Masak-masak: Donat red velvet viral dengan inti cream cheese | NaSa
Assalamualaikum


Hello hello wassap telegram. Lama tak jumpa. Malas nak menaip sejak terminate wifi Maxis haritu sebab lembab gilbabs. Tapi tu la line Tunetalk di kampung ni pun slow jadi makin takde mood nak blogging.

Kali ni baru semangat sikit nak menaip sebab nak share pasal pengalaman try resepi baru ni. Sebab akhirnya sis terjebak juga dengan resepi viral di Malaysia sejak dua tiga bulan kebelakangan ni, iaitu DONAT RED VELVET.

Tapi ingatkan macam mana la donat red velvet tu lain daripada donat biasa. Rupanya warna saja lain. Makan tetap salut gula. Rasa macam expectation aku jatuh la sikit sebab kek red velvet kan disaluti aising cream cheese. Sebab tu aku twist buat donat red velvet tu bulat dan isikan inti cream cheese. 

Resepi Donat Red Velvet


Untuk donat, base tu aku pakai resepi donat yang biasa buat sebelum ni. Bezanya kena tambahkan satu sudu besar red velvet emulco dalam adunan tepung. Tak boleh guna pewarna merah biasa sebab nanti warna tak naik sangat. Memang kena guna emulco jugak. Ada beza dua benda tu tapi google la sendiri.

Emulco red velvet tu aku beli dari kedai baking di Shopee. Supermarket biasa takde jual. Biasanya kedai baking akan repack dalam botol kecik 25-30 gram. Cukup la untuk 2-3 batch donat red velvet. Dan bau emulco red velvet ni kan, WANGI GILA. Manis-manis macam biskut raya. Tapi takde rasa pun di donat tu.

Macam botol aku beli bawah ni 25 gram je, harga RM3.80. Tu pun rezeki dapat stok terakhir sebab kebanyakan kedai bakeri di Shopee tu dah habis stok red velvet. Penangan donat viral la katakan 😂


Aku guna tepung gandum Cap Ros 850 gram dan yis Saf-instant.

Daripada resepi asal sebagai base tu, aku gandakan bahan lain setengah kali ganda sebab tepung lebih banyak kan. Plus, ada jugak tambah sedikit baking powder double action, bread softener, dan satu sudu makan susu pekat biar donat tu lebih kembang dan lembut.

Red velvet emulco tu sepatutnya dimasukkan masa kita adunkan tepung dengan bahan kering lain. Kiranya SEBELUM kita masukkan air dan uli tepung jadi doh. Tapi tu la, proses selebihnya biar gambar la yang bercerita sebab banyak benar dugaan aku hadap masa ni huhu

Dah siap adunkan tepung jadi doh baru teringat penutup botol emulco tu belum bukak pun lagi. Redha la buh waktu dah jadi doh pun

The moment of truth.
Satu sudu makan emulco ni pun dah cukup untuk sebungkus tepung cap Ros tu. Nak letak lebih pun boleh.

Masa gaul tu kan, lahhhh memang merah pekat melekat kat tangan serupa dibasahi darah lepas kita tikam pakwe curang. Tapi mudah je warna tu hilang lepas cuci dengan sabun, tak macam pewarna makanan biasa.

Haa ni la makan dia akibat tak bubuh emulco tu sebelum kita masukkan air. Uli lama-lama pun, warna merah tu jadi tak sebati dengan tepung. Jadi bertompok comot gini. Sekali tengok, dah rupa otak lembu. Ngeri 🙈

Mujur aku dah standby hand mixer siap-siap untuk uli doh. Alhamdulilah warna merah tu jadi makin sebati. Tapi dugaan kedua, baru uli separuh jalan, enjin hand mixer tu bau hangit-hangit sikit... dan akhirnya mampus sebab overheated 😂

Mujur kebanyakan warna dah sebati jadi redha la kita sambung uli manual untuk merahkan baki doh lain yang masih ada part putih-putih tu. Lepas tu, aku biarkan doh tu REHAT SELAMA 1 JAM.

Lepas satu jam, ewah doh pun mengembang bagaikan juara. Boleh la tumbuk-tumbuk buangkan angin dan sambung uli kali kedua untuk dibentuk kecik-kecik jadi donat pulak.

Aku buat donat red velvet tu bentuk bulat-bulat penuh gini sebab nak isikan dengan inti cream cheese kan.

Mama tak makan dairy products termasuk cheese jadi aku bentukkan jugak donat berlubang yang biasa untuk disalut gula je.

Aku tak timbang doh ni masa ni sebab malas. Aku belah je doh bulat besar tu kepada 4 suku, pastu bulatkan setiap suku tu dan belah jadi enam. Dapat la 24 biji donat. Tapi ada beberapa bebola yang terlebih besar tu aku cubit-cubit sikit gabungkan jadi bebola lain. In total, dapat 27 BIJI DONAT.

Masa aku rounding doh tu, saiz bebola tu lebih kurang besar penutup botol air je. Risau aku tau takut 27 donat tu kecik sedangkan orang ramai nak makan. Takut tak cukup. Tapi berkat yis dan baking powder double action tu, masa digoreng, pehhh donat mengembang jadi besar piring 😂

Cantik sangat warna dia masa goreng dalam kuali tu

Alhamdulilah setakat proses membentuk donat tu memang berjalan lancar. Cuma masa peringkat menggoreng ni la anxiety lebih sikit.

Sebab kalau donat biasa, doh tu kan putih krim dan jadi kuning/coklat keemasan lepas siap digoreng. Tapi sebab donat red velvet ni merah, mana nak nampak keemasan tu dah. Warna dia memang tak berubah sangat. Jadi kita kena la pandai kira sendiri timing bila nak angkat donat tu.

Tapi oleh sebab aku ni cuma biasa agak-agak je berdasarkan tengok warna donat sebelum ni, memang cemas woi tak tahu bila donat red velvet tu masak. Nak angkat awal, takut doh di tengah tak masak sepenuhnya. Nak tinggal lama sikit, takut donat tu hangit pulak. Dilema 😭

Mujur siap dengan selamat akhirnya donat aku huhu

Lai lai awak nak donat berlubang atau donat berinti?

Tapi donat red velvet ni tak boleh nak dusting dengan tepung banyak sangat untuk elakkan melekat waktu tunggu doh kembang kali kedua tu. Sebabnya lepas goreng, baki tepung tu akan bertompok putih-putih atas merah donat. Dah rupa donat berkulat lol

Jadi kena dusting ala kadar je la. Atau alternatifnya, mungkin boleh lapikkan donat tu dengan non-stick baking paper 🤷🏻‍♀️

Resepi Inti Cream Cheese Frosting


Masa tunggu donat sejuk, boleh la kita sediakan cream cheese frosting untuk inti dalaman tu.

Cream cheese frosting untuk kek red velvet ni ada banyak versi yang gunakan pelbagai jenis bahan. Tapi aku cari yang mudah-mudah je sebab malas nak beli barang banyak-banyak. Dah la cream cheese tu pun dah mahal. Aku pulak forever broke 💸💸

Aku guna resepi cream cheese frosting dari laman web Rasa sebab nampak simple je.

Bahan-bahan cream cheese frosting:

🔸500g cream cheese
🔸100g mentega (aku guna Farmcow)
🔸1 sudu kecil ekstrak vanila
🔸270g gula aising (ayak dulu supaya tak berketul)
🔸Sedikit jus lemon (optional)

Pergi supermarket lupa pulak nak beli lemon tapi sebab tu optional je kan, aku tak letak pun.

Cara sediakan cream cheese frosting:

1. Pukul cream cheese dan mentega sampai putih dan gebu.
2. Masukkan ekstrak vanila dan gula aising sedikit demi sedikit, putar lagi sampai kembang.

Aku biarkan cream cheese dan mentega tu turun jadi suhu bilik baru pukul sampai kembang. Belajar dari kesilapan sebab masa buat no-bake Oreo cheesecake haritu, cream cheese sejuk dari peti dan gelatin yang baru cair tu cepat je jadi beku berketul. Rosak kek aku haha

Tapi 500gm cream cheese tu banyak sebenarnya untuk donat yang guna 850gm-1 kilo tepung. Yang aku buat ni pun, ada lagi baki 2/3 tau. Aku letak dalam tupperware dan simpan dalam freezer. Boleh la tahan at most 3 bulan. Sempat la buat satu lagi batch donat red velvet sebab emulco tu pun ada lagi.

Jadi untuk rujukan masa depan, guna 250gm cream cheese pun dah cukup untuk satu batch donat. Bahan lain tu bahagi la dua.

Untuk cream cheese, aku memula beli jenama Oki 250gm. Pastu pergi supermarket dengan kaklong, aku pau cream cheese jenama Tatura pulak untuk topap sebab kebetulan ada promosi. Jimat duit aku hahah

Mungkin sebab Oki tu 'processed' manakala Tatura pula 'natural' cream cheese, warna dia pun lain-lain ya. Yang Oki krim kekuningan gitu, Tatura pula lebih putih sikit warna dia. Tapi aku main campur je dedua. Kisaahhh

Oleh sebab hand mixer tu dah arwah masa uli doh donat, maka kena la pukul cream cheese ni secara manual guna hand whisk. Fuhhh longgar bahu aku. Mujur cream cheese suhu bilik ni dah lembut. Mudah la nak adun dengan gula aising

Lepas siap cream cheese frosting tu, kita isikan la dalam piping bag. Ada nozzle besi tu yang aku guna untuk paipkan inti ke dalam donat tapi lupa nak ambik gambar. Soalnya dah excited nak makan 😂

Toreh sikit bahagian sisi donat tu dengan pisau, dan rodok la dalaman donat tu di setiap penjuru untuk buka ruang inti tu. Aku picitkan piping bag tu sepenuh rasa sampai melimpah ke luar ye. Baru puas hati masa makan haha

Keratan rentas kononnya. Ni pun tak cukup dengan inti di dalam, aku paipkan lagi inti cream cheese tu di atas donat. Takpe la kita yang buat dia 😂

Walaupun banyak pahit getir nak buat donat red velvet ni, testimoni akhir aku: CRAVING SATISFIED ✅

Donat gebu lembut, warna merah cantik elok, dan inti cream cheese pun sedap masam manis macam aiskrim 😋 lagi sedap la berbanding salut gula biasa je. Walaupun bentuk bulat penuh tu bukan macam donat biasa, tapi sebab guna resepi doh donat kan, biar la aku nak panggil donat haha

Dan tak perlu risau pun pasal kuantiti donat sikit tu. Sebab donat tu kembang helokk masa goreng kan, aku makan dua biji pun dah kenyang ya. Orang lain pun makan sebiji dua je dah mengaku kalah jugak. Jadi 20+ donat tu terlebih cukup la untuk makan 9-10 orang, purata sorang dapat 2-3 biji donat.

Selain red velvet, aku ada beli emulco perisa pandan kelapa jugak sebenarnya. Teringin pula nak cuba buat donat hijau perisa pandan, pastu sagat gula melaka untuk salut donat tersebut. Mana tau sedap jugak kan. Nantikan projek seterusnya 😉

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. uwuuu okay this one actually looks good. ke sebab saya suka pink hahahah Thank you share recipe! Hehe boleh cuba ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dia sebenarnya donat biasa-biasa je. Tapi sebab warna tuuu yg jadi viral kan. Tambah inti cream cheese ni jadi unik lagi soo sedap 😋

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS