Lesen Belajar Memandu (LDL) kembali bernyawa lepas setahun | NaSa
Assalamualaikum

Setahun ye. Setahun.

Lesen belajar memandu (LDL) aku tu expired sejak 15 Jun 2021 tau 🤣


Lebih setahun dah pun kalau ikutkan lol

Entah bila nak habis perjalanan lesen kereta aku ni.

Dari awal tahun lepas aku belajar memandu sebab nak ada lesen kereta, tapi sampai sekarang tak siap lagi. Punya lama sis melenggang kangkung cuti stereng tak perhabis terus sampai test JPJ tu huhu

Corona punya angkara la ni (eh tiberrr?)

Haritu dah semangat tau nak test lepas habis 10 jam kelas atas litar dan jalan raya tu. Rasa macam AKHIRNYA HABIS sebab banyak kali juga kelas memandu tu aku tunda sebab clash dengan kelas online.

Kelas teori sebelum tu pun ada yang clash tapi aku gigih juga la multitasking buka online meeting dalam kelas teori memandu tu. Pastu mendapat dua-dua ilmu kelas tu tak masuk kepala ahaha

Tapi takdir kan.

Kelas 10 jam tu tamat beberapa hari sebelum LDL aku expired. Ngam-ngam jugak lepas tu Kelantan kena PKP satu negeri sebab kes positif COVID-19 meningkat. Haa tutup la akademi memandu tu. Clash lagi dengan tarikh raya 2021. Terus satu negeri buat rumah tertutup tak boleh nak berziarah ke mana-mana.

Pastu lepas habis fasa PKP tu, aku dah start praktikum pula. Lagi tak sempat nak pergi akademi tu sebab walaupun kerja dari rumah, arahan kerja dari bos masuk tak tetap masa so kena standby la.

Sebab tu terabai terus LDL aku sepanjang tempoh tu. 

Lepas aku habis urusan belajar di UUM tahun ni, awal Julai haritu baru cikgu tu sempat panggil aku pergi ke akademi lagi. Katanya nak selesaikan aku sampai habis JPJ sebelum hujung tahun ni jugak la. Sayang nak tangguh lama-lama sebab aku kan dah habis semua kelas wajib.

3 Julai pukul 2 petang cikgu suruh pergi akademi memandu tu untuk penilaian sebab nak test pengetahuan RPK dan RSM. Tapi aku buat hal, hari 3 Julai tu jugak aku baru hidupkan lesen LDL tu huhu

Buat last minute tu bukan bertangguh sebab apa. Haritu ada orang bagi reminder di Twitter pasal kena renew lesen online sebelum 30 Jun tu sebab apa entah. Aku pun rilek je la tak ajak abah pergi pejabat pos untuk renew sebab ingatkan boleh buat online jugak. Rupanya sis salah faham daaa...

Yang boleh renew online tu cuma lesen besar je. LDL macam aku ni tetap kena pergi pejabat pos. Laaa gelabah sister jadinya haha. Mujur kena pergi akademi tu petang. Sempat la aku pergi Poslaju pagi tu.


Kemain tau aku bawa gambar pasport baru sebab ingatkan kena guna untuk LDL baru tu. Gigih sis korek beg duit nak keluarkan gambar. Sekali, staf Poslaju tu kata "Yang ni tak payah guna gambar."

Rupanya dia bagi slip warna pink macam atas ni je dan kena sertakan dengan LDL bergambar yang lama setiap kali pergi daftar di akademi memandu tu. So takde keluar lesen baru la.

Nampak tak noob aku tu macam mana? 😂

Lagi noob sebab standby RM30 je untuk renew LDL ni selama 3 bulan. Rupanya kalau buat di pejabat pos, dia caj komisen RM2.50. Kena la bayar RM32.50. Ehhh mujur aku bawak cash lebih hahah

Tapi Poslaju ni caj kemain tapi alat pun tak cukup. Slip tu kan kena masukkan antara plastik laminate dan panaskan sampai plastik tu keras supaya lebih selamat. Tapi cawangan Poslaju ni takde alat laminator so staf tadi stapler je plastik tu. Aku risau takut slip tu jatuh so i balik iron kat rumah 😂

Belum apa-apa, dah havoc perjalanan ke arah test JPJ ni ye. Aku tak tahu la masa test nanti jadi apa.

Nervous pun banyak juga ni sebab memang setahun lebih tu aku cuti stereng sebab tak keluar rumah pun. Aku ni dah la apply lesen kereta manual tau. Ingat-ingat lupa je rules nak pijak clutch tu haha

Cikgu dah suruh aku request kelas tambahan untuk refresh balik cara memandu atas litar dan jalan raya. Akak staf di akademi tu entah cemana pergi bagi seminggu straight ye kelas nya. Pastu sehari lepas kelas last masa 25 Julai tu, test JPJ. Pehh cuak sis sebab macam cepat sangat je.

Harapnya dipermudahkan la urusan lesen ni dan aku akan ingat semua cara memandu baik di litar mahupun jalan raya yang aku pun tak ingat laluannya tu. Semoga kereta tak terundur masa berhenti atas bukit, tak langgar line putih masa 3 penjuru, dan yang baik-baik je la untuk semuanya 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS