Perlu ke cuci ayam mentah sebelum dimasak? | NaSa
Assalamualaikum


Kalau tanya ahli masyarakat kita, rata-rata mesti akan cakap mereka basuh ayam mentah di rumah sebelum dimasak. Kat rumah aku pun sama. Setiap kali beli ayam mentah, memang mama akan basuh sampai daging ayam tu bersih dari darah, bulu, dan apa-apa je la yang melekat di ayam tu masa beli.

Tapi mat saleh kan (mainly Amerika Syarikat yang aku biasa tengok), ada yang akan terus masukkan ayam mentah tu dalam masakan mereka. Maksudnya dari packaging pasar raya terus ke dalam periuk. Berbeza dengan kita yang akan pindahkan ayam ke dalam bekas lain dan basuh dulu dengan air.

Tapi tak semua rakyat US terus masak macam tu sebab ada jugak orang US lain yang komen "eeeeeww ayam tak basuh". Rakyat negara lain yang dah biasa basuh ayam pun tumpang mengata.

Setiap kali ada video masakan yang tak basuh ayam, memang ada perang besar di ruang komen. Puak yang basuh ayam akan kata "Tujuannya supaya ayam betul-betul bersih". Puak yang tak basuh ayam pula akan balas "Korang beli ayam reput ke sampai beria nak kena basuh?"

Lagi kelakar sebab ada yang ingat "basuh ayam" tu literally guna sabun macam kita basuh baju 😅

Masa memula tengok video macam tu, memang aku pun berkerut dahi jugak. Tapi lepas buat bacaan lebih lanjut, baru tahu yang Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention @ CDC) di US memang tak galakkan pengguna untuk basuh ayam mentah.

Mereka yang kerja dalam industri makanan dan masuk kursus pengendalian makanan di US pun kata yang mereka memang tak diajar untuk basuh ayam mentah. Restoran besar-besar tempat mereka kerja pun mana ada basuh ayam sebelum masak. Terus bubuh gitu je dalam kuali periuk etc.

Kenapa?

Basuh ayam mentah adalah satu kesilapan!
Sumber: CDC US

Sebab kalau ayam mentah dibasuh, kuman pada ayam akan bercampur dengan air dan terpercik ke kawasan sinki dan ruang dapur. Elok-elok niat kita nak basuh ayam untuk bersihkan kuman, akhirnya jadi teruk kerana kuman tu merebak pada benda lain di dapur dan tingkatkan risiko sebarkan penyakit.

Masuk akal kan.

Tapi tu la. Hujah mereka yang tak basuh ayam ni kebanyakannya cuma dari segi "kawalan kuman".

Definisi "ayam bersih" bagi mereka adalah "ayam yang dah dimasak dengan suhu yang betul sampai bunuh semua kuman." Berbeza dengan definisi orang lain tentang ayam bersih.

Mostly bagi orang kita, kuman tu belakang cerita sebab tak nampak (dan aku rasa ramai tak tau pun 😅). Yang penting, FIZIKAL AYAM tu kena bersih. Takde la tahap celup dalam air sabun biar berbuih pun. Cukup asalkan bilas dengan air paip dan yakin semua bulu ayam tu dah cabut, takde sisa darah melekat pada luaran ayam, takde selaput lembik, organ dalaman ayam pun bebas dari darah, najis, lendir etc. 

TAMBAHAN PULA!


Cara jualan ayam di tempat kita tak sama dengan tempat dia, sebab tu mentaliti "kena basuh ayam" tu melekat kuat dalam kebiasaan kita haha

Dari video-video masakan orang US yang aku tengok, ayam yang mereka guna tu datangnya dari pasar raya. Dan baik ayam penuh ataupun ayam yang dah dipotong kecik-kecik kepada bahagian tertentu, semua dah dibersihkan dan dipek dalam plastik.

Aku tak tau la yang pek tu oekerja pasar raya atau pekerja kilang ayam tu sendiri. Tapi sekali tengok, dari pandangan mata kasar tu memang takde apa-apa bendasing pada ayam tu. Takde rasa yang buat kita nak salin ayam tu dalam bekas lain untuk dibasuh. Sebab tu kot diorang kata takpe je masak terus.

Walaupun kita pun ada ayam yang dah dibersihkan dan dipek, tapi di kebanyakan tempat, ayam kita dijual di tempat terbuka. Contohnya, di pasar basah dan kedai ayam yang macam gambar ni (dibuka di tepi-tepi jalan, ayam disusun atas meja, terdedah kepada asap kenderaan dan lalat shikit-shikit 👀).
 

Ayam longgok gini biasanya fresh baru lepas sembelih dan cabut bulu. Memang dah basuh, tapi tetap nampak la ada sisa-sisa darah dari ayam tu kan. Pastu ada option kita nak ayam penuh atau suruh peniaga tu potong ikut berapa bahagian kita nak. Kalau suruh potong, lagi mereciks darah tu. Sisa dari organ-organ dalaman lagi macam hempedu, tali perut etc pun boleh melekat. 

Disebabkan faktor visual macam tu, tambah pula dengan faktor kenderaan lalu lalang, memang ajerrr gila kalau kita tak basuh ayam tu dan terus masak? Takkan nak buat ayam masak kicap dengan extra habuk asap lori kot 😅

Selain tu, ada pasar raya yang walaupun dah potong ayam kecik-kecik dan bersihkan, tapi mereka tak pek ayam tu sebab bagi pilihan kepada pelanggan untuk ambik ikut berat yang mereka nak. Contohnya macam pasar raya Pantai Timur yang aku selalu pergi ni.

Seluruh seksyen ayam tu terbuka sebegini

Haa pilih nak dada peha kaki sayap. Ikut suka hati nak ambik banyak mana asalkan timbang dan bayar.

Tapi walaupun ayam ni semua dah bersih dan dalam kawasan pasar raya tertutup, apabila kita nampak jelas ianya disusun di tempat terbuka, timbul lagi satu masalah iaitu OVERTHINKING 😅

Rasa macam "eeeee entah tangan siapa-siapa la dah pegang ayam tu". Sebab pengunjung pasar raya mesti la ramai kan. Entah orang tu datang dari mana, dah pegang benda apa sebelum ambik ayam tu, mana kita tau kan. Mati hidup balik memang naluri akan jadi nak bersihkan ayam tu dengan air dari cucian tangan kita sendiri. Baru yakin thoyyiban.

Begitulah kita jadi terdidik dengan mentaliti "kena basuh ayam mentah sebelum masak".

Apa-apa pun, saranan CDC US tu memang ada logiknya. Lagipun dia pandai sains ke kita yang pandai sains? Mesti la dia kan. Jadi poin dia pasal penyebaran kuman apabila basuh ayam tu memang betul. Dan elok jugak kalau kita amalkan untuk elakkan jangkitan penyakit.

Tapi aku macam tak nampak sangat amaran dari badan kesihatan negara kita pasal ni. Sama ada ayam kita built different dan takpe je basuh sebelum masak, atau memang kurang pendedahan. Mungkin Kementerian Kesihatan kita kena lebih all out buat kempen kesedaran pasal bahaya cuci ayam mentah.

Cumanya kebiasaan ni bagi orang kita mungkin susah nak ubah. Aku macam boleh bayangkan KKM kena hentam oleh makcik pakcik bawang. Mesti ada yang kata "Aku dari dulu cuci ayam sebelum masak, air merecik sana sini siap mandi air ayam. Elok je tak keracunan. Lama je hidup sampai harini hah!" 😅

Selain dah jadi rutin yang terpahat dalam diri, amalan masyarakat kita yang jual ayam di tempat terbuka tu pun dah biasa jugak. Aku pun mungkin selagi tengok ayam tu terdedah, selagi tu aku overthinking dan akan basuh ayam mentah sebelum masak.

Tunggu la kot kaya pasni dan boleh pergi pasar raya high class yang jual ayam siap cuci dan pek, aku tak basuh la ayam tu hahahah

Lagipun aku rasa mat saleh yang kutuk basuh ayam sebab "ayam korang kotor ke nyenyenye" tu mungkin tak pernah beli ayam di pasar basah macam kita kot.

Kalau tak, mesti dengan dia sekali akan jadi overthinking dan nak basuh ayam tu. Sebab it's not about the kuman, it's the rupa luaran haha. Walaupun kuman mati apabila masak pada suhu tinggi, tapi kalau kita nampak bendasing dari persekitaran ayam yang terdedah tu melekat, memang kita basuh.

Anyway, korang puak basuh ayam atau puak tak basuh ayam?

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. semestinya saya puak yang basuh ayam! HAHA.. baru tahu rupanya org sana kebanyakannya tak basuh ayam ehh..hmm..sebab kajian diorang mengenai kuman boleh merecik kat tempat lain..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS