Mari adik, mari kakak abang. Sediakan teh, kopi, dan matcha anda, tak kisah sejuk ke panas. Pastu mari duduk dekat-dekat, rapat-rapat meh. Kita berkepochi bersama alang-alang aku nak membebel manjahh ni π
![]() |
| Aku bawak kopi 7E. Harga mampu milik. Kita kan "takde duit" π€ |
So haritu kan, ada sorang hamba Allah ni baru balik dari luar negeri. Pastu sempat la singgah ke rumah abah ni. Kebetulan aku ada sekali di ruang tamu tu, dia macam takde angin takde ribut, tengah bercakap tu tetiba la dikempennya "kat luar negeri tu banyak kerja kosong." Walaupun pastu sambung topik lain, selang berapa ayat tu dia kona dan repeat lagi ayat yang sama banyak kali...
KAT NEGERI LUAR KELANTAN TU BANYAK BETUL KERJA KOSONG!
Wow tiberrr. Tapi gitu la habit dia kalau aku bertandang ke rumah dia pun. Selalu ungkit topik kerja. "Kelantan ni susah cari kerja". "Kena ke luar negeri kalau nak gaji tinggi". Pendek kata "KENA KERJA!" Nampak macam nasihat tapi di orang yang alami tapak kasut macam aku ni mesti akan faham.
Penat gegendang telinga mak ye nyahh. Sebab target dia memang aku pun lol. Sampai satu tahap aku pun dah malas nak berziarah, malas tengok muka dia.
Ye la aku di mata hamba Allah ni penganggur cemana pulak kannn. Pernah je orang sampaikan yang dia duk berkias cerita pasal aku macam aku ni rugi je belajar tinggi, grad ijazah kelas pertama, tapi akhirnya duk rumah je. Buat affiliate yang (for them) tak boleh dipakai. Nak buat cemana kan, takde gaji tetap apatah lagi pencen. Sebab hint dia memang selalu suruh aku apply SPA9 pun.
It's just the same old song. Again, and again, and again...
Entah la eh. Penatnya nak ulang explain perspektif aku ni. Padahal bukan aku cakap bahasa Perancis pun sampai susah difahami.
Anak buah aku tu autisme, nonverbal, with (luckily) mild physical abnormalities. So sila la bayangkan betapa tebal buku dia dengan kad temujanji hospital untuk improve bagi dia mampu berjalan dan bercakap secara normal. Bulan Oktober ni pun ada temujanji doktor siap pakej surgery ya untuk rawat tongue tie dia.
Kakak aku pulak ibu tunggal. Maka siapa yang kena teman setiap kali jumpa doktor sebab obviously anak buah aku akan tantrum sebab overstimulated lepas tunggu lama?
Yours truly ππ»♀️
Like hello fikir logik la. Dalam ekonomi sekarang ni, siapa je tak nak kerja stabil dan gaji tetap oii. Aku pun nak jugak beli emas, rumah, kereta, pergi bercuti. Atau paling kurang pun, ada insurans kesihatan. Senang kalau sakit demam, boleh pergi klinik swasta. Ini aku nak scaling gigi pun rela book temujanji MySejahtera tunggu berbulan-bulan sebab nak jimat duit selagi boleh hahah
Aku pernah cakap direct kat kakak aku yang aku boleh je cari kerja. MUET aku pun Band 5. Nak kerja luar negeri kena speaking speaking pun boleh. Dah orang dengki sangat nak tengok aku keluar pagi balik malam baru dikira kerja kan. Tapi nanti semua urusan hospital anak buah aku tu sila uruskan sendiri. Atau pergi la panggil hamba Allah yang judge aku tu suruh teman.
But of course kakak aku tak setuju. Dia kata biar la orang nak kata apa. Dia faham je aku ni berkorban untuk anak buah aku. Dah la arwah mak kami dah takde untuk tolong mengasuh macam dulu. Anak buah aku pun lagi selesa dengan aku. So walaupun aku ni takde pangkat kerja, tapi pangkat aku tinggi la jugak di mata anak buah yang baru reti panggil nama aku di usia 4 tahun ni.
Simply put, everything that's happening now is for a damn reason. Bukan aku berlagak princess tak nak kerja. Aku terperuk dalam bilik pun ada juga usaha cari duit waima seringgit. Bukan lepas tangan 100% harap duit orang. Dan kalau ada pun bab yang betul aku ni pemalas, aku malas ambil kisah pasal orang lain.
Kalau aku tak berkenan dengan seseorang, apa dia cakap tu masuk telinga kanan aku, nanti keluar telinga kiri. Nak sembur balik pun aku malas. Cuma ye la kalau dah ulang-ulang serupa radio buruk, rimas la jugak. Pastu anehnya walaupun aku tak busybody pasal orang, aku tak faham kenapa orang suka petik kisah aku. Duduk diam-diam pun boleh tarik perhatian ke? π
Literally pernah ada kejadian yang bagi aku sangat tiberr sebab ada anak orang ni boleh persoal "(Nama aku) tu bila nak kahwin?"
A CHILD ya. Yes it could be just a child's curiosity. Tapi pada masa sama, pelik la jugak kan. Entah apa benda yang the adults duk bercakap pasal aku sampai budak pun boleh sibuk nak tahu pasal hal dalam kain aku? ππ»♀️
Seriously to these kepochi people, just mind your own business, please and thanks...
Atau kalau nak gosip pasal aku pun, cakap sesama sendiri senyap-senyap je la tak payah sampai aku tahu. Buat kerja tak clean siot lol
Anyway, korang tolong la doakan sekali semoga surgery anak buah aku bulan Oktober depan ni selamat dan perjalanan speech therapy dia akan jadi lebih lancar. Kami harap sangat nak tengok dia boleh bercakap. Nanti mudah jugak dia nak masuk sekolah. Inshaa Allah π«Άπ»
Bye dan Assalamualaikum.






Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya π
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then π
Thank you for reading ❤