Pengalaman ambil lesen kereta manual 2021-2022 (Part 1) | NaSa
Assalamualaikum


Haritu cerita pasal kejadian masa hari ujian JPJ je kan. Kali ni nak cerita pengalaman penuh dari mula-mula kelas teori sampailah kelas yang kena pegang stereng punya. Saja nak abadikan kenangan.

Sebab sebelum pergi ujian JPJ tu, aku ada baca pengalaman di blog orang lain untuk ambik aura semangat sikit. Dari situ baru perasan ada banyak beza cara akademi masing-masing handle ujian JPJ tu. So ni cerita pasal akademi yang aku pergi pulak untuk memeriahkan suasana.
DISCLAIMERAku belajar kelas memandu masa Mac-Jun 2021. Tapi tak sempat buat ujian JPJ sebab Kelantan tersangkut PKP. Pastu internship sampai Januari 2022. Akhirnya Julai 2022 baru ambil kelas tambahan dan berjaya lulus ujian JPJ. Hence, the title.
Kepala siapa tertinggal sebelah pintu masuk tu

Akademi tempat aku belajar memandu tu namanya Akademi Memandu SKMS Resources di Tumpat, Kelantan. Tak dekat sangat, tak jauh sangat. Jarak dari rumah aku dalam 25-30 minit kalau naik kereta sebab jem, tapi 10-15 minit kalau naik motor sebab boleh merempit.

Urusan daftar di akademi ni, kakak aku yang uruskan. Dari cari ejen a.k.a cikgu memandu tu dan bayar yuran semua. Aku pun tak tahu dia jumpa ejen/cikgu tu dari mana haha. Dan tak ingat juga jumlah kos untuk lesen kereta manual di akademi ni. Sebab kakak aku yang sponsor untuk ambik lesen ✌🏼

Tapi katanya di sini jumlah kos lesen kereta manual dalam RM1300+. Bayar dalam 3 kali ansuran setiap kali sebelum mulakan 3 bahagian kelas memandu (KPP 01-03). Kalau lesen kereta auto, lebih mahal sikit.

Kami ambil lesen kereta manual ni selain sebab kereta kat rumah semua manual, kos dan nilai lesen manual pun lebih berbaloi. Sebab kos belajar lebih murah dan pemegang lesen kereta manual boleh bawak kereta auto sekali. Lesen auto pula mahal tapi tak boleh bawak kereta manual. Haa 2 dalam 1 kan lesen manual. Cuma waktu belajar tu kena tabah sikit hadap cramp kaki pijak clutch 😂

Lepas berdaftar di akademi memandu ni, ada beberapa kursus yang perlu dilalui oleh calon sebelum boleh daftarkan nama untuk ujian JPJ tu. Namanya Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) dan ada TIGA (3) bahagian semuanya. Nak perhabis satu-satu ni, jenuhhh~

Proses mendapatkan lesen memandu kereta (sama je rasanya untuk kereta manual dan auto)

KPP01 - KELAS TEORI PEMANDUAN SELAMAT (6 JAM)


Kelas KPP01 kami jatuh tarikh 9 Mac 2021. 

Nama pun kelas "Teori", KPP01 ni banyak cakap pasal cara memandu, jenis dan maksud signboard, kesalahan jalan raya (KEJARA), penalti dan demerit, etc. Lepas habis kelas ni, dapat sijil sah selama 1 TAHUN dan kena sambung bahagian seterusnya dalam tempoh ni. Kalau tak, kena repeat semula KPP01.

Tapi yang sijil tu, tak pasti la dapat sijil fizikal ke tak. Aku rasa aku takde dapat apa pun.

Prosedur yang aku ingat: Pergi pejabat, bagi nama yang dah daftar, scan thumbprint untuk sahkan kehadiran, pastu staf bagitahu masuk kelas mana. Lepas habis kelas, thumbprint lagi sekali, pastu boleh balik. Takde dapat sijil or resit apa-apa. Mungkin tempat ni je la kot? Akademi lain mungkin lain caranya.

Konklusi KPP01 ni, kelasnya saaaaaangat la bosan kauuu. Sebab teori kan. Selama 6 jam pulak tu. Fuhh bapak pishang dalam kelas tu dengar cikgu-cikgu bercakap. Awal-awal okey lagi. Masuk jam ketiga dan seterusnya, mau tersengguk weh. Dengar tak dengar je apa cikgu bercakap.


Masa KPP01 akan dapat buku teks ni yang memang wajib beli. Tak boleh guna buku secondhand sebab katanya nombor siri buku tu didaftar atas nama individu. Waktu nak booking tarikh ujian JPJ, nombor siri buku ni akan dimasukkan sekali sebagai tanda dah sah habis KPP01. 

Buku ni boleh la buat belek-belek hilang bosan masa kelas tu. Lepas balik, jadi hiasan atas rak je. Tips untuk ujian komputer dan memandu tu aku baca dalam website dan tengok di Youtube jugak lol

Pasang video sebagai selingan sebab cikgu pun faham yang pelajar tak kuat untuk dengar dia membebel lama-lama haha

Masa KPP01 kami, ada 2 kelas. Aku dan kakak aku terpisah masuk kelas lain-lain. Kalau ikutkan, boleh je gabungkan semua pelajar dalam satu kelas sebab jumlah pelajar masa ni bawah 30 orang je. Tak ramai pun. Tapi sebab buat masa PKP kan, wajib amalkan social distancing la.

Kerusi semua jarak jauh-jauh jadi tak boleh la letak pelajar ramai-ramai. So dia bahagikan kepada 2 kelas dan 2 orang cikgu ajar bergilir-gilir. Dalam 6 jam tu, 3 jam pertama Cikgu A ajar kelas 1, Cikgu B ajar kelas 2. Rehat makan tengah hari 1 jam. Kemudian mereka tukar kelas untuk 3 jam seterusnya.

Masa sesi pertama tu agak bosan sikit. Cikgu duk buat lawak gelak sendiri apa entah. Aku terkebil-kebil je tahan mengantuk. Mujur pakai mask so boleh cover masa menguap haha. Cikgu sesi kedua okey sikit.


Dalam banyak-banyak isi kelas ni, sesi latihan jawab soalan contoh dalam ujian komputer ni yang paling segar sikit mata. Sebabnya ada soalan pasal buta warna tu. Boleh la test mata masing-masing sama ada nampak atau tidak huruf dan nombor yang tersembunyi dalam bintik-bintik warna tu. 

Orang yang penglihatan 20/20 mungkin boleh bezakan sepenuhnya kot. Aku ni rabun pulak. Walaupun nampak warna, tapi tak nampak huruf atau nombor apa. Pakai spek pun jenuh nak tenung.

Habis sesi pertama, dia bagi rehat selama sejam pukul 1 tengah hari untuk makan dan solat Zohor. Pastu sambung barai lagi 3 jam sebelum habis.

Muka aku lepas habis sesi 3 jam pertama KPP01. Barai mat! Tengok mata pun penat 😵

Siapa yang nak skip bahagian kedua dan balik terus masa rehat tu, tak ada harapan ya. Soalnya IC kita dipegang oleh pejabat untuk rekod waktu kita scan thumbprint lepas datang dan sebelum balik. Rekod masa tu akan masuk sistem untuk sahkan yang kita dah bertapa dalam kelas tu selama 6 jam. 

Jadi memang kena bertabah la nak dengar je kuliah cikgu-cikgu tu.

Kelas KPP01 kami mula pukul 9 pagi, habis nun pukul 3 lebih. Lepas tu nak scan thumbprint lepas habis kelas dan ambil semula IC, kena tunggu lagi. Overall, pukul 4.30 baru boleh balik.

Tunggu nama dipanggil di pejabat

Tu pun kakak aku boleh pulak ajak pergi ke pantai lepas tu sebab area tu dah dekat dengan Pantai Geting. Katanya nak pergi makan-makan sebelum balik. Macam tak boleh makan di rumah. Aku sikit lagi nak tumbang sebab mengantuk. Mujur tak tersengguk atas motor hahaha

Dia teringin nak makan kerabu maggi tepi pantai katanya. Aku makan yang goreng-goreng tu je

Ambik angin pantai sambil dengar ASMR bunyi ombak.

Balik dari pantai tu, sempat lagi menyinggah ke McDonalds beli burger lol. Cari pasal nak kena bebel dengan mama sebab kuat merayap. Bukan aku yang nak. Dah kakak aku yang bawak motor, kena ikut dia la. Kalau ikutkan aku, sebelum pukul 5 lagi aku nak sampai rumah dah. NAK TIDUR!

2 minggu lepas habis KPP01, kami diseru lagi ke akademi tu untuk demonstrasi Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM) pula. Masa ni dia ajar komponen apa yang kena sebut masa RPK, ada apa benda dalam enjin, dan macam mana nak sediakan diri sebelum memandu.

Masa demo tu dapat buku panduan ni tapi lepas tu hilang ke mana entah

Sepanjang aku di akademi tu, demonstrasi RPK dan RSM ni ditunjuk 2 kali rasanya. Kali pertama masa dia panggil lepas tamat KPP01 ni. Kali kedua, masa ujian QTI. Ada cikgu penilai tu buat demo sekali sebelum suruh calon tu buat sendiri untuk QTI tu. Kira latihan last sebelum ujian JPJ.

Nak kata terus faham lepas demo tu, memang tidak la. Sebab masa demo tu seorang cikgu tunjuk untuk ramai pelajar sekaligus. So tak nampak jelas pun dia buat apa, especially part enjin.

Kiranya masa demo tu aku cuci telinga dengar dia bercakap je haha. Selebihnya, aku banyak baca blog dan tengok Youtube milik akademi memandu luar untuk hafal semua benda yang perlu disebut masa RPK dan RSM dan juga kenalpasti komponen enjin. Gigih aku cari gambar enjin kereta Axia 😂

Cikgu pun suruh buat macam tu sebab memang tak cukup kalau nak bergantung pada akademi semata-mata. Kita yang nak belajar kan. Kena la ada effort untuk cari ilmu tu sendiri.

Anyway, lepas habis KPP01 6 jam tu, prosedur seterusnya adalah booking tarikh untuk ujian komputer. Kami dapat tarikh seminggu kemudian, masa 16 Mac 2021. Lokasi ujian, pejabat MyEg Kota Bharu.

Untuk kisah ni, kita cerita dalam bahagian seterusnya. Sebab kalau taip semua bahagian A-Z dalam satu pos, nanti cerita terlebih panjang. Aku pun serabut nak baca review satu-satu, apatah lagi korang haha

.
.
.
.
Semua cerita pasal lesen kereta ni dah dikumpulkan dalam page di bawah. Jemput baca:

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. wahh kira murah jugak eh ejen tu ambil... sy amik lesen tahun 2019 centu, manual jugak dalam RM1600++, belum kira fail jpj test pastu kena bayar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wait dah edit nilai sbb tanya kakak tadi, ada 3 bayaran utk 3 KPP so total dalam RM1300+.

      Tapi kira masih rendah juga dpd Su punya. Mujur lulus kan. Bersyukurlah kita yg semua benda ni dah lepas 🥲

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS