Setahun selepas berhenti Pil Yasmin, ada kesan sampingan? | NaSa
Assalamualaikum

Mengimbas semula kepada tahun 2020, waktu tu adalah kali kedua doktor sakit puan preskripsikan aku pil hormon untuk kawal masalah cyst dan kurangkan senggugut teruk yang tiba-tiba menyerang akibat ovari kanan bengkak dulu. Pil pertama yang aku terima daripada doktor pertama adalah Rigevidon yang aku sempat makan 2 cycle, dan pil kedua adalah pil Yasmin yang dimakan lebih lama.

Ingat saya tak?

Kesan yang diterima daripada pil Yasmin tu, Alhamdulillah positif dan menyelesaikan semua masalah yang aku hadapi. Boleh baca review pil Yasmin di sini. Apabila dikira-kira, hampir setahun setengah juga aku makan pil Yasmin tu. Sampailah akhirnya aku berhenti sejak Januari 2022. More precisely lepas tamat internship UUM sebab stok dah habis dan takde duit dah nak beli tambah huhu

Lagipun masa follow-up dengan doktor sakit puan, lepas scan perut untuk kesekian kalinya, dah disahkan semua cyst dah hilang. Period aku pun kembali normal takde sakit teruk macam azab sangat kan. Jadi tak ada keperluan la nak makan pil hormon untuk jangka masa lebih lama.

Memandangkan sekarang ni Januari 2023 kan, maksudnya dah setahun la aku berhenti tu. Dan sebagaimana orang tertanya-tanya macam mana kesan selepas makan pil Yasmin, mungkin ada yang ingin tahu macam mana kesannya selepas BERHENTI makan pil tu pula kan?

Jadi boleh la sis kongsi sikit pengalamannya. Tapi take note la yang ini pengalaman diri sendiri sahaja yang akan berbeza dengan pengalaman orang lain. Silalah ambil sebagai panduan sahaja sebab your mileage may vary (YMMV). Lagipun tujuan pengambilan pun berbeza-beza kan. Ada yang nak cegah kehamilan, ada yang nak cantikkan kulit, aku pula nak kurangkan masalah senggugut je.

Dan tak dinafikan lepas berhenti makan pil Yasmin ni, ada la perubahan yang aku rasai berbanding masa makan secara konsisten dulu. Tapi dua je la.

1) Sakit senggugut tidak lagi seringan dulu


Masa makan pil Yasmin kan senggugut aku berkurang dengan sangat banyak. Tapi ni dah berhenti, maksudnya takde dah la period yang ringan-ringan boleh je rilek berjalan pergi mana-mana tanpa sakit perut tu. Sekarang dah boleh rasa balik cramp perut tu masa PMS sebelum period huhu. TAPI, skala sakit perut tu tidak la tinggi dan teruk macam dulu-dulu yang tak boleh bangun tu.

Perbandingannya:

Sebelum makan pil Yasmin - sakit perut skala 9 sampai kena repeat makan ubat tahan sakit

Semasa makan pil Yasmin - sakit perut ringan skala 1 yang kadang-kadang tak terasa pun

Selepas berhenti pil Yasmin - sakit perut naik ke skala 3 tapi Alhamdulillah masih tolerable dan tidak mengganggu urusan kehidupan seharian.

At some point tahun lepas, ada juga aku rasa ovari kanan aku sakit macam dulu tapi ia cuma berlaku masa period je, bukan macam tahun 2020 yang masa tak period pun tiba-tiba sakit tu menyucuk.

Pergi klinik kesihatan untuk scan, doktor sahkan rahim dan ovari dalam keadaan sihat dan takde pun simptom ovari bengkak macam dulu. Jadi kemungkinan sakit tu cuma sebahagian senggugut PMS sahaja. Tak perlu la ambil ubat macam dulu. Dan doktor pun tak sarankan untuk ambil pil hormon lama-lama sebab boleh jejaskan hormon semulajadi badan. Nasib baik aku dah berhenti haha

2) Masalah sebum berlebihan kembali.......


Kalau masa makan pil Yasmin tu kan, malas buat skincare routine dan basuh muka dengan air paip masa mandi dan wuduk tanpa sabun pun rilek je muka licin smooth ye. Lebihan minyak yang buat muka berkilat tu takde, pori tersumbat punca whitehead blackhead pun sangat minima, dan jerawat pun malu-malu kucing je nak naik. Kalau naik pun, kejap ke kecut semula.

Dan sejak berhenti ni, haa masalah sebum tu buat comeback la hahaha. TAPI, masalah ni pun sama macam senggugut tadi, TIDAK seteruk dulu.

Keadaan kulit terkini tahun 2023. Mostly masih bebas daripada jerawat besar-besar.

Minyak muka masih terkawal. Cuma kalau skip rutin pencuci muka tu, ada la pori tersumbat dengan sebum. Kalau cuci muka dengan skrub @ exfoliator, rasa gritty je kulit dengan sebum keras yang tertanggal dari pori tu. Lebih-lebih lagi bahagian dahi memang mudah dapat pori tersumbat (clogged pores) so memang kena ada extra care la nak elakkan daripada melarat jadi jerawat.

Walaupun jerawat agak mudah sikit naik, tapi tidak la banyak macam masa aku minta antibiotik jerawat dengan doktor UUM dulu. Kalau naik pun biasa dekat-dekat nak period atau sebab skip skincare routine hehe. Dan sekarang ambil masa sikit nak kecut berbanding masa makan pil Yasmin tapi aku tak kisah sangat asalkan jerawat tu tak naik berderu yang boleh bikin stres.

My guess is hormon aku masih relatively stabil lepas konsisten ambil pil Yasmin tu. Dan mungkin campur faktor peningkatan usia sekali sebab dah lebih mid-20s kan. Jadi takde dah la hormon bercelaru macam masa muda remaja dulu haha

Faktor pemakanan pun mungkin mainkan peranan sekali.

Walaupun duduk rumah ni aku takde la makan diet sihat pun (kalau malas, goreng nugget je makan dengan nasi dan kadang-kadang tak makan sayur), tapi terkawal la. Berbanding masa duduk UUM dulu, kejap ada festival tu, pesta ni. Duit banyak habis kat makanan berkalori dan berminyak je haha. Mujur aku jenis tak minum air pelik-pelik yang manis dan mahal tu. Kurang la masalah gula berlebihan.

Setakat ni, memang dua ni je perubahan yang aku rasa ketara lepas berhenti makan pil Yasmin. Kitaran haid pun masih constant sama macam dulu, takde la jadi irregular ke apa. Kalau macam perubahan mood, turun naik selera makan sampai jejaskan berat badan tu, takde. Sebab sepanjang makan pil Yasmin pun memang aku takde rasa semua benda tu.

Jadi konklusinya, Alhamdulillah aku tak rasa side effect yang teruk pun sejak berhenti pil Yasmin.

Lagipun aku bujang belum kahwin kan. Tak ada aktiviti seksual seperti wanita yang dah berkahwin yang mungkin boleh pengaruh kesan lepas berhenti pil hormon tu sama ada jadi lebih teruk atau lebih ringan. Sebab tu la kita kata YMMV.

Hmmmm tu je la nak cakap. Semoga membantu beri sedikit sebanyak insight kepada mereka yang nak ambil pil hormon macam pil Yasmin ni.

Tapi sukacita aku nak ingatkan lagi sekali, SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR terlebih dahulu sebelum mulakan sebarang pengambilan ubat-ubatan, termasuklah ubat yang melibatkan hormon ni. Mana tau ada sakit lain dalam badan yang mungkin tak sesuai dengan pil tu.

Pil hormon ni jadikanlah last resort yakni pilihan terakhir bagi masalah yang memang tak boleh dibaiki dengan mudah. Macam senggugut teruk tak jalan dengan painkiller sampai tahap badan susah nak berfungsi masa period tu, boleh la bincang dengan doktor untuk start ubat. 

Kalau bagi masalah yang tidak kronik contohnya macam jerawat sahaja, sebelum bergantung kepada ubat-ubatan, mungkin ada bahagian dalam lifestyle kita yang boleh diubah dulu untuk tingkatkan kesihatan tu. Macam jaga makan, rajinkan buat rutin jaga kulit, gunakan produk selamat yang bersesuaian, jaga kebersihan etc. InsyaAllah boleh improve dari situ.

Macam aku sejak duduk rumah ni tak kemaruk Nutella macam masa duduk asrama tau. In fact haritu pecah rekod ye Nutella aku tak habis sebelum tamat tempoh hehe. Sebab kat rumah kalau lapar boleh terus pergi dapur cari nasi kan. Bukan macam di asrama dulu kena bertabah makan biskut kering sapu Nutella sebab nak jimat duit beli nasi.

Minuman manis pun aku tak minum banyak sangat. Kalau terliur pun, bancuh air coklat Aik Cheong je secawan setiap 1-3 hari. Hasil daripada tak kurang makan makanan manis tu, kurang jugak la jerawat sebab gula tu salah satu punca pembiakan bakteria jerawat makin teruk tau.

Oleh itu, jagalah pemakanan seboleh mungkin sementara metabolisme badan masih tinggi ni. Pasni makin berusia dan metabolisme jatuh, risau perubahan lifestyle dan bergantung pada ubat pun jadi kurang efektif pula.

Bunyi macam membebel pula. Tapi biar la. Ni pun peringatan untuk diri aku sendiri juga yang kalau lapar tu asyik terliur nak makan jajan je instead of makan nasi.

Harapnya tahun 2023 ni aku boleh ubah habit ke arah lebih sihat. Dan semoga kita semua kekal cantik sentiasa, bukan sahaja  dari segi luaran mahupun personaliti dalaman, tetapi dompet dan akaun bank kita pun cantik dengan kekayaan hahaha 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Salam, hi awak. Saya baru habis satu cycle makan pil yasmin utk perancang kehamilan. Tapi sejak saya start makan pil terus mula naik jerawat, kulit berminyak, pori terbuka and sebum berlebihan. Teruk jugak. Kenapa ye kesan saya berbeza? 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wassalam. Saya masa mula-mula makan dulu pun sama jugak. Muka breakout selama 3-4 bulan pertama tu sebab badan tengah nak regulate balik hormon daripada ubat. Lepas 4 bulan gitu baru muka clear dan jerawat semua hilang. So kena konsisten dulu beberapa cycle sampai badan dah biasa dgn Yasmin. Tapi kesan setengah orang mungkin tak sama so kalau melarat lebih teruk, boleh refer dekat doktor kot-kot ubat tu tak sesuai dgn badan dan perlu tukar brand lain.

      Review penuh pil Yasmin including kesan breakout tu ada saya tulis kat sini:
      https://www.nasamenulis.com/2021/06/review-pil-yasmin-untuk-kestabilan.html

      Semoga membantu ☺️

      Delete
  2. penerimaan badan setiap orang memang berbeza kan...
    masa mula2 ammi consume Vissanne (pil utk stopkan period)... ammi jadi berpeluh2 tak kira waktu...waima tengah tidur malam dalam bilik aircond sekali pun. berpeluh level setiap pagi kena basuh rambut. hampir setahun dh ammi makan dan ada stahun lagi utk ammi makan. hmmmm

    ReplyDelete
  3. Hi saya baru je nak start makan pil perancang untuk masalah senggugut, thankyou for your revieww. I also bujang and tengah belajar so takutla jugak ada side effect heeehheheh thankyou awakkk

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS