Giveaway Contengan Cuya | NaSa

Giveaway Contengan Cuya

in , by NaSa, October 07, 2022
Assalamualaikum

Sampai undangan daripada Cuya haritu, maka jom le kita memenuhi jemputan dan memeriahkan giveaway anjuran Cuya ni. Lagipun dah lama tak nampak cekmek molek sorang ni. Katanya dah terjebak dengan TikTok sebab tu dah jarang menaip haha kemain

Tapi bagus le reti main TikTok. Aku ni nak edit buh perkataan dalam tu pun cemuih. Payah benor 😂


Cuya suruh pilih mana-mana "contengan" dia yang kita berkenan dan aku suka 2 jenis lukisan bawah ni.

Simple je line art semata-mata warna hitam putih tapi detail kat tempat penting tu sampai

Yang ni pun sama line art gitu tapi tambahan warna macam tu lawa.

Kenapa nak menang giveaway ni?


Sebab bulan Oktober ni bulan hari jadi sis jadi teringin la nak dapat hadiah. Cuya pun terer kan buat lukis-lukis ni, siap ada kedai Shopee sendiri. Suka la saya kalau dapat hadiah daripada sifu hehe

Lagipun sedih jugak asyik aku je sambut birthday orang tapi orang tak ingat pun birthday aku 😌

Tarikhnya 28 Oktober tau, kawan-kawan. Jangan lupa wish hahahah

Bercakap pasal melukis, aku kalau lukis manual guna pensil atau berus tak reti tau sebab tangan keras. Tapi kalau guna aplikasi digital, boleh la tekap line daripada gambar sebenar tu. Senang nak undo kalau tak jadi. Cumanya kalau part muka mesti gagal, terutamanya hidung 😂

Satu je la lukisan tekap muka sendiri yang aku berjaya buat dan masih guna sampai sekarang.

Gambar dengan screenshot Hatsuharu dari anime Fruit Basket ✌🏼

Gambar ni masih jadi gambar profile di Twitter ye haha. Pastu aku try lukis gambar lain, renyah sungguh nak edit line, warna, shading semua tu. So sampai sekarang tak lukis dah. Upah orang je la huhu

Alang-alang Cuya ada kedai Shopee sendiri ni, boleh la sama-sama support pasni. Aku nak order ugly potret terkeluar bulu hidung tu satu. Bagi kat kakak aku. Hadiah bersalin sebab baby dia jangka lahir minggu depan 😂 takpun bagi kat adik aku sebab dia annoying. Birthday dia bulan 11. Tunggu la kau 🤭

Siapa nak join sama giveaway ni, ayuh la singgah ke blog Cuya sebelum 19 Oktober ni.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. good luck awak...semoga dapatlah hadiah birthday tahun ni ye. sedih je bunyi ahaksss

    ReplyDelete
  2. Thank you join Nasa! Terhibur baca...pandainya Nasa lukis..ada bakat :D nntkan update senarai peserta yaa

    ReplyDelete
  3. Goodluck ! Btw VM follow sini. Salam kenal =)

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS