Sepanjang jadi affiliate di TikTok dan kebelakangan ni aktif di Shopee sekali, banyak juga la soalan penuh kekeliruan yang aku tengok daripada affiliate yang baru start berkecimpung dalam bidang ni. Antaranya:
🔸Kat mana nak mohon sample produk?
🔸Kalau diluluskan, nak kena buat apa lepas tu?
🔸Nanti sample tu kena bagi balik kat seller ke?
Jadi kerana itu, menaipnya saya di sini untuk berkongsi tentang cara-cara yang betul untuk mohon sample produk bagi platform Shopee dan TikTok, serta apa tindakan seterusnya lepas lulus, supaya mudah bagi affiliate baru jadikan rujukan. Takmau pening-pening ya.
Tapi prosesnya banyak nak explain kalau cerita dua-dua terus so kita pecahkan kepada 2 bahagian. Kita cerita Bahagian 1 untuk Shopee dulu. Bahagian 2 untuk TikTok nanti kita cerita dalam entri lain.
CARA MOHON SAMPLE DI SHOPEE
Di mana boleh cari produk yang boleh bagi sample?
1) Di Affiliate homepage, skrol bahagian bawah sikit
2) Cari jenis/nama/gambar produk melalui search bar
Tapi Shopee ni tak nyatakan terus dari luar sama ada produk yang kita jumpa tu ada tawarkan free sample atau tak. Kita kena tekan butang "Free Sample" tu dulu untuk filter barang tanpa sample, atau tekan satu-satu produk yang ada untuk tengok ada butang "Request" atau tidak. Kalau ada, baru la boleh mohon sample untuk barang tersebut, macam kat bawah ni.
Kadang-kadang ada seller yang akan hantar senarai produk dia untuk minta kita tolong promote. Yang ni boleh check di bahagian "Seller Invited Offer". Tapi offer ni tak semua akan ada free sample. Ada seller yang cuma offer % commision tinggi dan kita kena beli sendiri barang dia tu. Kalau produk tu sesuai dengan bajet atau niche kita, boleh la beli. Tapi kalau tak sesuai, boleh abaikan je.
Dan kalau seller tu ada offer free sample sekalipun, kalau request belum tentu dia approve jugak sampai akhirnya expired. So kita lapangkan je hati dan tak payah berharap sangat haha
![]() |
| Kalau ada offer yang nak bagi sample, proses untuk mohon sama je macam di atas |
Berapa lama kena tunggu untuk seller approve permohonan sample kita?
Tempoh menunggu selama 7 hari lepas tarikh kita hantar request tu. Ada seller yang respon awal untuk approve atau reject. Ada yang tak respon langsung sampai expired, dan Shopee akan emel tepat tengah malam lepas hari ketujuh tu untuk bagitau "your request is cancelled".
Bab menunggu ni ikut kesabaran masing-masing. Ada orang yang biarkan je sampai habis masa, ada orang yang akan cancel sendiri lepas 2-3 hari untuk cari sample lain kot-kot ada seller yang lagi laju approve. Tapi tu la kadang ada je seller yang hari ke-5 ke-6 baru dia luluskan request kita. So ikut rezeki.
Lepas terima sample, nak buat apa?
BUAT CONTENT UNTUK PROMOTE BARANG TERSEBUT.
Lepas dah sahkan terima produk, kita ada tempoh 14 hari untuk hasilkan content dan pos dalam app Shopee atau media sosial lain. Jangan peram sampai habis masa ya.
Sistem Shopee ni ada fulfillment rate yang seller boleh ambilkira untuk luluskan permohonan sample. Kalau affiliate ada rate 80% ke atas, dikira rajin pos content untuk sample dan tinggi la sikit harapan untuk seller luluskan. Kalau rate kita rendah daripada tu, boleh jadi seller tak percaya dengan akaun kita dan tinggi kemungkinan untuk kena reject.
Macam mana nak buat content untuk sample Shopee?
Shopee lebih open bab ni sebab lagi banyak pilihan tempat untuk kita pos iaitu app Shopee sendiri, atau media sosial lain macam Facebook, Instagram, TikTok, Twitter (X), Youtube, dan Lemon8.
Kita boleh buat Live, video, story, atau pos gambar bersama review bertulis. Bagi aku yang paling mudah adalah Shopee Video sebab automatik app Shopee akan detect video tu dan kira sample dah clear. Kalau media sosial lain, kena isi sendiri link pos atau screenshot story sebagai bukti dah buat content untuk sample tu. Kalau pos saja tapi tak submit bukti ni, tak kira huhu
So kalau rasa korang jenis mudah lupa tu, pos je satu Shopee Video dulu untuk automatic completion. Kemudian baru pos di media sosial yang lain dan isi link tu secara manual.
Sample tu kena pulangkan semula ke lepas dah buat content?
TAK PERLU PULANGKAN. Kita boleh simpan sample tu dan guna sendiri. Tapi sebaiknya buat la lebih banyak video atau content lain untuk support seller tu kan. Kot ada rezeki content tu dapat view atau perhatian ramai, dapat lagi banyak sale dan commission. Win-win situation for both affiliate and seller.
.
.
.
Affiliate di Shopee ni overall lebih mudah proses dia berbanding TikTok. Cumanya nak tunggu dapat sale tu ikut rezeki la. Ada yang awal start terus dapat sale, ada yang kena tunggu lama sikit.
Yang penting, amat digalakkan untuk aktif di Shopee Video tu dan banyakkan buat video sendiri, instead of ambik video dari sumber luar atau curi content orang lain dari TikTok. Sebab Shopee ada sistem membezakan antara Original Creator (OC) dengan Non-Original Creator (NOC), dan yang OC tu mudah sikit dapat boost ads dan ada extra commission daripada Shopee.
Semoga entri ni membantu ya. Nanti kita cerita pasal sample di TikTok pulak 🥰
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.










Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤