Seni Kertas: Kenali apa itu “Quilling Art”? | NaSa
Assalamualaikum


Ini adalah topik yang dah lama aku nak tulis, tapi belum berkesempatan sebelum ni sebab tak ada keyakinan dan juga tak tahu nak mula dari mana. Tapi memandangkan aku masih dekat rumah dan ada kesempatan nak jamah alat-alat seni ni, aku nak sembang la pasal benda ni kejap. Mana tahu pasni dah kerja, tak sempat pulak. Makin berhabuk pula koleksi dan niat aku ๐Ÿ˜‚


Topik pengenalan pasal quilling art ni
pernah aku tulis tahun 2014 dulu, masa mula-mula terjebak dalam bidang seni tersebut. Dalam entri 2-3 tahun lepas pun pernah aku compile karya-karya quilling art yang aku hasilkan dalam tajuk Seni September. Tapi kali ni kalau boleh nak tulis dengan lebih mendalam lagi, jadi kita buka siri baru iaitu “Seni Kertas”. Mudah aku nak rujuk lepas ni.

Jadi, apa itu quilling art?

Ianya adalah suatu seni kertas yang menggunakan jaluran kertas (paper strips), di mana kertas akan digulung dan ditekan dengan jari menjadi pelbagai bentuk. Kemudian, setiap bentuk tu akan digam dan dicantum bersama mengikut pelbagai design. Walaupun cuma guna kertas A4 putih kosong sekalipun, banyak benda boleh dihasilkan dengan kertas tu ya. Bunga, snowflake, potret, dan sebagainya.

Jalur kertas atau paper strips untuk quilling art

Komuniti quilling art ni agak kecil di Malaysia kalau dibandingkan dengan bidang seni lain seperti lukisan, tapi relatively masih ada kelompok peminatnya yang tersendiri, sama ada secara hobi mahupun sebagai peniaga. Malah, ada artis quilling art Malaysia yang dikenali oleh penggiat seni ni di luar negara kerana kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai bentuk unik menggunakan jalur kertas tu.

Contohnya, kak Azlina Abdul yang menjadi perintis "Malaysian Flower" yang kini popular digunakan dalam karya quilling arts di serata dunia. Selain tu, ada banyak lagi tutorial yang dikongsikan di channel YouTube beliau yang sangat cantik dan berguna.

Quilling Malaysian flowers, bunga yang diinspirasikan oleh kak Azlina Abdul 

Bagi mereka yang berminat dengan hobi berbentuk kesenian tapi kurang berbakat dalam bidang seni halus (fine arts) seperti lukisan, penulisan, muzik etc, sesuai la untuk ceburkan diri dalam dunia quilling art sebagai pengisi masa lapang mereka.

Kenapa?

1) Mudah untuk dikuasai


Bagi mereka yang masih di tahap pemula (beginner), bentuk-bentuk asas dalam seni quilling arts ni tidak susah untuk dipelajari dan dikuasai. Dan hanya dengan bentuk-bentuk asas itu sahaja, dah banyak benda yang kita boleh hasilkan dengan jaluran kertas tersebut.

Antara bentuk-bentuk asas gulungan kertas dalam quilling art

Contoh bunga quilling art yang dihasilkan dengan hanya bentuk marquise

Mudah, kan? Dan bentuk gulungan kertas ni tak terhad kepada yang disenaraikan di atas ni sahaja. Bergantung kepada sudut dan tekanan yang diguna masa tekan gulungan kertas tu, kita boleh buat lebih banyak bentuk daripada bentuk asas tu. Boleh la guna untuk lebih banyak projek.

2) Make it as you go


Kalau nak belajar seni lukis, kadang-kadang kita boleh overwhelm sebab banyak benda basic nak kena belajar dan kuasai macam sketch awal, posture, posing, detailling, shading, color mixing, etc. Aku nak belajar melukis dulu pun macam tu la. Sampai jadi takut nak teruskan belajar sebab rasa information overloaded dan was-was diri tak mampu belajar semua tu huhu

Tapi Alhamdulillah quilling art ni bagi aku agak mudah dan sesuai dengan jiwa aku.

Dengan sedikit idea di permulaan, kita boleh gulung je kertas tu ikut bentuk dan dalam warna yang kita nak, kemudian susun-susun ikut apa yang cantik di mata kita. Selagi kertas tu belum digam jadi hasil akhir (final piece), selagi tu kita boleh ubah design tu sesedap rasa sampai puas hati. We can really make it as we go through the process. 

Dah biasa sangat dah aku set dalam kepala nak buat benda lain, tapi jadi benda lain. Contoh, niat nak buat bunga bentuk ABC dalam warna XYZ, tapi masa tengah gulung kertas, rasa macam lawa pula kalau tambah warna DEF. Lepas siap, tahu-tahu hasil akhir tu dah jauh beza dengan idea asal ๐Ÿ˜‚

Quilling art ni pun kurang stress sebab kalau ada kertas yang dah digulung tapi tak digunakan, boleh simpan untuk guna di masa depan. Jimat jugak kan.

3) Kos permulaan yang rendah


Quilling art tidak memerlukan bahan yang rumit dan renyah sebab perlukan kertas sahaja. Kertas nipis untuk dijadikan jaluran kertas bagi digulung, dan kertas tebal untuk dijadikan lapik gulungan kertas tersebut (kalau nak). Kita boleh je beli satu pek kertas warna, pisau cutter, dan gam putih di pasar raya, then we are good to go. Sebab alat nak gulung kertas tu boleh je buat sendiri (DIY) di rumah.

Alatan asas yang diperlukan untuk belajar quilling art:
- Kertas A4, biasanya 80gsm
- Pisau pemotong (cutter) @ gunting
- Lidi @ pencungkil gigi (toothpick)
- Gam putih
- Penutup botol pelbagai saiz
- Tweezer (di kedai/bahagian barang jahitan ada)
- Cutting mat (optional, perlu kalau guna pisau untuk potong kertas)

Alatan asas untuk quilling art

Lidi tu diperlukan untuk membentuk slotting tool, di mana hujungnya akan dibelah sedikit di tengah untuk selitkan jaluran kertas sebelum digulung. Selain lidi dan pencungkil gigi, nak buat slotting tool tu guna lidi sate pun boleh. Ikut la apa yang ada di rumah asalkan boleh gulung kertas. Kalau patah, ambik lidi lain pulak. Jimat, kan? haha

Masa aku mula-mula belajar quilling art tahun 2014 dulu, memang benda-benda di atas ni je aku guna tau. Potong kertas manually guna gunting sampai bengkak ibu jari, pastu selit di celah lidi dan gulung kertas banyak-banyak, kemudian letak dalam penutup botol untuk biar gulungan kertas tu terbuka sedikit sebelum ditekan jadi bentuk asas dan digam.

Setup aku masa mula-mula belajar quilling art dulu, atas meja jepun yang lipat tu je. Gunting sampai balut tisu sebab tak nak sakit ibu jari potong kertas banyak sangat huhu

Kalau ikutkan hati, memang nak guna alat sebenar yang lebih proper. Tapi masa tu platform kedai online belum berkembang dan komuniti quilling art pun belum popular. Jadi agak susah nak jumpa kedai yang jual alat quilling art, bukan macam sekarang yang banyak dijual di Shopee dan Lazada.

Tahun 2015 baru aku jumpa orang jual slotting tool besi dan circle template plastik di Instagram, dan of course aku beli sebab lebih memudahkan kerja. Kemudian pertengahan tahun 2019, baru aku invest beli set quilling art yang ada pelbagai alatan lain. Nampak tak yang kita boleh survive lama dalam quilling art ni walaupun menggunakan alat-alat DIY dan alat basic sahaja? ๐Ÿ˜‰

Set alatan quilling art yang dibeli lepas sekian lama haha.
Bagi beginner, nak beli sebelum start belajar boleh, nak beli lepas dah mahir asas pun boleh.

Salah satu sebab aku mula-mula belajar quilling art dulu pun atas sebab kos yang berpatutan ni la.

Tengok lukisan orang cantik-cantik, teringin juga nak hasilkan karya seni warna-warni. Tapi selain tak reti melukis dan mengecat, kos bagi seni lukis agak tinggi bagi aku sebab perlukan kertas, kanvas, cat, pen, dan berus bersesuaian. Berus tu pun dah banyak jenis, cat pula banyak warna. Kalau jumpa kedai yang murah pun, kalau berus tu nak guna 5-6 jenis dan satu karya nak 8-9 warna? ๐Ÿ’ธ

Lagipun quilling art ni, kalau beli kertas dan gam pastu tak guna, boleh simpan bagi kat anak-anak, anak buah, anak jiran. Tak pun biar je dalam simpanan sebab boleh guna untuk menulis. Untuk seni lukis, kalau beli alat melukis mahal-mahal pastu tak guna, dah membazir kan.

Sebab tu sis respek dengan orang yang mahir melukis dan mengecat yang belanjakan kos yang tinggi untuk bahan and alatan tu, walaupun cuma untuk hobi. Sebab aku tak ada level komitmen yang diperlukan untuk tu (and mainly because I’m broke takde duit hahahah)

Setakat ni dulu untuk pengenalan asas tentang quilling art. Akan datang, kita sambung topik lain yang lebih mendalam pula.

Tujuan aku tulis pasal quilling art di blog ni, saja je nak membebel tulis panjang-panjang letak gambar banyak. Sebelum ni aku banyak juga share pasal quilling art dan kertas yang aku beli untuk digulung tu di Twitter. Tapi tak best sebab tweet pendek dan bercampur dengan bebelan bab lain.

Sebab Twitter kan macam diari gitu. Hari-hari ada je benda nak meroyan kat situ. Lagipun mesti ada some followers yang pelik "kenapa dia selalu meroyan pasal kertas?" ๐Ÿ˜‚ Kalau di blog ni, boleh letak label. Nampak la lebih tersusun. Nak refer balik entri lama pun mudah berbanding cari tweet lama.

Lagipun aku perasan kalau bab hobi seni ni, agak susah nak jumpa blog yang dalam Bahasa Malaysia yang agak terkini. Kena guna English keywords baru jumpa blog yang ajar pasal tips and tricks serta bahan-bahan yang diperlukan. Tapi tu la, benda yang dijual di negara luar tu tak semuanya ada di negara kita. Jadi aku share berdasarkan pengalaman aku di Malaysia la.

Oleh itu, harapnya penulisan aku dalam blog ni membantu kenalkan seni quilling art kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan pupuk minat mereka untuk berkecimpung sama dalam bidang ni. 

Eh dah bunyi macam karangan SPM pula. Tapi tu la biar lagi ramai belajar pasal quilling art ni sebab aku lonely tak tau nak berbual dengan siapa pasal benda ni ๐Ÿ˜‚

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Antara kerja seni yang saya suka buat masa sekolah dulu walaupun ada yang kata renyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Member tengok selalu kata "macam penat je nak gulung kertas banyak²" tapi dia tak tahu kita rilek je buat mental therapy ๐Ÿ˜‚

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya ๐Ÿ˜˜

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then ๐Ÿ˜˜

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS