Milo Dairy Free Almond....tak sedap lol | NaSa

Milo Dairy Free Almond....tak sedap lol

in , , by NaSa, October 16, 2021
Assalamualaikum

Cantik warna botol Milo Almond ni
Memandangkan aku jenis jarang-jarang beli air manis di luar kan, jadi kadang-kadang tu tak alert sangat dengan perisa-perisa baru yang dikeluarkan oleh syarikat untuk pengembangan product line mereka. Tu yang aku pun baru tahu yang Nestle ada keluarkan produk lain berasaskan Milo baru-baru ni.

Milo Dairy Free Almond namanya.

Katanya air Milo perisa baru ni tidak mengandungi sebarang produk berasaskan tenusu dan hasilnya, ia lebih sihat sebab rendah lemak dan kaya dengan protein. Orang-orang yang ada masalah perut tak boleh hadam susu atau lactose-intolerant pun boleh minum tanpa perlu risau perut akan meragam.

Menarik kan?

Aku kebetulan tengah usha minuman sejuk yang aku boleh minum masa tu sebab hari aku keluar ke pasar raya ni memang panas teruk ye. Suhu cecah 33 darjah Celsius. Duduk dalam bilik rasa serupa dibakar je. Tu yang tekak craving air manis sejuk-sejuk. Masa ternampak botol Milo Dairy Free Almond ni, aku pun tertarik sebab cantik je warna botol dia. So aku ambil la satu.

Milo Dairy Free Almond ni kapasiti sebotol adalah 225ml. Tapi harga
 kemain ye RM3.
Husnudzon almond mahal lol

Lepas balik rumah, semangat aku nak try minum sebab nak tahu rasa dia macam mana. Almaklum la tak pernah cuba minuman perisa almond. Paling-paling pun aku pernah makan kacang almond tu je dalam kuih raya almond London. Takpun almond nibs yang orang biasa letak dalam biskut atau cookie tu.

Tapi sebelum dapat minum tu je dah banyak halangan ya. Botol dia susah gila nak buka. Sama macam botol Milo original tu. Aku kalau beli Milo botol tu ada je episod mengamuk sebab penutup ketat sangat.
Milo camni biasa aku beli di kedai EcoShop RM2.10.

Cara nak buka penutup Milo dalam botol ni ada dua. Kalau malas nak bergerak, aku gigit je penutup tu dan pulas sekuat hati dengan gigi haha. Tapi kalau rajin nak bangun ambik pisau, aku toreh je penutup tu dengan seal dia sampai terbuka. Dan cara tu la yang aku buat untuk Milo Dairy Free Almond ni pun.

Sayangnya lepas sekian banyak usaha yang dicurahkan, rasa Milo Almond tu sedikit menghampakan.

Mungkin sebab aku dah terbiasa dengan lemak berkrim Milo yang campur susu kot. Jadi bila minum Milo baru ni, ehhh takde beza dengan "Milo" pasar malam. Tahu tak kedai yang tulis konon jual Milo tapi bila kita beli, sebenarnya dia guna serbuk koko tawar tu? Haa macam tu la rasa Milo Almond ni di lidah aku.

Untuk deskripsi rasa yang lebih tepat, rasanya ibarat susu soya berperisa coklat. Masa minum tu ada hint rasa almond sikit dan lepas ditelan, baru dapat rasa sedikit rasa coklat sebagai aftertaste.

Haa kemain kan ayat aku hahaha. Kalau anda tertanya-tanya kenapa boleh ada rasa soya? Soalnya aku pun baru perasan yang ramuannya tu protein soya adalah bahan kedua paling banyak, kemudian baru diikuti oleh serbuk koko dan protein kacang badam. Patut la rasa soya lebih pun. Almond dan koko macam bau sikit-sikit dan lepas telan baru rasa.

Aku ingatkan bila dia kata Milo Dairy Free Almond tu, formulasinya adalah serbuk Milo yang dicampur dengan susu almond tau. Tapi lepas baca ramuan tengok dia tulis "protein", rasanya dia campur macam serbuk almond je. Tu yang aku hampa sikit. Kusangka boleh try susu almond tu macam mana hahaha

Secara keseluruhan, air ni kurang menepati citarasa aku. Sis tetap suka Milo original yang lebih pekat lemak berkrim daripada Milo Almond ni yang agak cair. Tapi ni lidah aku je la. Orang lain mungkin suka je air ni sebab mereka mungkin vegan atau tak boleh minum susu kan. Tapi untuk aku personally, lepas ni memang dah tak beli la. Cukup sekali ni untuk puaskan curiosity 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Akak dah pernah rasaaaaaa... tak sedap juga. rasa milo kurang gula tapi rasa mcm pahit sikit sebab ada flava almond tu. Rasa sekali, terus tobat nak beli lagi >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn dah la mahal. Tapi rasa macam minum air masak ditambah serbuk milo tanpa gula dan susu secukupnya hahaha. Utk yang suka sihat berbanding manis tu sesuai la 😌

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS