Selamat Tahun Baru 2026 | NaSa

Selamat Tahun Baru 2026

in , by NaSa, January 06, 2026
Assalamualaikum


Tak sangka dah masuk tahun baru la kita. Maaf ler baru berkesempatan nak ucapkan selamat di sini. Cuti sekolah kan. Leka membongak dengan anak-anak buah haha. Lagipun in general memang terlalu hectic hujung tahun kami untuk difikirkan pasal tahun baru.

Mana tidaknya?

Roadtax kereta tahun 2025 tu sepatutnya tamat 23 Disember, tapi kakak aku dengan yakin kata tamat 27 Disember. Tahu-tahu masa hari Krismas tu adik aku bagitau roadtax dah luput. Gelabah ler wehh sebab kereta tu abah selalu guna untuk pergi masjid dan kami pun selalu juga keluar ke bandar untuk jalan-jalan dan beli barang dapur.

Rupanya ada je notification dari app MyJPJ untuk ingatkan supaya renew roadtax dan insurans tu dalam inbox aku, sebab kereta tu atas nama aku. Aku je yang tak perasan sebab dah habit masa download app baru mesti akan set kepada "do not allow notification". No wonder la amaran tersebut tak masuk...


Cari pasal betul kan. Nasib baik la takde roadblock JPJ sepanjang kami berpusing atas jalan raya tu dengan kereta yang status tidak dikenalpasti. Lebih-lebih lagi abah semua solat 5 waktu dia akan drive pergi masjid. Lagi banyak potensi kena tahan dek polis. Kalau tak, mau kena saman. Terbang lagi banyak duit hahahah

Settle bayar roadtax. Tong-tong sikit sorang siapa selalu naik kereta tu haha

Tapi lagi legend kan, di sebalik kisah kereta bertaraf UFO selama 2 hari tu, abah rupanya dah memandu dengan lesen yang dah expired selama lebih seminggu. Aduhhmakkk˜

Ni kalau betul ditahan polis ni, dua kali kesalahan hahahah

Cuma yang ni berlaku sebab salahfaham jugak.

Masa tahun 2024 tu aku dah bawa abah pergi renew lesen di JPJ UTC jugak. Memang dah request nak renew untuk 2 tahun terus. Tapi sebab slip lesen tu takde stok masa tu, pegawai JPJ tu kata renew untuk setahun la dulu. Nanti masa Februari 2025 datang renew lagi setahun untuk collect slip tu sekali...

Masalahnya lepas masuk bulan 2 tu pun lupa la kitanyaaa huhu

Aku teringat yang lesen abah dah expired tu pun lepas dah siap renew roadtax dan insurans. Tapi masa lapang nak bawa abah ke UTC tu, hari Isnin betul-betul 1 Januari 2026. Abah dah la kebiasaannya akan puasa sunat hari Isnin dan Khamis, satu hal pula nak bawa dia berjalan jauh-jauh.

Pastu sebab tahun baru, aku was-was juga sama ada pejabat JPJ tu buka atau tak. Walaupun dalam kalendar Google tulis tu New Year's Day tu cuti serantau yang biasanya Kelantan tak ambik, tapi buatnya pejabat memang tutup, berganda penat kan.

Nasib la aku teringat yang lesen ni boleh renew secara atas talian je di website MySikap. Makanya tak jadi aku nak suruh abah tukar baju. Sebaliknya aku suruh abah duduk lek-lek dulu sementara aku log in masuk MySikap tu.

Laju weh proses dia. Isi serba sedikit, pilih renew 2 tahun, bayar guna online banking, dan eh-ehhhh tahu-tahu dah hijau balik status BERKUATKUASA lesen abah dalam app MyJPJ tu lepas refresh (yang expired akan jadi status Merah TAMAT KUATKUASA).

Semudah itu ya. Pasni boleh la aku renew online jugak sebab kita pun malas sebenarnya nak drive pergi UTC tu. Pejabat JPJ tu ramai orang memang la biasa kan. Cumanya area sekitar KB Mall tu susah betul cari parking. Parking berbayar KB Mall tu tinggi dan gelap. Yang parking percuma pulak jauh bebenor. Tak berkenan betul aku haha

Anyway, selamat la terbang RM90 lepas renew lesen abah tu. Walaupun aku pilih 2 tahun, tapi sebab renew lambat pastu di tahun baru pulak kan, ada tambahan pelarasan apa entah. Dia jadi caj untuk 3 tahun terus. Maka lesen abah expired tahun 2028, which is bagus jugak sebenarnya sebab tahun depan dah tak kalut nak kena bawa abah ke UTC untuk renew lagi. Cuma slip dia je la takde. Nak tahu status kena check dalam app MyJPJ.

Begitulah penghujung 2025 dan pembuka 2026 kami. Berpusing kepala banyak hal...

Korang pulak macam mana? Azam tahun baru 2026 ni ada update apa-apa benda lagi ke yang nak dicapai?

Aku rasa nak pakai azam-azam tahun lepas je la. Cuma mungkin tambah nak kurangkan berat badan sekali tahun ni.

Almaklumlah dulu masa merantau di negeri orang untuk study, elaun sikit. Banyak kena catu duit makan pastu banyak berjalan kan. Nak pergi kelas, pusing-pusing kampus. Beza dengan sekarang yang duk kampung sendiri pastu ada pendapatan ciput sikit-sikit. Pantang teringin makan apa-apa mesti beli. Tu yang daripada 51kg berkembang jadi dekat 60kg haha

Nanti la kita manfaatkan stepper yang beli tahun lepas tu. InsyaAllah mana tahu dapat balik berat waktu zaman student dulu kan. Takpun turun 5kg pun aku syukur dah. Doakan ye <3


Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Sekarang dah senang bayar online je untuk renew lesen tapi yg tak bestnya tak dapat pegang kad fizikal.

    Cuya pon berazam untuk jaga makan minum tahun ni. Tahun ni nak glow up. Tiba masanya untuk fokus diri sendiri, sayang diri lebih hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS