Cuci mulut dengan aiskrim Ovaltine Crunchy Pop | NaSa
Assalamualaikum

Oleh sebab haritu dah beli Ovaltine jenis chocolate spread kan, kali ni kita cuba yang bentuk aiskrim la pula. Alang-alang terjumpa di kedai runcit haritu, aku pun sebat la seketul untuk tahu rasa dia cemana sebab sis tak tahu pula Ovaltine dah berkembang masuk dalam bidang aiskrim pula.

Dan tahukah anda? Aku lagi suka Ovaltine ni dalam bentuk aiskrim hahahahah


Gorgeous kan rupa bentuk dia? Macam bentuk nombor 8 gitu. 

Ulasan rasa:

Aiskrim dalam tu basically takde masalah la. Aiskrim vanila kan. Jarang aiskrim vanila ni tak sedap. Yang paling aku kagum tu, bentuk dalam aiskrim tu sama sebiji dengan gambar ilustrasi di plastik aiskrim. Memang ada bahagian aiskrim coklat yang berbentuk aliran pusar-pusar gitu. Nampak unik.

Lapisan coklat berasaskan Ovaltine di luar tu pun sedap walaupun agak manis. Kalau padankan dengan aiskrim vanila tu, rasanya boleh jadi agak seimbang. Tapi tu la payah juga nak imbangkan sebab nak gigit sekali dengan aiskrim, sejuk gigi wey. Nak makan lapisan coklat sahaja, manis pula hahaha

Yang bintik-bintik dalam lapisan coklat tu bertih malta crunchy macam dalam Ovomaltine jenis chocolate spread tu kot rasanya. Tapi masa aku kunyah tu, rasa macam kepingan bijirin dalam Nestum pun ada. Tak tahu la sama ada memang dia bubuh benda tu atau tu cuma bertih malta penyek πŸ˜…

Overall, sis puas hati dengan aiskrim Ovaltine ni. Ala aiskrim perisa klasik vanila dan coklat ni jarang la aku tak suka haha. Harga agak mahal sikit pada RM3.50. Dah boleh beli nasi sebungkus tu. Tapi kalau makan sekali-sekala untuk self-treat pun berbaloi sebab aiskrim Ovaltine ni besar dan tebal daripada aiskrim biasa.

Tapi kan...kalau tambah 50 sen dah cukup RM4, boleh beli aiskrim Magnum. Lagi sedap tuuu hehe

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Tengah cari aiskrim ovaltine ni la, tapi belum jumpa lagi.
    Anak4 la excited nak try :)

    ReplyDelete
  2. Haritu nampak kat speedmart.. Tp ank2 ammi tetap ambik aiskrim oren singgit tu. Alahaiii

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS