Kalau dipanjangkan umur hidup sampai cecah usia warga emas, besar kemungkinan waktu tu dah takde kudrat sangat untuk kerja keras kan. Sebab tu benda yang penting kena ada untuk masa depan adalah dana persaraan.
Bagi orang yang kerja dalam sektor awam, boleh dapat pencen. Bagi pekerja sektor swasta, dapat caruman KWSP daripada majikan. Kalau gaji ada banyak lebihan tak digunakan, boleh simpan dan melabur lagi. Tapi bagi orang bekerja sendiri macam aku yang jenis income sekejap ada sekejap tak ada ni, macam mana pulak?
Jawapannya, boleh je carum sendiri dalam skim i-Saraan KWSP.
![]() |
| Daftar 2017 sebab ada orang KWSP datang kolej dan kita pun lurus je pergi daftar walaupun masih student haha |
i-Saraan ialah inisiatif caruman sukarela diperkenalkan oleh KWSP untuk membantu individu bekerja sendiri dan pekerja ekonomi gig tanpa pendapatan tetap menerima insentif Kerajaan bagi meningkatkan simpanan persaraan mereka. - Sumber, KWSP
Skim i-Saraan ni dah lama ada tau, tapi aku je baru tahu tahun lepas. Sebab biasa la kita lepas grad tu memang expect nak kerja makan gaji jugak so fikir kepada pencen atau KWSP la. Tapi aturan takdir tu menjurus kepada kena kerja sendiri dulu buat masa ni so kena la cari alternatif lain untuk bina dana persaraan tu.
Rezeki jugak masa tu Threads tengah naik dan ramai la duk war-warkan pasal pencarum yang masuk i-Saraan ni boleh dapat dana tambahan daripada kerajaan sehingga max RM500 for free. So alang-alang kita dah cukup syarat kelayakan tu, apa salahnya kita daftar sekali kan hehe
Syarat kelayakan untuk mohon masuk skim i-Saraan:• Warganegara Malaysia• Ahli KWSP• Berumur 60 tahun ke bawah• Bekerja sendiri(Individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja makan gaji)
Cara untuk daftar akaun KWSP dan masuk skim i-Saraan tu mudah je, boleh ikut langkah-langkah kat sini.
Yang menariknya selain orang yang bekerja sendiri macam meniaga kecil-kecilan, freelancer, atau affiliate macam aku ni, suri rumah pun boleh buat jugak. Mana tau ada nafkah extra dan tak nak simpan sendiri takut terguna, baik simpan dalam akaun wajib KWSP. Lagi selamat sebab tak boleh keluarkan selagi belum cukup masa haha
Cuma peringatan mesra yang skim ni automatik jadi simpanan konvensional tau. Untuk Muslim, kena mohon manual kalau nak tukar jadi akaun Simpanan Shariah. Aku memula tak tahu. Masa godek-godek butang dalam app KWSP tu baru nampak status konvensional dan rasa was-was pulak. Terus mohon untuk tukar kepada Shariah.
Dengan itu, selamatlah saya ada 3 jenis akaun di KWSP tu. Sebelum ni ada 2 je kan yang orang panggil Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi sekarang dah ada perubahan daripada kuantiti dan nama akaun.
• Akaun Persaraan - 75% simpanan, khas untuk simpanan hari persaraan. Tak boleh withdraw selagi tak cukup umur
• Akaun Sejahtera - 15% simpanan, untuk keperluan perkitaran hayat macam beli rumah, rawatan perubatan etc
• Akaun Fleksibel - 10% simpanan, boleh dikeluarkan bila-bila untuk keperluan jangka pendek
LANGKAH BUAT CARUMAN SUKARELA DALAM i-SARAAN KWSP
![]() |
| Pilih 'Voluntary Contribution' dan jenis bank |
![]() |
| Pilih nak setup Auto Simpan yang tolak setiap bulan, atau masukkan secara manual apabila perlu sahaja |
![]() |
| Sahkan dah faham syaratnya dan confirmkan nak masukkan duit dalam caruman tu. Selesai! |
Sejujurnya, memang lega sikit lepas masuk skim i-Saraan ni. Rasa motivated untuk lebih rajin menyimpan. Sebabnya dapat sumbangan tambahan daripada kerajaan sebanyak 20% daripada jumlah simpanan tahunan, which is maksima RM500 setahun. Maksudnya, kita sendiri kena simpan at least RM2,500 setahun.
Bagi sesetengah orang mungkin nilai sumbangan RM500 tu kecik. Tapi bagi kami yang sumber income tak tetap ni, peluang dapat duit free yang halal dan sah dari segi undang-undang ni memang kami sangat suka ye haha
Auto rasa berkobar-kobar nak menyimpan demi cukupkan simpanan RM2,500 setahun tu. Memang apa-apa duit ekstra yang ada lepas asingkan daripada komitmen wajib dan keperluan bulanan, terus masukkan dalam KWSP. Kurang la aku beli benda bukan-bukan macam jajan atau benda viral yang aku sebenarnya tak guna pun.
![]() |
| 2025 aku last minute masukkan minima RM2500 tu pada 31 Disember tau |
![]() |
| Alhamdulillah ia tetap layak dapat sumbangan tambahan tu 😇 |
Pastu simpanan pun lebih tahan lama. Sebab sebelum ni aku letak duit ekstra tu dalam tabung MAE Maybank. Payah betul sebab duit depan mata. Withdraw pula semudah satu tap ibu jari. Kejap-kejap nak ambik duit sikit untuk beli benda yang teringin. Craving pulak tak pernah habis. Withdraw sikit-sikit, lama-lama licin la tabungnya.
Makanya letak dalam KWSP la senang. Selagi tak cukup umur, selagi tu tak boleh sentuh duit yang majoriti dalam Akaun Persaraan tu so biar la ia terkurung di situ. Untung pun untung sebab dapat dividen tahunan lagi hahaha
Kalau korang pun termasuk kategori yang bekerja sendiri (freelancer) atau kenal sesiapa yang meniaga kecil-kecilan, suri rumah, atau buat kerja apa-apa je yang tak ada sumber gaji bulanan tetap, sangat digalakkan la daftar masuk i-Saraan KWSP ni. Sediakan payung sebelum hujan la katakan.
Dan sekarang ni sempat lagi nak simpan secukupnya to get the most of the 20% sumbangan tambahan kerajaan tu. Jangan jadi macam aku yang buat last minute tahun lepas!!
Literally subuh 31 Disember 2025 tu baru aku teringat nak transfer duit dari Maybank ke KWSP. Masalahnya setiap simpanan kena tunggu dalam 3 hari bekerja untuk masuk akaun. Panik la aku takut dah terlambat dan tak layak untuk dapat sumbangan tahun 2025 tu haha. So sila la buat awal supaya tak kalut ye~
Doakan jugak supaya urusan my family dipermudah supaya nanti aku dapat kerja yang pendapatan tetap dan ada benefits lain jugak. Jadi freelancer sekarang pun menarik je pengalamannya tapi the uncertainty sama ada duit bulan ni cukup ke tak untuk hidup sampai bulan depan is still nerve-wrecking 😌
Bye dan Assalamualaikum.













Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤