Tiramisu... agak lama juga aku meratib nak makan dessert yang satu ni. Sejak sebelum viral lagi dah ada rasa teringin, pastu tetiba meletop pula di media sosial dengan bermacam-macam olahan tiramisu, sampai ada krisis kehabisan lady finger & keju mascarpone lol. Lagi la teringin nak cuba kan.
Tapi aku nak yang dah siap la. Walaupun bendanya macam mudah je nak buat, tapi tengok harga setiap bahan tu macam minta buah pinggang sebelah, aku malas nak beli. Baik cari yang dah siap je. Buat cicipan asalkan tercapai craving pun dah cukup. Dan akhirnya sejak lepas raya aku mencari, ni baru dapat.
Aku beli daripada salah satu gerai yang buka depan Lotus's Kota Bharu. Baru ada kesempatan nak jejak. Padahal sebelum ni dah banyak kali beli barang dapur kat situ masa hujung minggu, tapi tu la biasanya kami pergi pagi. Gerai-gerai ni pula buka waktu petang. Tu yang berselisih tak sempat.
Sebekas tiramisu ni RM10, buat daripada keju mascarpone betul, lady finger tu dalam 6 keping gitu dia susun selapis satu bekas. Boleh la tu kan buat self-treat. Kebetulan ada sikit duit baki daripada tabungan yang dah disimpan khas untuk renew domain blog ni haritu. Rezeki hehe
![]() |
| The tiramisu in its full glory. Sedappp~ |
Domain... sedar tak sedar, dah masuk lima tahun aku gunakan domain "nasamenulis.com" untuk blog ni. Rasa macam baru haritu ketar-ketar tangan nak bayar harga domain ni. Almaklum la ia kan suatu komitmen. Kita pula kerja affiliate je buat masa ni. Penuh naik turun nak dapat komisen sesen dua pun. So risau juga tak mampu kekalkan dan akhirnya domain tu dijual.
Tapi Alhamdulillah masih ada rezeki untuk bertahan sehingga ke hari ini. Walaupun aku tak berapa kerap menulis sebab busy, dan orang lain kata mahal sebab domain ni ambik daripada GoDaddy, tapi bior le. Yang penting blog aku, nama aku, identiti aku.
Aku pun malas dah nak tukar. Nanti kang Adsense hilang lagi sementara dia nak proses domain baru. Aku muak menunggu hahah. Yang haritu pun jenuh godek segala google cari step-by-step tukar domain sampai berjaya. Dah la sekarang tak ramai yang blogging. Jadi apa-apa karang, aku tak tahu pulak nak rujuk siapa.
Buat masa ni, kita teruskan cari duit je la supaya boleh buat tabungan untuk domain tu setiap bulan.
Dulu aku guna Tabung Mae Maybank. Tapi macam tak best sebab duit tu tak berkembang. So aku tukar kepada Savings Pot dalam app Aeon Bank, lagi berbaloi. Sebab tabungan tu nanti akan dilaburkan dan setiap bulan kita akan dapat profit. Jadi katakan contoh goal nak kumpul RM100, cukup masa nanti dapat la RM102 ke. Bijak, kan?
UiTM pulak, apa kaitannya dengan dua topik di atas?
Tak ada kaitan. Aku saja nak update semua topik terkini melingkungi hidup aku ni dalam satu entri. Dan cerita UiTM tu adalah... anak buah sulung aku dah daftar masuk universiti TTT___TTT
Ya Allah terasa tua betul aku sekarang. Masa dia masuk sekolah menengah haritu pun rasa macam tak percaya je toddler yang suka ikut abah ambik aku balik sekolah sampai kawan-kawan aku kenal dulu akhirnya masuk sekolah yang sama dengan aku. Pastu ni dia dah habis SPM dan berjaya dapat pilihan pertama dia dalam UPU *sobs*
By the way, keputusan SPM dia dapat 8A tau. Aliran Sains pula tu. Bangga la juga aku sebagai mak sedara kan. Dia pun memang selalu ada cita-cita nak celen result SPM aku yang dulu 11A hahahah. Tapi tu la sayangnya arwah mak dah takde. Kalau tak, kami boleh agak arwah mesti orang paling happy tengok cucu sulung dapat naik pentas ambik sijil anugerah. Al-Fatihah untuk arwah mak kami <3😌
Itu je la update untuk penggal ketiga tahun 2026 ni selepas sekian lama tak menulis. Masuk penggal terakhir nanti (Okt-Dis), harapnya aku sempat tulis lebih banyak lagi.
Bukan takde topik, sebab dalam draft tu banyak je tajuk-tajuk yang aku dah catat siap-siap untuk tulis. Cuma biasa la kita takde masa dan kerajinan. Ye la dah penat nak rekod video dan edit untuk pos di media sosial untuk kerja affiliate dan review kan, aku dah muak nak mengadap skrin lagi untuk menulis pulak.
Sebab tu kena tunggu hari yang aku dah muak nak rekod dan edit video so kita boleh lari ke blog pula sebagai escapism. Parahhh. Semoga suatu masa nanti aku jumpa jadual yang boleh balancekan kedua-dua aktiviti huhu
Bye dan Assalamualaikum.








Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤