Minum matcha sebab trend atau memang sedap? | NaSa

Minum matcha sebab trend atau memang sedap?

in , by NaSa, January 29, 2026
"Matcha rasa rumput."
"Matcha rasa daun."
"Matcha tak sedap."

Aku ni mula minum matcha sejak tahun 2024 tau. Sepanjang setahun lebih karier aku minum minuman hijau ni, kata-kata huduh apa je yang tak pernah dengar pasal matcha ni ya 😂

Tapi walaupun ramai mengata pelik-pelik, saban hari tak berkurang pun peminat matcha ni. Sana sini di serata dunia bercambah kedai-kedai jual produk daripada matcha sampai stok di Jepun sebagai pengeluar utama pun kronik tak cukup. So jiran-jiran dia ambil peluang untuk buat serbuk matcha jugak sampai sekarang dah ada matcha China dan Korea.

Jadi, apa yang hype sangat pasal matcha ni sebenarnya? Memang orang minum matcha sebab sedap, atau cuma FOMO to join the hype sebab matcha tengah trending di media sosial? 


Bagi aku sendiri, memang minum matcha sebab suka rasa ori dia. Dan asbab dah biasa minum pure green tea kosong, so minum sebagai matcha latte tanpa gula pun onz je. Kadang-kadang, aku tukar selera buat strawberry matcha walaupun aku tak suka pun strawberi. Saja je nak tengok lapisan 3 warna dia yang lawa macam gambar tu haha

Nak sampai ke tahap ni, i started small dulu.

Memula beli serbuk matcha murah kat Shopee yang bawah RM10. Gigih whisk guna milk frother letrik. Tapi tak puas hati sebab tak larut elok, so aku invest beli set alat matcha jenis buluh yang macam orang Jepun guna. But then tak puas hati sebab tak sedap so kita cari lagi matcha yang lebih berkualiti. Dan Alhamdulillah sekarang dah banyak koleksi serbuk matcha aku ada.

SEDAP KE MATCHA?
Bab ni subjektif. Matcha ni macam pure green tea level paling ekstrem. Sebab kalau green tea, kita rendam daun teh dalam air panas dan buang daun tu sebelum minum kan. Tapi matcha ni daun teh yang dikisar halus dan dibancuh minum sampai habis. Takde tapis-tapis. Sebab tu orang kata rasa macam minum rumput. Because we are literally eating the full tea leaves 😂

So it is a matter of acquired taste. Ada orang sekali minum terus suka. Ada yang memula tak suka pastu try 2-3 kali baru sangkut. Ada yang tak boleh telan langsung. Dan ada orang yang suka green tea tapi takleh minum matcha, dan vice versa ada yang suka matcha tapi tak suka green tea. YMMV. Lain orang, lain citarasa.

APA KEBAIKAN MATCHA?
Korang tahu tak matcha ni sebenarnya tinggi kafein macam kopi? Tapi side effects dia lebih gentle berbanding kopi, terutamanya dari segi lawas dan tremors. Dan tu la antara sebab aku teruskan minum matcha dan dah kurang minum kopi.

Segi lawas
🔸Kopi - Kesan agak kuat. Dah macam aku kena cirit-birit keracunan. Gelupur cari jamban. Kadang berulang. Would feel dehydrated and extremely hungry after that.
🔸Matcha - Perut memulas lebih lembut. Ada lagi la masa nak kontrol ayu berjalan pergi ke toilet. Usually once and done. 

Segi tremors
🔸Kopi - Pun kuat jugak. Minum lepas makan makanan berat pun tetap gigil macam hypo yang kurang gula dalam darah sebab lambat makan. I cannot imagine kalau minum masa perut kosong. Dan efek dia agak cepat. Dalam 1-2 jam lepas minum, dah mai gigil.
🔸Matcha - Lebih lambat efek dia lepas minum, dan tahap gigil terkawal. Bukan la tahap aku pegang barang dalam video nampak gegar macam gempa bumi.

Segi tenaga dan fokus
I would say kesannya lebih kurang sama bagi aku. Cuma kesan berjaga malam tu je beza sikit.
🔸Kopi - Minum pagi, sampai ke subuh esok memang takleh tidur.
🔸Matcha - Minum pagi, elok je masih boleh tidur malam. Minum petang baru takleh tidur 😂

Sekian... begitulah kesan kopi dan matcha kepada aku yang mendorong aku untuk kurangkan kopi dan lebihkan matcha sejak 2025. But bear in mind yang kesan kopi tu cuma kalau minum kopi 3-in-1, sebab kalau kopi dari biji kopi yang kisar fresh, lain kesannya. Pengalaman yang tu nanti kita cerita dalam entri lain okiee~

Tapi itulah sedikit sebanyak latar belakang macam mana aku boleh terikut meminati matcha. At some point, betul yang aku tahu pasal matcha ni daripada hype melalui media sosial. Tapi pilihan seterusnya untuk teruskan minum tu disebabkan oleh kebaikannya berbanding kopi la. 

Dan setakat ni, semua matcha yang aku minum adalah bancuhan sendiri ya. Tak pernah beli di kedai lagi. Walaupun ada banyak rekomendasi tempat yang orang kata sedap, harga dia mahal nak meninggal jugak untuk secawan. Aku dah la kedekut pastu picky eater. Tak mampu saya nak justify beli secawan air harga sampai berbelas yang belum tentu kena dengan citarasa haha

Lagipun takde geng jugak wey nak ajak pergi cafe hunting cari matcha dan desserts sedap-sedap. Family aku tak minat matcha, pastu kita jiwa Kelate ni lebih ke arah makanan berat. Baik pergi explore restoran makanan banyak lauk daripada beli manis-manis huhu. Takpe la hikmahnya jimat duit kami 😂

Korang macam mana? Masuk kategori suka matcha atau tak minat rumput? Hahahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS