Review: Cerek elektrik mini untuk orang single | NaSa
Assalamualaikum

Rumah anda tak ada Coway atau mesin air seangkatan dengannya?

Nak buat air panas secawan je dan malas jerang air guna cerek biasa?

Haaaa sama la kita.

Kat rumah ni, ada peti sejuk dan freezer je. Jadi stok air batu tu tak putus dan tak perlu water cooler. Air panas macam teh pun biasa buat satu jag waktu pagi je. Jimat la jerang air panas penuh cerek sekali harung kan. Cuma masalahnya, aku kadang-kadang ada rasa nak minum air panas waktu lain tau.

Tapi tu la serba salah betul nak jerang air sikit-sikit dalam cerek biasa ni. Kalau guna cerek manual, rasa membazir gas. Walaupun ada cerek elektrik yang beli untuk kegunaan masa di UUM, tapi benda tu kena letak minimum air sekurang-kurangnya 500ml pula. Padahal aku nak air secawan dalam 300ml je haha

Memandangkan sekarang dah banyak alat elektrik/elektronik dicipta dalam saiz mini, aku pun try la cari kot-kot ada cerek mini. Alaa sedangkan peti sejuk, aircond, mesin basuh, etc pun ada orang buat mini, takkan cerek takde kan. Sebab tu jenuh aku skrol Shopee guna pelbagai keyword demi cerek mini ni. 

DAN AKHIRNYA JUMPA!!

Travel Folding Electric Kettle

KENAPA NAMANYA "FOLDING"??

Sebab cerek ni sebenarnya boleh dilipat macam ni apabila tidak digunakan. Menarik kan? hehehehehe

Ciri boleh dilipat ni la punca namanya ada perkataan "Travel" sebab mudah nak bawa mengembara ke mana-mana. Kot la kalau suka minum kopi atau nak buat maggi, tapi nanti duduk homestay atau hotel kos murah yang tak ada alat elektrik macam hotel bintang-bintang. Jadi boleh la standby bawa cerek mini ni sebab saiznya kompak dan muat je kita nak simpan dalam bagasi.

Dalam setiap kotak, ada satu cerek dan satu plug. Yang best pasal plug cerek ni adalah walaupun cerek tu sendiri Made in China, ia guna plug jenis Malaysia (UK) yang 3-pin. Jadi tak payah susah-susah beli adapter universal, bukan macam sesetengah barang buatan China yang plug 2 pin besi bulat tu.

Selain 2 benda tu, kedai tempat aku beli cerek ni juga bagi hadiah percuma sabun pencuci sepeket dan reusable bag. Beg tu berguna sebab boleh buat simpan barang kan. Cuma sabun tu je aku tak tahu cara guna sebab kecuali nama, arahan dan details sabun tu ditulis sepenuhnya dalam bahasa Cina lol

Ada aku simpan jadi kenangan je kang pasni haha
Cerek ni boleh dilipat macam kat atas sebab badannya diperbuat daripada food-grade silicone yang lembut. Jadi ia boleh dilipat, dipenyek, dibengkokkan, atau apa-apa pun, dan bentuknya kekal je. Selain tu, food-grade silicone juga tahan haba dan tanpa bahan toksik. Jadi walaupun dipanaskan banyak kali, ianya tak cair dan tak bebaskan bahan kimia ke dalam air. Insya Allah selamat untuk kegunaan memasak.

Cerek mini ni ada 3 pilihan warna iaitu putih, biru, dan pink. Tapi aku pilih putih sebab nak padankan warna dengan tema keseluruhan bilik iaitu hitam putih hehe

Tak tahu la nampak ke tidak tulisannya sebab background putih kan so kamera nak fokus pun susah hahahaha
Cerek mini ni perlukan minimum 250ml air untuk sekali pemanasan dan kapasitinya boleh muatkan maksima 600ml. Sesuai dengan keperluan aku sebab kalau aku nak air panas pun, biasanya segelas je iaitu lebih kurang 300-350ml. Jadi jimat air, jimat masa. One-time use per boil je. Lepas guna, tunggu sisa air kering je dan boleh terus simpan. Tak payah nak transfer baki air tu ke dalam botol lain ke apa.

Cara penggunaan:

Tempoh untuk air secawan tu mendidih, lebih kurang 3-4 minit. Ala saiz mini kan so saiz pemanas pun kecil sebab tu perlu masa sikit. Lepas air capai takat didih maksimum, suis akan terpadam sendiri. Kita tinggal cabut plag dari soket dan cerek tu je untuk langkah keselamatan. Macam cerek elektrik biasa la. Tapi dalam manual takde tulis pun sebab tu aku tak tau nak expect apa. Mula-mula guna tu sis cuak tau tengok wap air berkepul keluar sebab tak pasti nanti ia padam sendiri atau kita kena padamkan 😂

Tapi yang penting, cerek mini ni sangat CONVENIENT. Tak perlu dah ulang-alik ke dapur setiap kali nak buat air panas. Aku boleh letak je cerek mini ni atas meja study sebab tak makan ruang. Alang-alang aku memang selalu ada botol air 1.8 liter dan cawan sendiri dalam bilik kan, so kalau nak buat air, boleh tuang air dari botol. Sambil buat kerja, sambil tunggu air panas pastu boleh terus letak uncang teh.

Jadi boleh la saya nikmati teh hijau kegemaran bila-bila masa saja 😋

Tapi warna tak hijau pun?? hahahaha
Tujuan aku cari cerek mini ni pun memang asalnya nak buat teh hijau. Sebab tahun lepas sebelum balik UUM, aku ada beli teh hijau Ahmad Tea yang kotak 25 uncang tu. Tapi tak sempat buka pun sebab PKP pastu masa balik kampung, aku tinggal teh tu dalam bagasi di stor sebab nak ringankan beg naik bas. Mujur expiry date lambat lagi. Tahun ni baru ambil balik dan Alhamdulillah teh masih okey 😅

Tapi tu la baru sekarang aku rajin nak minum. Sebelum ni malas sebab kena jerang air atas dapur atau guna cerek elektrik normal yang guna air banyak tu. Kalau duduk KPM dulu takpe sebab ada Coway. UUM pun ada water heater. Apabila akhirnya dah ada cerek mini yang boleh buat air ngam-ngam secawan ni dalam bilik sendiri, sehari aku sampai buat dua kali teh hijau tau hehe

Dan aku dah beli stok teh hijau tambahan sekali untuk bulan-bulan akan datang 🤣

Selain bagus untuk buat air secawan bagi orang yang malas menunggu macam aku, cerek mini ni pun sesuai juga untuk pelajar-pelajar asrama. Boleh lipat dan selit-selit di celah baju dalam bagasi je masa balik asrama. Tak berat beg. Mudah juga nak sorok kalau asrama ada spotcheck hehe. Nanti dalam bilik, standby je sebotol air. Kalau lapar malam-malam, boleh je panaskan guna cerek ni untuk buat maggi.

Harga cerek mini ni pun murah sebab bawah RM30. Aku beli dari kedai Shopee Ace Marketing. Laju penghantaran dia melalui J&T Express sebab kedainya di Wakaf Bharu je, sangat dekat dengan rumah aku hahaha. Cuma masa sampai tu, aku di hospital jaga mama kan so parcel tu automatik received sebab lepas 3 hari pun aku belum tekan "Order Received" juga. Untung seller sporting.

Dan bestnya seller amat friendly. Jika anda single, beli la kat sini nanti boleh rasa dipanggil sayang 😂

Selepas pos dan selepas barang sampai pun dia ingatkan suruh kita check barang tau
Akhir kata, cerek mini ni adalah salah satu pembelian paling memuaskan tahun ni sebab memang menepati kehendak dan bajet seorang pelajar bujang macam aku yang masih bergantung kepada PTPTN ni. Tunggu la kot ada rezeki dapat kerja pasni, kita upgrade la beli mesin Coway sebijik ke kan letak kat dapur. Lagi function untuk kegunaan seisi rumah terus hehehe

Semoga perkongsian ini berguna kepada anda. Kot la ada yang bujang, yang masih belajar, atau kedua-duanya sekali tengah cari alat elektrik yang mesra bajet dan berfungsi macam barang full size kan. Jumpa lagi di entri seterusnya.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Samalah rumah Mrs. A pun takde coway dan lain-lian yang sejenis dengannya huhuuuhu...
    Wah! baharu tahu ada cerek mini ya... Mrs. A kalau nak air panas kena masak satu cerek biasa terus

    ReplyDelete
  2. comel gilee cerek boleh lipat. :)

    ReplyDelete
  3. Menariknya. Boleh juga beli satu buat standby bila travel ke kan. Boleh guna cerek sendiri. Thanks share. nanti nak menjengah shopee :)

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS