Ulasan Filem: Gonjiam Haunted Asylum (2018) | NaSa

Ulasan Filem: Gonjiam Haunted Asylum (2018)

in , , by NaSa, December 20, 2021
Assalamualaikum

Masa untuk ulasan filem seram lagi~~

Yang aku tulis di page "About Me" pasal aku suka horror movies tu kan, memang tak tipu tau. Sis memang suka filem seram. Sejenis yang suka kepala otak aktif berfikir apa kemungkinan plot twist yang bakal terjadi dalam jalan cerita tu, campur dengan rasa berdebar sikit hehe. Dan kali ini, aku bawakan ulasan pasal filem seram dari Korea pula iaitu Gonjiam: Haunted Asylum.

Filem yang diterbitkan pada tahun 2018 ni haritu ada orang bagi ulasan di Twitter katanya "seram gila", "rasa trauma lepas tengok", "teringat-ingat kat hantu dia" dan ada juga yang kata konsep found footage dalam filem ni lagi menarik daripada filem The Medium yang aku ulas tempoh hari. Haa dah ramai puji melambung tu, mestilah sis teringin nak tengok kan.


Filem: Gonjiam: Haunted Asylum

Negara: Korea Selatan

Tahun terbitan:
2018

Ringkasan Cerita:

Filem ni dimulakan dengan rakaman phone 2 orang remaja yang cuba untuk memasuki sebuah bilik 402 yang berkunci dan dikatakan paling berhantu dalam hospital sakit jiwa yang terabai di Korea Selatan, iaitu Gonjiam. Daripada dialog 2 budak ni, mereka masuk dalam hospital tu atas cabaran daripada kawan-kawan mereka untuk buktikan mereka bukan penakut. Biasa la darah muda pantang dicabar kan.

Tapi... ada penampakan 'kelibat' masa mereka cuba buka pintu bilik tu. Tahu-tahu je, 2 budak tu hilang...

Lepas tengok video 2 budak tu, Ha-joon, pemilik channel Youtube yang berasaskan peneroka tempat seram ni buat keputusan untuk pergi ke hospital Gonjiam juga untuk cuba buka bilik 402 yang berkunci tu dan tengok apa yang berhantu sangat di situ. Korang tahu program Seekers yang cari hantu di Malaysia dulu? Mamat ni camtu la. Jadi dia kumpul 6 orang ahli sukarela untuk sama-sama ke sana.

Tapi mereka bukan cari saja-saja la. Matlamat mereka, nak tayangkan pengembaraan tu secara LIVE dan capai 1 juta penonton. Sebab sebelum ni ada orang dapat 200,000 penonton dan dapat duit 100,000 dolar daripada iklan. Kalau mereka capai 5x ganda jumlah penonton, dapat 500,000 dolar kan. 

Di sana, Ha-joon tak join masuk hospital tu pun. Dia duduk di basecamp jadi director, bagi arahan kat 6 ahli lain pasal flow untuk record dalam hospital tu sambil monitor jumlah penonton di tayangan LIVE mereka. Group leader kan. Tinggal la 6 ahli lain tu yang teroka bilik-bilik yang ada dalam hospital lama tu.

6 ahli tu dibahagi kepada 3 pasangan dan setiap pasangan teroka bilik atau tingkat berlainan untuk cari sejarah pasal hospital tu. Sambil tu tengok juga kot ada 'benda' menyinggah kan. Cuma kalau dah tema orang lapar buat konten ni kan, tak lari la daripada palsukan sesuatu benda untuk bagi nampak macam tempat tu berhantu. Tapi tak semua ahli tu terlibat la. Cuma 3 orang je tahu pasal tu.

Siapa yang tahu? Semestinya Ha-joon si director tu. Lagi 2 orang, cameraman dan MC
.  Sengaja mereka plan untuk takutkan ahli lain yang tak tahu. Biar reaksi mereka nampak asli terkejut. Tapi tempat seram gini mana elok celupar atau berlakon gitu kan. Nanti hantu betul datang. Dan memang dia datang......πŸ‘€

Ulasan:

Kalau bandingkan dengan The Medium, kualiti found footage dalam Gonjiam memang la elok. Gambar clear. Sudut pandangan pun lagi banyak. Tapi aku rasa tak sesuai bandingkan direct antara 2 filem ni sebab The Medium kan dokumentari. Yang pegang kamera cuma ahli research yang temuramah orang kampung je, sebab tu sudut terhad. Lain la Gonjiam ni setiap watak ada kamera masing-masing.

Sampai 2-3 biji pula tu kamera setiap seorang. GoPro pakai di badan je dah 2; Satu tunjuk muka, satu mengadap ke depan. Pastu ada camcorder dan kamera macam wartawan TV tu. Drone pun ada. CCTV mereka pasang dalam hospital tu pun banyak. Memang macam-macam sudut boleh dapat. Bagus la menambahkan saspen sebab mereka bising kat sini tapi hantu ada kat kamera sana haha

Jalan cerita macam agak fast-paced. Daripada cakap nak cari hantu, pergi cari hantu, gaduh-gaduh, jumpa hantu, pastu tahu-tahu habis. In a way, it's good sebab cerita ni direct to the point buktikan hospital Gonjiam memang berhantu dan siapa pergi sana nanti hilang. Tapi weak point adalah rasa macam "tu je ke?" Tapi ni mungkin aku je kot yang rasa macam tu. Lain orang lain pandangan kan.

Plot twist yang di hujung tu menarik dan tak terjangka. Sejenis moment yang buat kita rasa "weyyyy kesian pulak..." Sebab mereka kan buat LIVE di Youtube. Lepas kantoi pasal 3 orang tu cuma berlakon untuk takutkan ahli lain tu, tayangan LIVE mereka sebenarnya dah terputus. Jadi yang mereka penat-penat menjerit sebab betul-betul kena kacau dengan hantu lepas tu, penonton tak nampak pun 😭

Tapi beberapa plot twist lain tu macam agak biasa. Predictable. Mungkin sebab premis filem ni adalah "sengaja cari hantu" kan, jadi ada babak yang mereka kena kacau tu aku macam imun sebab fikir "Dah agak dah." Kalau filem The Medium tu ada la juga elemen unexpected"Tak sangka hantu tu boleh buat teruk sampai macam tu" sebab dia kan asalnya dokumentari yang tetiba jadi seram.

Ada scene rasuk pun aku macam tak kesian sangat sebab dah memandai sangat pergi sana sebab lapar konten hantu kan. Hadap je la. Memang berbeza la penerimaan aku antara tema dikacau hantu tanpa rela dengan tema sengaja cari hantu ni ye. Tipikal mak-mak Asia "Haa tu la. Cari pasal lagi lain kali" haha

Another minus point yang aku kureng pasal Gonjiam ni, 'bising.' Agaknya sebab sesetengah watak tu jenis cakap nada menjerit-jerit. Awal-awal tu pun aku dah menyampah sikit masa mereka dinner tu duk bersorak masa main drinking game. Semangat nak pergi cari hantu kononnya. Tapi lepas dah start kena kacau, keluar jumpscare sana sini, mereka bertekak sesama sendiri pula. Bingit.

Charlotte kot yang aku paling menyampah sebab kata dah pernah pergi 3 tempat paling seram dalam dunia. Tapi kena usik sikit menjerit bagai nak rak pastu dah nak balik rumah. Ah-yeon yang baru pertama kali datang tempat berhantu pula yang elok je tenang walaupun orang bising menjerit sekeliling dia.

Ending Gonjiam ni sama je macam The Medium. Open-ended. Nama pun found footage kan. Konon orang jumpa kamera dan isi rakaman dalam tu je tapi tuan kamera entah ke mana hala. Tak pasti sama ada watak tu ada yang masih hidup atau pun mati belaka. Atas imaginasi dan husnudzon kita πŸ˜‚

Kesimpulan:

Kalau nak kata Gonjiam ni macam yang orang rave "seram gila" tu, tak sangat la kot. Muka aku masa tengok filem ni 80% macam 😐

Secara amnya, Gonjiam is an okay movie. Sinematografi dalam ni agak bagus. Kualiti dan POV video pun mantap. Almaklumlah zaman teknologi dah berkembang dengan GoPro dan drone kan. Kalau compare dengan filem found footage dulu-dulu tu memang jauh benor la beza haha

Cuma jalan cerita rasa cliche dan tak mengujakan sangat. Kalau watak tu masuk saja-saja macam 2 budak di awal filem ni sebab curiosity, mungkin seram tu akan lebih terasa. Tapi sebab matlamat utama memang tamak nak konten dan duit kan, jadi semua yang berlaku tu rasa predictable. Makanya susah nak empathize dengan watak-watak tu because they did it to themselves.

Tapi ni daripada perspektif aku la. Bagi orang yang akan lebih rasa seram dengan filem yang meriah bunyi, ada watak yang 'ekspresif', jumpscare bersepah, pastu pacing cerita tak terlalu perlahan, filem Gonjiam ni sesuai untuk ditonton. Nanti takde la mereka bosan atau jenuh tunggu bila hantu nak keluar, bila nak habis, etc. Sebab hampir setiap masa ada je benda jadi dalam tu hahahah

Pengajaran keseluruhan daripada filem ini, janganlah kita jadi tamak haloba 😌
(dan jangan bodo pergi cari hantu tengah-tengah malam)

Sekian.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Dulu tengok filem ni kat pawagam. Memang berdiri bulu roma. Tapi part ending tu yang kureng. Kalau ada filem sekuel lagi bagus sebab nak sangat orang luar bongkar cerita sebenar diorang.

    ReplyDelete
  2. hehehe... MY suka, tapi takut nak tengok. Sebab jenis yang selalu terbayang bayang..terpandang pandang..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS