Persiapan pre-graduation untuk bakal siswazah UUM (Part 2) | NaSa
Assalamualaikum

Wah tak sangka ada lagi sambungan Part 2 ya. Aku ingatkan lepas bayar duit RM270 untuk daftar pre-graduation tu, tinggal dapat tarikh konvo dan terus boleh set tarikh nak pergi UUM. Rupanya ada lagi benda kena buat. Kesian la kanak-kanak UUM ni lama benor nak tunggu konvo nyee haha

Nak buat cemana kan. Kita management ke dia management? Jadi kena la ikut saja apa arahannya. Dan moh le tengok apa benda lagi yang kena buat untuk konvo UUM ni.

Bendanya adalah lengkapkan Soalselidik Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Nama pendek, survey. Benda
 ni wajib dijawab sebab kena upload slip bukti di portal UUM lepas tu. Kalau tak, affect konvo kita dan tak boleh ambil transkrip atau skrol ijazah pulak.

Perintah suruh jawab survey ni akan disampaikan melalui emel peribadi pelajar dan WhatsApp yang dihantar oleh Career Development Center UUM (CDC). Tapi waktu untuk dapat tu, berbeza la ikut batch bila dia emel. Ada yang dapat cepat, ada yang dapat lambat.

Macam kawan aku dapat awal. Tapi dia tanya aku, aku kata takde dapat emel apa-apa pun. Sekali bila emel CDC tu sampai kat aku? Tepat seminggu kemudian 😂

Emel yang dihantar kepada emel peribadi pelajar. Tak hantar kat emel UUM pelajar sebab tahu dah yang ramai tak bukak pun inbox Outlook UUM tu haha

Ni notis melalui WhatsApp pulak. Sama je isinya. Siapa yang jenis bluetick orang tu harap tak lupa la pasal mesej ni ye

Dalam dedua mesej ni dah dinyatakan yang slip jawab survey tu MESTI dimuatnaik dalam portal UUM, baru boleh ambil jubah konvo, transkrip, dan sijil ijazah nanti. Jadi sila la jawab dan upload slip tu dalam tempoh yang diberi. Macam batch aku ni kena selesaikan SEBELUM 31 Januari 2023.

Survey tu ada di website Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, page SKPG. Nak login, kena masukkan nombor IC tanpa sempang "-" dan pilih nama IPT masing-masing.

Kena taip ye keyword nama IPT tu. Aku ingatkan dia auto keluar lepas masukkan IC tapi tidak rupanya. Pastu panik ingatkan dah terlepas tarikh isi survey lol

Ada TUJUH (7) bahagian yang perlu dijawab. Tapi tak ambil masa lama pun. Dalam 10-15 minit.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN



Ni basic la. Kebanyakan ruang berkaitan akademik dah diisi secara automatik dengan data daripada IPT kita. Cuma kena update maklumat lain macam data peribadi, alamat, nombor telefon, pengalaman latihan industri (LI) kalau ada, elaun LI kalau dapat, pengalaman kerja etc.

Satu part tu siap tanya maklumat akaun media sosial kita ye kalau ada.


Aku rasa semua orang ada kebanyakan platform yang diberi tu tapi tu la belum tentu semua orang akan isi. Aku pun letak channel Youtube je sebab tu paling mild. Ada video assignment, video orientasi UUM dan video quilling art je. Nampak la ilmiah sikit berbanding app lain yang lebih wild hehe

BAHAGIAN B, C, D: STATUS PEKERJAAN TERKINI


Ada 3 bahagian tapi macam bawah satu bahagian je sebab berkaitan.

Kat sini kena baca betul-betul kategori apa yang dikelaskan sebagai BEKERJA atau TIDAK/BELUM BEKERJA tu. Dan masa dikira tu waktu minggu kita jawab survey ni sahaja, bukan sebelumnya. So kalau kita pernah kerja part-time bulan Mac tapi dah tak kerja waktu jawab survey ni, kira Belum Bekerja la tu.


Kena pastikan betul-betul apa kategori status pekerjaan yang kita ada tu sebab sekali confirm, dah TAK BOLEH TUKAR JAWAPAN.

Aku, atas sebab-sebab tertentu, masih belum bekerja. Jadi memang pilih unemployed la jawapannya. Ada banyak pilihan jawapan yang boleh dipilih sebagai sebab tu jadi ambik la yang mana berkaitan dengan keadaan diri sendiri pada masa tu. 

Antara pilihan sebab tidak/belum bekerja.

BAHAGIAN E: MELANJUTKAN PENGAJIAN


Ni terpakai kepada yang sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Masters atau setara la. Kalau tak sambung pengajian macam aku, pilih je TIDAK. Kalau ada sambung, nanti ada la kot maklumat pasal program yang diambil di peringkat seterusnya tu.


BAHAGIAN F: PENGALAMAN SEPANJANG BELAJAR DI IPT


Dalam bahagian ni, boleh la bagi rating kepada IPT kita dari pelbagai segi macam kurikulum, tenaga pengajar, pemarkahan, kemudahan belajar etc.


Sesiapa yang tak gembira dengan prestasi IPT dan pengalaman sepanjang belajar tu, boleh la tekan 1-1-1 je di pilihan jawapan yang ada untuk bagitahu "sangat tidak memuaskan/cemerlang". Kot le IPT pasni diberi hidayah untuk berubah ke kan lepas baca rating tulus ikhlas anda.

Kalau aku, walaupun management UUM ni tak berapa nak eminent sangat seperti yang diiklankan, tapi overall masih okey la pengalaman di kampus tu jadi averagely aku bagi 4-5 markah sebagai tanda memuaskan. Tapi masih ada la part yang UUM kena naiktaraf tu. Semoga berubah ye.

BAHAGIAN G: PERSETUJUAN


Kita boleh pilih sama ada nak benarkan data kita dalam survey ni dikongsikan oleh pihak KPT dengan pihak ketiga atau tidak. Aku macam bendul sikit so aku pilih BERSETUJU je. Mana tahu ada rezeki tetiba dapat kabel boleh pasang untuk dapat kerja lebih baik ke kan hahah. Aminnnn je la mampu.

Harapnya diorang tak bagi maklumat tu kepada orang kuban-kuban je la.

AKHIRNYA, SLIP PENGESAHAN.



Ye lepas dah hantar jawapan persetujuan tu, boleh la dapatkan link untuk slip pengesahan yang kita dah jawab survey KPT tu untuk dimuatnaik dalam portal IPT masing-masing.

Rupa gini je slip dia. Tekan logo printer tu dan pilih la untuk save as PDF.

Dah selesai jawab survey, boleh la muatnaik slip tadi di Portal UUM. Log masuk dengan ID masing-masing dan pergi ke page Academic >  Graduation > Graduation Menu.

Ikut turutan nombor. Penting kena bagitahu takut ada yang tak jumpa hahahah

Tekan logo topi mortar konvo tu yang akhirnya dah boleh diakses. Sebab haritu lepas bayar yuran pre-grad, logo topi tu belum boleh ditekan lagi.

Dalam menu Graduation tu, akan keluar 2 benda iaitu Personal Information dan tempat untuk upload slip bukti tadi. Kat sini penting untuk baca betul-betul semua benda ya.


Personal Information tu dah diisi secara automatik berdasarkan data kita dalam sistem UUM, so tak perlu taip sendiri. Tapi kena PASTIKAN NAMA PENUH DAN NOMBOR IC/PASPORT KITA ADALAH BETUL.

Kalau ada kesalahan ejaan huruf/nombor, kena emel salinan IC atau passport cepat-cepat kepada Unit Konvo SEBELUM tarikh akhir yang diberi. Kalau check lambat dan perasan kesalahan tu lepas tarikh tutup, GG la kena bayar RM520 untuk UUM baiki maklumat dan print balik sijil/transkrip baru 😑

Survey tu pula, biasanya diberi masa 1-2 bulan untuk jawab dan muatnaik slip pengesahan. Macam kami ni dapat link bulan Disember 2022, kena jawab sebelum 31 Januari 2023. Sempat la bersenang-lenang dulu. Tapi bergantung kepada Pusat Pengajian masing-masing jugak cara push pelajar jawab survey tu.

Kawan aku course Finance siap ada staf telefon dia 1-2 kali ye untuk ingatkan suruh jawab survey tu. Kalau aku, takde dapat call apa pun. Cuma Dekan Pusat Pengajian war-warkan melakui WhatsApp pasal jumlah pelajar yang belum jawab survey dan minta kerjasama suruh jawab cepat. Nasib baik haha

Jadi sekarang ni, survey dah jawab, maklumat aku dah sahkan betul, dan slip pengesahan tu pun aku dah upload dalam portal UUM. Cuma tinggal makluman bila tarikh konvo akan diadakan la. Setakat ni cuma tahu anggaran akan dibuat masa bulan Mei 2023 je. Hari sebenar tak tau lagi.

Macam ni la dugaan universiti besar yang ada satu cawangan besar ye. Lama betul nak tunggu semua nama disahkan oleh Senat nyeee. Yang kelakarnya, kalau ikutkan, aku habis intern dulu tau masa bulan Januari 2022. Tapi member tempat intern yang habis bulan Februari tu yang dah konvo dulu 😂

Takpe la asalkan boleh konvo. Harapnya takde dah la drama PKP pebende walaupun agak cuak sebab China dah batalkan polisi zero-covid dia tu dan rakyat dia dah boleh mengembara tak kira positif COVID atau tidak. Harapnya negara kita ni ketatkan lagi la syarat kemasukan pelancong tu. Siz penadt

By the way, selamat tahun baru 2023 yang agak terlambat sebab wish masa hari ketiga haha. Tak sempat nak taip entri eksklusif 2 hari lepas sebab 1hb jadi driver pergi Tabung Haji, 2hb berkampung di klinik kejap tunggu mama tukar dressing di luka kaki.

Semoga tahun ni membawa lebih banyak rezeki dan kebahagiaan untuk kita. Aminnn ❤️

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS