Ulasan Filem: Door Lock (2018) | NaSa

Ulasan Filem: Door Lock (2018)

in , , , by NaSa, December 18, 2021
Assalamualaikum

Nota: Ini ulasan bercampur meroyan yang panjang. Spoiler bersepah hahah

Sesungguhnya semakin sis stress, semakin banyak sis tengok filem. Nak alihkan minda biar jadi lebih tenang kononnya. Dan haritu 
masa tengah pusing cari mana-mana tajuk filem seram yang menarik hati, aku terjumpa filem Door Lock dari Korea ni. Ia bukan genre seram, tapi thriller. Aku tak kisah sebab genre thriller pun aku suka. Kena pula Gong Hyo-jin favourite I berlakon, mesti la nak tengok hehe

Tapi lepas habis filem ni kan, Astaghfirullah yang stress tadi makin bertambah stress jadinya. Memang berkati-kati aku mencarut kat hampir semua watak lelaki dalam ni. Stress!


Tajuk: Door Lock

Negara: Korea Selatan

Tahun terbitan: 2018

Ringkasan cerita:

Kyung-min (Gong Hyo-jin), seorang pekerja bank, tinggal seorang diri di apartment berbentuk studio. Suatu hari masa nak pergi kerja, dia perasan penutup keypad kunci apartment dia terbuka. Siap ada bekas cap jari lagi atas butang tu. Was-was punya pasal, Kyung-min tukar password pintu rumah dia. Nasib baik tukar awal sebab malam tu, dia dengar sendiri ada orang tekan kunci tu untuk buka pintu.

Disebabkan takut, Kyung-min call polis untuk datang buat siasatan. TAPI...polis dalam ni BABI yee. 

Ni bukan kali pertama dia kena kacau. Dah banyak kali buat report. Tapi polis tu buat muka menyampah kat Kyung-min sebab call dia datang. Siap kata "Takde apa-apa jadi pun kan. Nak siasat mende?" Ya Allah aku punya marah tu. Kau nak tunggu memang ada kes bunuh dulu ke baru nak gerak??? -_-

Esoknya masa di bank, Kyung-min berdepan pula dengan customer bermasalah. Mamat ni sentap sebab Kyung-min 'tak jadi mengorat' dia sebab dia miskin, padahal member buat kerja dia nak jual produk bank je. Dia punya tak puas hati tu sampai gigih stalk Kyung-min balik dari kerja ughh dasar lelaki tak guna!

Bodoh dia ni tahap carut kat Kyung-min tapi still nak Kyung-min ikut dia pergi date minum kopi πŸ™„

Mujur dia takdan buat teruk sebab supervisor Kyung-min sempat mencelah dan tolong hantar dia balik. Tapi tak lama lepas tu, supervisor ni tiba-tiba muncul depan rumah Kyung-min untuk hantar purse dia yang tertinggal. Cumanya Kyung-min tak pernah bagitahu nombor rumah dia pun, jadi salah faham berlaku dan dia ingat supervisor tu yang ceroboh rumah dia selama ni.

Kyung-min bagi alasan nak pergi beli kopi padahal dia call polis. Tapi lepas mereka balik ke rumah dia, tengok-tengok supervisor tu dah dibunuh. LAGI SEKALI polis babi ye sebab tuduh Kyung-min yang bunuh dan sengaja call polis untuk play victim. Ya Allah tekanan darah aku masa ni, TINGGI!!

Detektif ni sangat mencabar kesabaran yeeee πŸ’†πŸ»‍♀️

Disebabkan kes ni, Kyung-min dibuang kerja (walhal bukan salah dia). Tapi alang-alang ada masa lapang ni, dia buat penyiasatan sendiri untuk cari penceroboh tu dengan bantuan Hyo-joo, kawan baik dia. Lagi mantap mereka bertindak tau sebab dalam sehari je, terus jumpa suspek tu. Harapkan polis? emm...

Rupanya penceroboh tu ada kaitan dengan kes wanita hilang di bangunan apartment tu sebelum ni, dan Kyung-min adalah mangsa seterusnya! Haa baru polis gelabah tetek nak percaya dia tak bersalah πŸ™„

Bermula dari sini, makin jenuh le kita kena tolong fikir siapa yang stalk Kyung-min sebenarnya...

Ulasan:

Filem Door Lock ni adalah gambaran realiti yang tepat bahawa jadi wanita ni tak selamat dan banyak sangat cabaran. Tak tipu, aku memang rasa marah betul dengan jantan-jantan tak guna dalam filem ni. Tak cukup di Twitter, sampai di Whatsapp Story pun aku meroyan tak puas hati tau.

Bayangkan cabaran jadi wanita bujang...

Nak duduk rumah sorang, kena kacau dengan mamat tak sedar diri sampai rumah pun kena ceroboh.

Management bangunan pun bodoh. Letak CCTV tapi hiasan je. Tak hidup pun. Apa ke sial?

Buat laporan polis sebab kena kacau, polis tak percaya. Kata kena ada kes dulu baru dia boleh siasat.

Lepas ada kes (serang dan bunuh!), dia tuduh pula wanita tu yang rancang pastu sengaja play victim.

Weh kalau aku boleh masuk dalam filem ni kan, memang aku tampar sekor-sekor polis biawak tu semua.
Dua-dua belah pipi aku akan lepuk! 😑

Dari segi pacing, bagi aku agak bagus. Tak drag sangat, tapi tak laju sangat. Masa yang ada tu elok je diisi dengan elemen-elemen misteri yang buat aku sekali berdebar apa akan jadi. Sebab kita tak tahu siapa stalker tu dan apa motif dia kan, jadi tak tahu juga la apa dia akan buat. Nervous sisturr~

Tahu tak aku punya terkejut tu cemana masa tangan stalker tu tiba-tiba keluar dari bawah katil Kyung-min??
(Gambar dicerahkan supaya lebih jelas hehe)

Watak-watak pun digarap dengan baik. Memang realistik. Tak susah pun kita nak jumpa in real life. Polis annoying wujud. Jantan stalker bodoh pun wujud. Dan watak Kyung-min yang diperkotak-katikkan gitu pun memang ada. In fact, her situation is very relatable to many of us women. Dah kena aniaya tapi kalau cerita kat orang, ada je mulut cibai yang persoal "Ye-ye je kau ni. Over je." ADA TAU!!

Aku memula nak hangin juga kat Kyung-min "Kenapa tadah je polis tu tuduh macam-macam?" Tapi memang itulah realitinya. Kaum wanita selalu kena victim-blaming sampai nak bela diri pun jadi takut. Kaku dan nangis je la mampu. Ni pun mujur Kyung-min berani juga nak siasat sendiri. Kalau dunia nyata, kebanyakan mangsa diam sendiri je simpan trauma sorang-sorang 😒

Untuk plot twist, boleh tahan mantap. Sebab macam boleh agak, tapi susah nak agak. Ye la dah banyak sangat jantan sial dalam ni kan, semua boleh jadi suspek. Pantang nampak watak lelaki ni muncul, mesti macam "Dia ni ke ceroboh?" Lelaki lain pula masuk, "Haa ke mamat ni?" Penat sis berteka-teki lol

Akhirnya, suspek memang orang yang aku syak dari awal. Ni pun satu realiti juga. Sebab tahukah anda, majoriti pelaku kes gangguan seksual ke atas wanita adalah orang yang dekat atau yang mereka kenal? 

Bukan pekerjaan kau yang bermasalah. Perangai kau tu yang cibai sebab tu orang tak suka, duhhh! πŸ™„

Babak klimaks lepas Kyung-min diculik memang rasa cemas. Mungkin sebab tak banyak watak. Cuma antara dia, stalker, dan detektif tu je. Jenuh sis perhati korang bergelut. Kenapa la detektif tu tak bawa backup awal-awal. Bukan selalu polis gerak dengan partner ke? Pergi sorang-sorang bahaya kot 😩

Dan di hujung filem ni, ada satu lagi realiti yang ditunjukkan yang memang pahit tapi itulah kenyataan.

Tahukah anda, kalau kita diserang, pastu kita cuba lawan balik penyerang tu untuk pertahankan diri, dan akhirnya penyerang tu mati nanti kita berisiko untuk dijatuhkan hukuman atas sebab membunuh?

Serius. Ada je kes mangsa rogol kena penjara sebab bunuh perogol dia masa nak selamatkan diri.

Ni applicable kepada semua situasi yang melibatkan penyerang. Walaupun niat nak bela diri, ada limit kekerasan yang kita boleh guna. At most, untuk lepaskan diri daripada penyerang tu biar kita sempat lari je. Tapi kalau sampai penyerang tu mati, kena bagi hujah kukuh kenapa tindakan membunuh tu perlu.

Dalam filem ni, mujur Kyung-min terlepas dan aku rasa pun memang sebab situasi dia yang memaksa. Masa tu dia dan stalker tu terperangkap dalam almari yang terbalik atas lantai kot. Takde space nak balun mamat tu untuk dia lepaskan diri, takde laluan untuk dia keluar, dan stalker tu cekik dia pula dalam tu. It's a "kill or be killed" situation. Kalau dia tak bunuh, nanti dia yang mati. Solid reason to kill la.

Tapi cuba kalau mereka bukan dalam almari tapi di ruang terbuka, mau lawyer tu ungkit gila-gila kenapa nak lawan sampai terbunuh penyerang tu? Padahal kita ni yang mangsa kot. Macam tak adil kan tapi sesungguhnya, undang-undang ni rumit! Sebab tu geram kalau tengok filem/drama lawyer πŸ™‚

Overall, aku suka filem ni to the point aku benci filem ni sebab realistik sangat. Cita-cita aku nak stay bujang duduk rumah sorang je tapi tengok risiko macam filem ni yang memang ada dalam dunia nyata, trauma pula sobs. Na'udzubillahmindzalik. Semoga semua wanita bujang dilindungi Tuhan. Aminnn...

Selain tu, filem ni adalah contoh gambaran betapa pentingnya undang-undang untuk lindungi mangsa wanita perlu ditambahbaik, polis jangan laju nak victim-blaming, dan pendidikan ekstra untuk didik lelaki ni perlu biar jadi lebih berotak dan berhemah, instead of jadi entitled sangat kat wanita.

Sebab ni aku tengok filem hantu tak seram pun. Perangai sebenar manusia tu jauh lebih menakutkan πŸ™ƒ

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS