Pengalaman laksanakan projek e-SULAM di UUM | NaSa
Assalamualaikum

Alang-alang sem lepas aku dan group dah berputar kepala pasal projek e-SULAM ni sebab tak tahu cara nak buat, izinkan aku kongsi pengalaman di sini. Sebab aku tahu benci tu cemana bila cari info pasal projek ni, banyak keluar definisi skema daripada IPT je. Cara pelaksanaan pun vague. Nyampah hahahah

Kalau anda ada kena buat projek e-SULAM juga untuk semester ni, boleh teruskan membaca. Aku cuba explain daripada pengalaman aku sendiri masa buat projek e-SULAM haritu. Semoga membantu ✌🏻
DISCLAIMER: Pengalaman yang dikongsikan adalah dari POV aku sebagai pelajar tahun akhir UUM tahun 2021 yang belajar ODL dari rumah. Kalau korang balik kampus, mungkin caranya lain sikit. Report yang disediakan mengikut format pensyarah aku pun mungkin berbeza dengan pensyarah lain dalam UUM sendiri, apatah lagi pensyarah IPT lain. Just saying 🤷🏻‍♀️

APA ITU PROJEK SULAM?

Projek SULAM adalah singkatan "Service Learning Malaysia - University for Society". Kegunaan projek SULAM adalah untuk latih pelajar universiti gunakan ilmu yang mereka dah belajar dalam kelas tu dalam dunia nyata. Jadi takde la pelajar tu cuma tau konsep dalam buku tapi blur bila nak adapt dalam dunia sebenar. Caranya, pelajar perlu pilih satu unit "komuniti" yang hendak dibantu, kenalpasti masalah yang komuniti tu alami, kemudian analisis dan bagi cadangan penyelesaian untuk komuniti tu lakukan.

Overall, projek SULAM ni macam projek sukarelawan atau CSR, tapi pada masa yang sama, bukan

Sebab dalam projek sukarelawan/CSR, kita cuma pilih satu komuniti dan tolong mereka lakukan satu aktiviti je. Contohnya, cari kampung yang alami kerosakan akibat banjir, kemudian bantu baiki rumah penduduk dan sampaikan sumbangan. Balik kampus, kena submit report pasal aktiviti tu je dan siap!

Tapi dalam projek SULAM, kita ada bahagian analisis dan cadangan tu. Jadi katakan kita buat aktiviti sama bantu kampung yang alami banjir, tapi lepas balik kita kena analisis punca banjir melanda di situ. Kemudian, kena propose cara penyelesaian kepada badan yang terlibat dan penduduk kampung tu tentang cara-cara yang mereka boleh gunakan untuk elakkan banjir melanda di masa depan. Besarkan saliran air ke, pasang benteng ke, pindah kampung ke. Asalkan solution tu bersesuaian la.

KAEDAH PENDEKATAN PROJEK SULAM


1) DIRECT SULAM
  • Melibatkan pertemuan face-to-face antara kumpulan pelajar dengan komuniti yang mereka pilih, sama ada untuk interview, consult, dan semua la aktiviti yang berkaitan. Boleh pilih unit komuniti khusus sama ada kampung, sekolah, syarikat, dan lain-lain.
  • Contoh: Kampung A ada masalah pembuangan sampah tidak terkawal dan boleh jadi risiko punca penyakit. Projek SULAM bantu ajar penduduk tentang cara kitar semula barang lama untuk kurangkan kuantiti sampah yang dibuang dan atasi masalah sama daripada berulang. 

2) INDIRECT SULAM
  • Boleh digunakan untuk topik kajian yang lebih umum dan meluas. Tak selesaikan masalah seperti Direct SULAM tapi lebih kepada kenalpasti punca masalah yang dialami masyarakat (Sumber: e-book UUM)
  • Tak jumpa komuniti yang spesifik pun takpe kot sebab boleh pilih satu isu yang melibatkan masyarakat secara umum dan bagi penyelesaian yang memanfaatkan ramai/semua orang. Tapi nak jumpa pun boleh untuk dapatkan lebih info pasal topik yang dipilih. Ikut kesesuaian...
  • Contoh: Pelajar luar bandar kurang fasih dalam Bahasa Inggeris kerana kurang pendedahan dan minat. Projek SULAM boleh sediakan buku aktiviti yang menarik dan mudah difahami. Hasilnya. selain fasih bahasa asing (masalah direct), pelajar jadi lebih yakin untuk bercakap, kreatif dalam pelajaran, kadar ponteng di sekolah berkurang, etc (masalah indirect).

3) ADVOCACY SULAM
  • Keyword kaedah ni adalah "educate". Boleh pilih sesuatu topik yang memberi kepentingan kepada masyarakat. Pelaksanaan kita kena fokus untuk beri pengetahuan dan kesedaran pasal topik tersebut kepada mereka supaya kualiti hidup semua orang boleh ditingkatkan.
  • Contoh: Ahli masyarakat terutamanya orang tua selalu kena scam dengan panggilan telefon atau SMS yang suruh transfer duit ke akaun scammer. Projek SULAM boleh buat pamphlet kesedaran pasal cara kenalpasti panggilan/SMS scammer dan edarkan kepada masyarakat untuk bantu mereka peka dan elak daripada ditipu.

4) RESEARCH-BASED SULAM
  • Sesuai nama, kaedah ni perlukan pelajar kumpul data pasal sesuatu topik yang boleh beri impak kepada komuniti. Kemudian kena analisis data tu sebelum compile dan bentangkan kepada masyarakat untuk bagi pengetahuan dan juga selesaikan masalah yang mereka alami.
  • Contoh: Kadar bil elektrik semakin tinggi sejak pandemik dan PKP. Projek SULAM boleh survey cara penggunaan barang elektrik dalam sample ahli masyarakat, analisis data yang diterima, dan bagitahu punca kenaikan bil serta cara untuk masyarakat jimatkan bil elektrik tersebut.

Tiberrr sangat kan contoh aku bagi. Entah betul ke tidak agaknya dengan setiap cara, Tapi nama pun contoh. Jangan ditiru bulat-bulat pula. Untuk kepastian, rujuk dengan pensyarah sendiri dulu ye.

Basically bebas je nak guna apa-apa pendekatan dan fokus kepada mana-mana komuniti. Yang penting cara penyelesaian tu guna ilmu yang kita pelajari dalam kelas dan bermanfaat kepada masyarakat

APA PULA PROJEK E-SULAM?

Semua projek SULAM ni asalnya kena buat face-to-face, maksudnya kena cari dan jumpa komuniti tu sendiri. Macam kawan aku dulu, mereka buat Direct SULAM dan pilih company logistik di Kedah. Merasa la buat site visit di company untuk interview. Mantap je kontena bersusun dalam gambar group dia 👍🏻

Tapi sebab rezeki kita duduk era kegemilangan COVID-19 kan, belajar pun ODL, maka projek SULAM pun tukar buat secara online juga. Jadi solusi kepada komuniti/topik yang kita pilih tu kenalah melibatkan platform elektronik. Sebab tu nama dia jadi e-SULAM yakni singkatan "Electronic SULAM" haa gittew~

Platform untuk e-SULAM boleh je guna apa-apa medium. Facebook, Instagram, YouTube, blog, website, etc. Asalkan sesuai dan boleh diguna oleh semua. Kalau tak salah, pensyarah aku kata haritu asalkan tak libatkan perkumpulan ramai-ramai dalam satu tempat. Era COVID kan. Kenalah ikut SOP kerajaan yang tekankan social distancing sebab walaupun subjek ni penting, keselamatan pelajar lagi penting.

Apabila guna platform elektronik ni, cara pelaksanaan berubah la sikit daripada contoh atas tadi. Macam Direct, boleh tolong syarikat SME bina website untuk naikkan online sales masa pandemik. Indirect, buka channel YouTube untuk dedahkan masyarakat pasal topik tertentu melalui video ilmiah. Advocacy, anjurkan online seminar/forum di Facebook Live ajar masyarakat tentang online scammer, etc...

Zoo Melaka ada buat virtual trip belajar pasal spesis dinosaur haritu di FB Live. Ni salah satu contoh berguna kot untuk Indirect atau Advocacy? hahaha

CARA PELAKSANAAN E-SULAM

**Sekali lagi diingatkan, pelaksanaan aku mungkin tak sama dengan pensyarah lain di UUM dan IPT lain.

Course/IPT lain aku tak tahu projek SULAM mereka dikira subjek khusus (stand alone) atau sebahagian daripada subjek lain (embedded). Kalau course aku di UUM iaitu International Business Management (IBM), projek SULAM ni embedded dalam subjek International Business Management Seminar.

Masa aku buat e-SULAM sem lepas, group kami pilih "Indirect SULAM" sebab semua ahli duduk jauh-jauh, siap pakej ada ahli dari Indonesia. Kalau buat Direct SULAM, susah la nak jumpa kan. Research-based tu pula macam susah dan Advocacy tu satu habuk pun kami tak faham so rejected lol

Syarat utama untuk projek SULAM, setiap kumpulan kena ada 3-5 orang. Tapi atas sebab tertentu, group kami ada 6 orang. Yang ni ikut courtesy pensyarah masing-masing sama ada dibenarkan ke tidak. Pensyarah aku, Dr Alisha, benarkan tapi akibatnya projek SULAM kami tak boleh hantar kepada KPT la sebab tak penuhi syarat. Kami cuma dapat markah untuk lulus kelas je. Takpe sis redha.

(Tahukah anda, projek SULAM ni suatu pertandingan? Kumpulan yang dapat penilaian tertinggi untuk projek mereka boleh menang cash, trofi, dan sijil hahahah)

Setiap 1-3 minggu, kelas kami akan adakan konsultasi untuk pensyarah check setakat mana progress setiap kumpulan. Dimulakan dengan sesi soal jawab topik apa yang kami pilih, kenapa nak topik tu, cara apa nak diguna, dan macam mana kami nak laksanakan. Basically macam tu la.

Topik pilihan kami (atas cadangan seorang ahli), "Cabaran dalam Industri Batik Malaysia". Komuniti yang kami fokus ada 2 iaitu pengusaha batik di Malaysia dan masyarakat awam selaku pengguna batik. In short, kami nak dedahkan masyarakat kepada punca industri Batik di Malaysia merosot, macam mana kita boleh support Batik Malaysia agar kembali gemilang macam dulu, serta faedahnya ecewahh~

Setiap pensyarah tak sama kan jadi apa yang kami letak dalam report tu mungkin pensyarah korang tak nak pun. Tapi sebagai gambaran isi report e-SULAM tu macam mana, di bawah ni ada sedikit ringkasan:

Sebelum page Table of Contents ni masih ada lagi Abstract dan segala List of Figures/Tables sebenarnya haha
Introduction - Recap apakah itu projek SULAM dan apa kami akan buat untuk projek group kami.

Project Background - Kami letak latar belakang bila Batik dicipta dan cara Batik dihasilkan.

Problem Identification - Punca Batik Malaysia tidak popular dan kesannya kepada industri tempatan.

Problem Solution - Penyelesaian yang kami rasa sesuai dari ilmu yang kami belajar dalam course IBM. Methodology tu aku tak tahu orang lain letak ke tidak. Aku letak sebab nak kukuhkan point kenapa solusi kami sesuai. Kot le orang was-was kan "ye-ye je solusi ni menjadi" haha

Indirect e-SULAM takde interview pun takpe kot. Boleh buat secondary research je sebab topik umum kan. Tapi kami interview juga seorang pereka Batik Malaysia untuk lebih info pasal industri Batik ✌🏻

Project (Concept) Design - Selain jenis pendekatan yang diguna, matlamat yang kita nak capai melalui projek tu pun kena ada. Dan kami guna Facebook Page sebagai platform elektronik pilihan.

Design projek SULAM ada 2 jenis. Kalau kita SUDAH/SEDANG jalankan projek tu dengan komuniti, ia jadi PROJECT DESIGN. Tapi kalau projek tu AKAN dijalankan nanti, ia jadi PROJECT CONCEPT DESIGN. Group kami lambat siap proposal masa tu dan FB Page tak sempat aktif sebab tu jadi concept je haha

Proposed Implementation - Tengok subpoint dalam gambar tu faham-faham la kami letak apa lol. FYI, Duration perlu set untuk tempoh agak lama ya. Kami letak 3 bulan. Tapi point ni berbeza bagi setiap jenis pendekatan, platform, dan design. Kalau yang dah laksanakan projek tu, tulis tajuk Implementation dan cerita macam mana korang jalankan A-Z. Kami kan buat nanti so kami propose dulu apa kami akan buat.

Conclusion - Goreng je la apa manfaat kita dapat daripada e-SULAM tu. Macam tak biasa.

Impact to Community - Ni pula manfaat yang komuniti dapat daripada projek kita. Macam kami, pengusaha batik boleh kenalpasti apa kekurangan mereka dalam pasaran Batik di Malaysia. Masyarakat pula tahu kelebihan kalau support Batik Malaysia daripada beli Batik fake dari luar negara.  

Secara indirect, pengusaha Batik boleh tingkatkan pendapatan. Masyarakat jadi lebih patriotik kalau guna barang tempatan. Ekonomi negara lebih kukuh kalau kita kurang beli barang import sebab duit tak mengalir keluar. Industri Batik jadi lebih kreatif. Peluang pekerjaan dalam industri Batik lebih menarik. Aaagittew~ goreng la hebat-hebat *chef's kiss* 😬

Appendice - Screenshot group meeting, online interview, questionnaire, platform, etc. yang perlu.

Macam kami, letak screenshot Google Meeting dengan En. Hafiz, pemilik jenama Batik moden Tradneo.

Adam tukang screenshot haha. Dan terima kasih En Hafiz terima request kami nak interview walaupun emel last minute 🙈
References pun ada kena letak sekali tapi screenshot atas tu aku belum letak sebab nak submit di Turnitin dulu. Takut plagiarism kena cop tinggi kalau letak link tu semua. Aku tak tau IPT lain macam mana tapi UUM memang KENA CHECK TURNITIN. Jadi elakkan la daripada copy paste terlampau ya.

Sedikit nasihat sis kepada pelajar yang kena buat SULAM lepas ni, oleh sebab projek SULAM ni bawah kendalian KPT, pilih la topik yang betul-betul unik dan sesuai untuk komuniti kita. Pastikan juga bahasa yang digunakan dalam report tu tersusun dan terperinci. Baru la nampak projek tu berkualiti dan bagi impak tinggi. Kot la nanti dimurahkan rezeki korang menang anugerah projek SULAM terbaik kan.

Kami memang dah tak ada rezeki nak bertanding sebab terlebih ahli kumpulan sampai jadi 6 orang tu haha. Tapi takpe walaupun orang KPT tak boleh baca report yang aku tulis mantop tu, sekurang-kurangnya Dr. Alisha suka dan puji penulisan aku 😆

Kembang hidung kena puji dalam group kelas tau.
Dr. Alisha siap tanya group kami ada copy paste isi dari mana-mana ke sebab penulisan elok je aras tinggi. Emmm saya MUET Band 5 kot, Dr. Semua isi fresh hasil idea sumbangan setiap ahli sebelum saya kembangkan jadi ayat sendiri. Mana main copy paste ayat internet ni hahaha

Lepas submit report e-SULAM, ada sesi reflection sebenarnya. Tapi cara pelaksanaan berbeza ikut IPT. Sebab ada IPT yang pelajar kena buat report panjang pasal kesan buat projek SULAM kepada diri mereka (UiTM kot 👀). Kami haritu isi evaluation form je untuk rate ahli group function ke tidak. Jadi, tanya la pensyarah anda apa requirement mereka sebelum, semasa, dan selepas projek. Nak reflect ke idok.
.     .     .     .     .
 
Overall, banyak cabaran juga nak siapkan projek SULAM ni. Majoriti kami tepu teruk kepala sebab dah 3 sem ODL kan. Nak buat assignment biasa pun lemau nak siap, apatah lagi projek SULAM ni. Sampai terlanggar-langgar deadline jadinya. Mujur Dr. Alisha boleh bawa berbincang untuk extend tarikh submit report dan video presentation. Ahli group pun baik belaka, tidak menambahkan stres meroyan aku lol

Jadi walaupun bercinta nak siapkan projek SULAM ni, Alhamdulillah dapat juga A seketul. Tidak la segan aku nak jawab haritu masa Dr. Alisha tanya kelas Seminar dapat gred apa 🙈

Harap entri ni membantu sesiapa yang tengah pening projek SULAM tu apa benda. Kalau rasa pening juga nak baca entri ni sebab meleret, nasiblah. Dah memang stail aku tulis panjang-panjang haha

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada anda. Kalau nak tengok contoh report aku tulis, bayar RM20 🤑

P/S: Kalau ada maklumat bercanggah yang disampaikan di sini, boleh beritahu untuk aku betulkan semula. Ni benda yang aku faham dari pengalaman sendiri je. Kot la aku ada tersalah faham ke kan.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. your writing sedikit sebanyak membantu saya yang tengah struggle dengan e sulam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan 💪🏼 Pilih la approach yg sesuai nanti kurang pening kepala huhu

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS