli something, cari alternatif dulu. Tak perlu terlalu pentingkan jenama kalau ada produk biasa yang boleh bagi fungsi yang sama ✅

4) Abaikan blog
Ni antara benda yang paling membazir dan sia-sia aku buat tahun lepas; lama cuti menulis di blog sebab pentingkan video content semata. Padahal domain tu bayar kot setiap tahun. Dah la guna GoDaddy yang mahal daripada tempat lain. Nak tukar provider, malas pulak. Tak balik modal langsung haha

And yes blog ni pun penting for my self peace. Aku secara in-person bukan jenis banyak cakap and may not be that good verbally. Kalau bercakap, aku rasa orang tak dengar dan bosan. Tapi kalau menulis, ada la juga bakat puitis sikit. Boleh juga tulis panjang-panjang cerita in detail. Kalau orang tak nak baca habis pun, boleh je tekan Ctrl+F untuk cari isi penting sahaja 😂

Sepanjang tinggal blog, aku guna juga media sosial lain tapi feeling tak sama macam menulis di blog. Kalau kita luah perasaan, orang kata "aku dulu lagi teruk" padahal kita tak tanya. Cerita pasal barang best, "nak promote barang la tu" padahal memang cerita jujur dan apa salahnya kalau aku nak share link sekalipun? Seghabuk la netizen ni semua benda serba tak kena.

Sebab tu tahun ni aku aktifkan blogging semula. Takde orang baca pun takpe. Yang penting aku ada tempat menulis, ada outlet untuk taip memori aku, pendapat aku, luahan perasaan aku. Biarkan orang yang berminat dengan topik yang aku bawa tu cari keyword dan jumpa sendiri blog ni daripada tarik orang yang takde kena mengena 😌

5) Menyibuk dengan gosip semasa
Hidup dan gosip ni berpisah tiada. Hari-hari ada je topik hangat kan. Dulu rajin la juga aku join netizen menyibuk nak tahu siapa gerangan di sebalik hint kontroversi yang orang bagi, menempel quote atau komen dengan pendapat sendiri, judge berapi-api. Tapi lama-lama rasa macam terlalu hater diri ini and for what?

Dan orang sekarang ramai keyboard warrior yang menjangkaui lebih daripada bagi ulasan, sebab sampai tahap mengata dan menghina. Kalau cakap pasal jenayah, faham lagi. Tapi kalau berlebihan dedahkan aib, risau yaa. Hati kita ni Allah yang pegang, bila-bila masa boleh dibalikkan. Dan kita kadang cuma nampak tips of the iceberg so apa yang kita cakap mungkin tak membantu pun. 

Jadi sekarang aku baca sekadar untuk ambil tahu je la. Macam oh dia ni bercerai, dia tu buat tu, dia tu ada isu ni. Dah takde join bagi pendapat sendiri kecuali kalau perlu kata semangat. And it gives me sooo much peace. Tak perlu tertunggu-tunggu harini ada orang buat benda bodo apa lagi sebab percaya la populasi orang bodo ni ramai. Tak cukup masa kalau kita nak ulas semua huhu
.
.
.
Dan sekian, begitulah kisah muhasabah diri sepanjang 2-3 tahun lepas yang aku sedang cuba untuk improve tahun ni. Mungkin kecil bagi orang lain. Tapi diri aku rasa tenang so takpe je la.

Selamat bulan Februari, korang 🫶

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS