NaSa: Shopee
Showing posts with label Shopee
Sepanjang jadi affiliate di TikTok dan kebelakangan ni aktif di Shopee sekali, banyak juga la soalan penuh kekeliruan yang aku tengok daripada affiliate yang baru start berkecimpung dalam bidang ni. Antaranya:
🔸Kat mana nak mohon sample produk?
🔸Kalau diluluskan, nak kena buat apa lepas tu?
🔸Nanti sample tu kena bagi balik kat seller ke?
🔸Dan banyak lagi la...

Hati-hati kalau beli coklat dari Shopee

in , , by NaSa, November 08, 2021
Assalamualaikum



Berdebar tak baca tajuk tu? hehehe

Bukan niat nak menakutkan pun. Cuma rasanya kalau melibatkan produk coklat ni, pastu beli online pula kan, macam semua orang boleh agak je kan apa risikonya? 😂
Assalamualaikum


TMI untuk hari ini, aku suka waffle.

Sangat suka.

Kalau dapat waffle sebiji, aku dah kenyang dan tak perlu makan nasi dah. Dasar perut kecik haha. Tapi tu la kalau beli waffle di kedai ni kan, masalahnya selalu kecewa je sebab kadang-kadang waffle yang kita dapat tu buat kita persoal balik sama ada berbaloi ke tidak kita buat keputusan beli waffle tu? hahahaha

Beli Ahmad Tea demi cawan percuma

in , , by NaSa, October 25, 2021
Assalamualaikum

Tak ingat dah haritu aku blogwalking di laman blogger mana. Tapi aku ingat la yang isi entri tulisan beliau masa tu pasal beli Ahmad Tea sebab nak dapatkan cawan teh edisi terhad sempena ulangtahun ke-25 jenama Ahmad Tea bertapak di Malaysia. Cantik juga cawan dia. Tergoda aku.
Assalamualaikum

Rumah anda tak ada Coway atau mesin air seangkatan dengannya?

Nak buat air panas secawan je dan malas jerang air guna cerek biasa?

Haaaa sama la kita.

Kat rumah ni, ada peti sejuk dan freezer je. Jadi stok air batu tu tak putus dan tak perlu water cooler. Air panas macam teh pun biasa buat satu jag waktu pagi je. Jimat la jerang air panas penuh cerek sekali harung kan. Cuma masalahnya, aku kadang-kadang ada rasa nak minum air panas waktu lain tau.

Berkebun dalam Shopee

in , , by NaSa, September 20, 2021
Assalamualaikum
Jom jadi pekebun tanpa baja.

Dalam dunia sekarang yang dibanjiri dengan kewujudan pasar atas talian ni kan, rasanya ramai orang yang pernah ada pengalaman beli barang melalui aplikasi Shopee kan?

Aku pun rajin. Hampir setiap bulan ada je parcel menyinggah di rumah ni untuk aku. Aktif sangat membeli-belah siap dapat pakej pernah kena scam dalam Shopee lagi hahaha
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS