Seni Kertas: Cara dapatkan jaluran kertas (paper strips) untuk quilling art | NaSa
Assalamualaikum


Jaluran kertas (paper strips) adalah sangat mustahak dalam quilling art kerana ia adalah komponen asas seni tersebut. Bergantung pada karya yang ingin dihasilkan, kita akan perlukan warna, kuantiti, dan saiz kertas yang berbeza-beza. Bagi mereka yang baru bermula dalam quilling art atau sedang cari cara nak improve kemahiran, mungkin pening cari cara untuk penuhi keperluan tersebut.

Sepanjang lebih 8 tahun aku mengembara dalam dunia quilling art ni, ada pelbagai cara aku dah cuba untuk dapatkan jaluran kertas dengan cara paling sesuai dan efisien. Macam-macam pengalaman pahit manis dah ditempuh dalam setiap percubaan tu. Tapi hasilnya, sekarang dah jumpa cara paling aku suka dan boleh juga kongsi pengetahuan dengan orang yang memerlukan.

Jadi, jom tengok macam mana cara kita boleh guna untuk dapatkan jaluran kertas bagi quilling art.

1) Pek kertas yang sudah siap dipotong (pre-cut)



Ini cara yang paling mudah dan cepat la. Mujur kita hidup dalam dunia e-commerce yang maju, jadi mudah sangat nak jumpa di Shopee dan Lazada. Tinggal sediakan duit je. Boleh la beli kertas yang dah siap potong macam ni. Saiz yang biasa dijual adalah dalam 3mm, 5mm, dan 1cm.

Kelebihan:
- Sesuai untuk pemula (beginners) yang baru nak belajar
- Jimatkan masa kerana boleh terus digunakan dalam sesuatu projek
- Saiz kertas yang dipotong adalah seragam
- Ada pek pelbagai warna (multicolour), ada juga kedai yang jual pelbagai shades untuk setiap warna
- Harga yang murah jika beli dari China

Kelemahan:
- Kualiti kertas yang rambang. Satu pek pelbagai warna tu sendiri ada warna yang elok tebal, ada warna yang nipis lembik. Dan lain seller, mungkin jual pada kualiti berlainan. It’s quite a gamble untuk cari yang memenuhi citarasa
- Kuantiti kertas yang sedikit dalam setiap pek. Kalau nak guna untuk projek besar atau nak pelbagai warna dan saiz, kena beli banyak. Dah jadi mahal pula
- Harga mahal jika beli dari kedai tempatan. Biasa la markup tinggi bohh hahaha

Tu cara untuk dapatkan jaluran kertas dengan cara paling mudah. Sekarang kita beralih kepada cara lebih susah sedikit iaitu “potong kertas sendiri”.

Generally, cara-cara ni boleh selesaikan kelemahan kertas pre-cut sebab kita boleh dapat kualiti kertas yang konsisten, kuantiti kertas yang banyak, dan boleh ubah saiz lebar jaluran kertas tu mengikut keperluan kita. Tapi kelemahannya, penat dan makan masa nak potong banyak kertas serta waktu mula-mula guna tu, akan ada masalah potongan di kertas tu tak seragam huhu

Ada ENAM (6) cara yang aku pernah cuba. 

2) Gunting



Ni pun sesuai untuk mereka yang baru nak belajar tapi versi jimat tak nak beli kertas yang dah dipotong. Jadi boleh la rembat gunting dan kertas anak-anak atau adik-adik sekolah dan potong sendiri. Kalau terbukti quilling art ni serasi dengan hati, boleh la upgrade kepada alatan yang lebih baik. Macam aku pun memula start dengan gunting pastu sekarang dah beli pemotong yang lagi best hehe

Kelebihan:
- Gunting mudah didapati di rumah
- Harga gunting tak mahal kalau nak beli baru

Kelemahan:
- Penat nak ukur dan tandakan lebar kertas sebelum gunting
- Sakit tangan kalau nak gunting kertas banyak-banyak
- Walaupun dah ukur, kadang tu gunting tak ikut tanda jugak. Dah jadi senget benget tak seragam dan apabila kertas digulung, tak jadi rata

Contoh macam ni kan, dah ukur tempat lain tapi gunting tak ikut garisan pensel tu. Habis senget

3) Pisau (cutter)



Pisau ni pun sama macam gunting, mudah didapati dan senang nak guna. Cara ni banyak digunakan oleh penggiat quilling art lain yang potong sendiri kertas mereka. Tapi yang ni perlukan lebih investment sebab kena guna pembaris besi dan cutting mat khas untuk lapik kertas masa potong. Tak boleh main potong je atas meja atau lantai sebab selain rosakkan permukaan, boleh rosakkan mata pisau sekali.

Kelebihan:
- Pisau mudah didapati dalam pelbagai saiz yang sesuai dengan tangan kita
- Mata pisau boleh diganti dengan mudah jika tumpul

Kelemahan:
- Risiko cedera lebih tinggi sebab bilah pisau yang panjang dan mata pisau yang tajam
- Penat jugak sebab kena ukur dan tanda lebar kertas sebelum potong
- Tak sesuai untuk potong kertas yang lebarnya kurang 2mm. Sebab muncung mata pisau akan tarik kertas dan sisi kertas jadi berkedut-kedut. 

*Fun fact, aku pernah kena tahan dekat KLIA 2 waktu nak balik Kelantan sebab dalam beg ada kit alat quilling art aku termasuk pisau dan gunting, dan aku tak tahu benda ni tak boleh bawa dalam kapal terbang. First time naik kan. Makanya kena rampas so balik kampung tu aku kena beli baru hahahah*

4) Pisau rotary



Pernah tengok pisau gelek yang orang guna untuk potong pizza? Pisau rotary ni pun sama la kena gelek atas kertas. Kalau orang yang guna untuk menjahit, biasanya mereka guna mata pisau bergigi untuk mudahkan potong kain. Tapi untuk kertas, guna mata rata macam ni je. Benda lain yang diperlukan kalau guna pisau rotary ni, pembaris besi dan cutting mat jugak.

Tempat bergigi tu untuk cengkaman jari lebih kukuh masa kita pegang pisau. Butang bawah untuk kunci mata pisau

Kelebihan:
- Bentuk pemegang yang ergonomik, tak sakitkan tangan
- Boleh potong lebar sekecil 1mm tanpa rosakkan kertas sebab mata pisau bulat dan rata
- Ada brand yang jual refill mata pisau dengan lebih banyak bentuk
- Ada kunci untuk sekat mata pisau waktu tidak digunakan

Kelemahan:
- Mahal sikit daripada pisau biasa, even refill mata pisau tu pun mahal
- Perlukan kemahiran yang tinggi untuk potong dengan lurus sebab mata pisau yang bulat ni senang tersasar dari jalan yang lurus. So kena banyak praktis sebelum potong kertas yang nak digunakan
- Again, penat kena ukur dan tanda lebar kertas sebelum potong

5) Paper trimmer



Trimmer ni pun pilihan kebanyakan penggiat quilling art untuk potong sendiri kertas mereka. Ia berfungsi macam pisau-pisau kat atas, tapi lebih mudah dan lebih selamat. Murah pun murah.

Kelebihan:
- Ada skala pembaris di lapik kertas, jadi dah tak perlu tanda lebar kertas sebelum potong
- Mata pisau boleh diganti bila-bila masa
- Lebih selamat daripada dua pisau di atas sebab mata pisau kecil dan terlindung

Kelemahan:
- Tak boleh potong kertas tebal-tebal. Nak lapik 2-3 helai kertas pun tak boleh. Pisau tak lut. Limit sehelai kertas tebal 100gsm ke bawah
- Ada waktu potongan lurus takde masalah, ada waktu pisau tu nak tarik kertas sampai terkoyak-koyak. Membazir je ugh
- Mata pisau mudah tumpul dan perlu selalu ditukar
- Sisi kertas jadi tebal ke bawah lepas potong dan apabila digulung, jadi tak sekata

Skala pembaris dalam bentuk milimiter jadi boleh potong kertas dalam pelbagai lebar. Tapi 1mm agak susah. Paling kecik, aku boleh buat 2mm

Lagi tebal kertas, lagi tebal kerak sisi lepas potong tu. Overall, hasil gulungan jadi tak berapa cantik

6) Paper shredder



Ni sebenarnya alat kedua yang aku guna masa belajar quilling art dulu. Sebab penat gunting kertas sampai bengkak ibu jari, jenuh aku google blog mat saleh pasal cara potong kertas dengan cepat dan mudah. Akhirnya jumpa la orang cadangkan guna paper shredder ni. Godek-godek di Lazada, ada mini paper shredder ni yang pakai USB. Harga masa tu dalam RM42+ kot.

So aku tebalkan muka minta duit dengan kaklong dan DAPAT! hehe

Kelebihan:
- Sesuai untuk pemula sebab mudah digunakan
- Lebih cepat untuk potong kertas
- Saiz kertas yang sekata (4mm)
- Ada bekas plastik bawah mesin ni yang akan muatkan kertas yang dah siap dipotong

Kelemahan:
- Saiz mini, kena potong kertas A4 jadi dua dulu baru boleh masukkan dalam mesin
- Mata pisau yang bergigi akan siat fiber kertas jadi berbulu. Apabila digulung, warna kertas jadi pudar
- Mata pisau tak boleh diganti lepas tumpul. Kena ganti the whole machine terus. Mahal woi
- Kertas boleh bergulung apabila dipotong dan tersekat dalam cover mata pisau. Buh kertas lebar 15cm, yang keluar balik cuma 10cm. Bodo betul haha
- Kena pegang kertas dengan kemas masa potong sebab mata pisau berpusing laju dan akan gerakkan kertas sampai jadi senget. Akhirnya kertas jadi bengkang-bengkok. Membazir kertas aku je
- Lepas lama-lama, wayar mesin akan rosak dan tak hidup lepas disambung kepada elektrik

Contoh sisi kertas jadi bergigi kesan daripada mata pisau. Lagi tumpul mata pisau tu, lagi teruk berbulu. Pastu bila digulung, warna jadi lagi pudar daripada yang sepatutnya

Untuk lebih mudah kawal kertas, boleh guna paper shredder jenis manual. Yang manual ada saiz mini dan saiz A4 yang tak perlu potong kertas jadi dua. Cuma penat sikit la nak putar sendiri mata pisau tu. Aku beli mesin paper shredder ni 2 kali tau sebab yang beli guna duit kaklong dulu tu rosak lepas tenggelam banjir besar 2014. Pastu yang kedua tu wayar short lepas 4 tahun lebih (2015-2019).

7) Guillotine paper cutter



MY HOLY GRAIL! Ni adalah pelaburan paling berbaloi yang aku buat tahun 2019. Lepas paper shredder kedua tu rosak, aku cari jenis-jenis paper cutter lain dan kali ni sebab Shopee dah maju, ada lebih banyak pilihan kedai dan barangan la berbanding Lazada. Di situlah akhirnya aku jumpa pemotong kertas berbentuk guillotine ni.

Benda ni aku dah selalu nampak di kedai print dan kedai gambar masa print assignment atau ambik gambar passport. Tapi tu la aku tak tahu nama spesifik dia tu “guillotine” jadi tak jumpa la masa cari paper cutter sebelum ni dan tak terlintas pun yang benda ni paling best guna untuk potong kertas. Kalau tahu awal-awal, baik beli benda ni je daripada beli paper shredder hauk tu sampai 2 kali haha

Kelebihan:
- Ada skala pembaris di belah atas untuk mudahkan potong kertas dalam pelbagai saiz
- Besi pemotong cuma tajam pada kertas, tak tajam pada kulit so kurang risiko kecederaan
- Sisi kertas lepas dipotong adalah rata dan licin. Fiber kertas tak koyak, warna kertas kekal, dan gulungan kekal cantik
- Heavy duty. Boleh potong 3-4 helai kertas pada masa sama dan kertas berat 200+ gsm
- Tahan lama. Aku beli dari 2019 dan masuk 2023 ni pun mata pisau masih tajam ye

Kelemahan:
- Berat dan lebih susah dibawa ke mana-mana berbanding alatan lain di atas
- Perlu rajin servis spring pemotong dengan minyak pelincir untuk elakkan karat

Tengok potongan semua jaluran kertas tu sama besar kan. Pastu permukaan sisi lepas gulung pun rata je. Warna kertas pun tak terjejas.

Harga pemotong guillotine ni dulu aku beli mahal sikit, sekitar RM40+. Sebabnya masa tu belum banyak kedai yang jual di Shopee. Tu pun nasib aku ambik tapak kayu. Kalau tapak besi, lagi mahal. Tapi sekarang dah boleh jumpa pemotong sama pada harga bawah 40 sebab kan dah banyak kedai buku dan alat tulis online. Semua pakat bersaing kurangkan harga untuk tarik customer haha

Tapi nak beli benda ni online kena hati-hati jugak. Kadang yang harga murah tu sebab takde brand dan kurang kualiti. Ada orang yang dapat besi pemotong bengkok atau tapak letak kertas tu tak rata. Paling cilake kalau yang jual takde brand tapi harga serupa brand yang heavy-duty haha. Aku Alhamdulillah la walaupun beli yang takde brand, tapi rezeki dapat pemotong elok lurus.

Pembaris petak-petak bersisi besi tu dari Unicorn Stationery.
Pembaris biru ada tempat pegang tu beli di Mr. DIY

Pemotong jenis guillotine ni akan didatangkan dengan paper holder untuk tahan kertas daripada bergerak masa dipotong. Tapi benda tu tak function pun sebab aku dapat yang kecik dan ringan. Jadi aku tukar kepada pembaris clear dan tebal macam ni untuk tekan kertas dengan lebih secure dan senang nak tengok skala pembaris di tapak tu. Takde la tersalah letak ke kan.


Pemotong guillotine ni dah ada skala pembaris dalam ukuran 5-5 milimeter untuk mudahkan kita ukur saiz kertas masa potong. Tapi untuk mudahkan potong kertas dalam saiz paling kecil dalam quilling art iaitu 1mm, aku beli sticker pembaris yang ada ukuran milimeter dan tampal di tapak tu. MENJADI ya. Walaupun kecik gila, tapi kertas lurus dan seragam. Memang aku suka sangat pemotong guillotine ni. 

Konklusi daripada banyak-banyak cara untuk dapatkan jaluran kertas bagi quilling art ni, aku akan cadangkan beli dahulu kertas pre-cut waktu mula-mula nak belajar. Kemudian lepas dah mahir, belilah kertas A4 dan invest beli guillotine paper cutter untuk potong sendiri kertas tu. Lagi puas hati dan berbaloi bagi jangka masa lama hehe

Lepas ni kita bincang pasal jenis-jenis kertas pula bagi mereka yang berminat untuk buat sendiri jaluran kertas mereka tapi tak tahu kertas apa yang sesuai.

Sekian perkongsian kali ni. Semoga membantu kepada yang memerlukan. 

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ammi masih setia dengan cross stitch...sbb tak perlukan kemahiran pun ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah jugak kan cross stitch. Saya pulak tak boleh go dengan yg berkaitan benang, jarum, kain sbb fobia dgn menjahit 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS