Sepetang di Tak Bai buat apa je? | NaSa

Sepetang di Tak Bai buat apa je?

in , by NaSa, May 22, 2026
Jarang-jarang sekali kita rajin nak merayap ke oversea kan, or in this case overriver sebab pergi ke Tak Bai, Thailand yang seberang Sungai Golok tu je, so meh la nak lempar photo dump sikit buat kenangan. Takde apa yang menarik sangat pun sebab short trip je alang-alang kakak aku nak restock sabun mandi baby yang sesuai dengan anak buah aku haha


Untuk pergi ke Tak Bai, kami rentas sempadan melalui Pengkalan Kubor. Kat sini mod pengangkutan melalui air. Boleh pilih nak pergi melalui bot (bagi yang jalan kaki) atau feri (kalau bawa kereta). Kalau nak drive sepanjang perjalanan, sila ke Rantau Panjang ye.

Bot cepat sikit, seorang dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50. Tapi kadang-kadang atas jasa baik penjaga kaunter, untuk toddler dia tak caj pun. Anak buah aku haritu naik percuma hehe

Feri lambat sebab dia tunggu satu feri tu penuh dengan kereta dulu baru bertolak. Satu kereta kena bayar RM5 ke berapa entah, aku tak ingat dah.


Signboard 'Welcome to Malaysia' ni dia dah tukar baru. Cuma design tu macam simple sangat. Masa kami datang sini tahun 2024 dulu, signboard tu walaupun kusam warnanya, design macam lebih meriah. Tapi takpe la asal ada kan.

By the way kat sini terminal bot tau. Bot yang datang dari Tak Bai akan turunkan penumpang di terminal kanan yang nak masuk ke Malaysia, pastu kona ke terminal kiri nak ambil penumpang lain yang nak ke Thailand pulak.

Airnya dekat tapi jauh huhu

Bot yang ulang alik atas Sungai Golok ni ada 3-4 jenis tempat duduk. Ada bot yang kerusinya bangku panjang di bahagian tepi satu barisan, yang kita boleh hulur tangan keluar macam kat atas ni. Ada yang bentuk kerusi bersusun macam kerusi bas, muat 2-3 orang. Ada yang kerusi bangku bersusun sebelah-sebelah. Setiap bot tu boleh la muatkan 12-15 orang dewasa.

Bunyi enjin kuat ye sebab letaknya di tengah-tengah bot tu. Kalau bawa anak-anak yang autism or on the spectrum, beringat la. Kakak aku dah standby bawa noise-cancelling headphone pakaikan kat anak buah aku. Tidak la dia panik dengan bunyi enjin tu dan Alhamdulillah tak ada la kes budak jatuh bot.

Tenang je suasana air sungai masa ni

Pergi waktu tengah tahun ni memang enjoy sebab cuaca cerah, air sungai pun bergolak lembut je. Tapi kalau takut dilambung ombak, jangan la pergi hujung tahun waktu dekat musim tengkujuh ya.

Masa arwah mama ada dulu, pernah aku dan kakak dikerah pergi ke Tak Bai ni masa bulan Oktober ke November gitu. Sebab ada pakcik kami yang duduk di Selatan Thai tu nak pergi ke Mekah, so arwah nak kirimkan barang persiapan untuk pak cik tu sebagai sedekah. Tapi tu la mak aiii rasa bergoncang isi perut ya sebab dah la hujan, bot pulak berayun kuat sebab angin kencang. Risau kita takut bot karam.

Kenangan sebab arwah mama 😂

Sebelum cop Arrival di imigresen Narathiwat, kena isi Digital Arrival Card dulu.

Selesai urusan cop masuk, dah boleh la kita berjalan-jalan di Thailand ewahh...

Untuk yang nak pergi ke lokasi lebih jauh kan, boleh je tahan pakcik-pakcik motor kat situ. Ramai je yang pusing-pusing area Tak Bai tu cari penumpang. Berapa kali kami kena tegur dan ditanya nak pergi ke mana. Tapi maaf la pakcik kami memang literally jalan kaki sebab nak pergi ke beberapa kedai berhampiran situ je. Tak keluar dari Tak Bai pun 😅


Ni kedai barangan kosmetik dan penjagaan diri yang kakak aku nak sangat pergi tu. Dekat sangat jaraknya dengan bangunan imigresen tu. Keluar dari pagar ketibaan tu, jalan depan sikit, dah nampak signboard kedai ada tulis nama 'Mistine'.

Kat sini ada macam-macam produk skincare dan kosmetik pelbagai jenama, from international to local Thai brands. Kakak aku rajin la try dan dia kata ada yang best. Tapi aku sebab tak reti baca tulisan Thai tu, tak pernah beli pun.

Bukan sebab was-was ke apa sebab pemilik kedai tu makcik Muslim jugak, so produk yang ada tu ok je. Cuma aku ni dari dulu kan struggle dengan jerawat, so memang aku pastikan bahan dalam skincare dan kosmetik tu yang aku boleh baca dan faham betul-betul apa fungsinya. Kang kalau jadi tindakbalas apa-apa, at least aku tahu apa yang berpotensi jadi punca. Gituhh.


Tapi satu yang aku suka kat kedai ni sebab tengok la majoriti produk tu kan dalam bentuk pouch kecil-kecil gini. Mudah nak bawa travel dan sangat sesuai kalau kita nak buat patch test dulu untuk tengok produk mana yang sesuai dengan kulit kita. Harga pun tak mahal sangat kalau bayar guna Baht.

Daripada pencuci muka, toner, pelembap muka, sunscreen, foundation, lipstick, semua ada dalam saiz yang mesra travel ya. Convenient sangat.

Toner Hada Labo pun ada dalam bentuk mini pouch haaa

Kakak aku borong setengah dozen kot sabun mandi baby kat sini, jenama D-nee. Katanya sesuai elok dengan kulit anak buah aku dan harga pun lagi murah daripada beli kat Shopee. Kita iyakan je la. Sebab aku rasa campur dengan kos minyak dan tambang bot nak pergi Tak Bai ni, macam takde beza je kalau beli online. Tapi dah guna duit dia. Suka hati dia la hahah

Dah siap pusing-pusing beli barang, kita singgah la makan kejap sebab sebelum datang sini kami belum makan tengah hari. Depan bangunan imigresen tu ada kedai makan. Aku order mi Siam celup.

Mi Siam sebab guna mi Serda jenama Thai, bukan Maggi mahupun Mamee

It tasted okay la. Sesuai harga yang tak mahal sangat, tak murah sangat. Tapi yang paling tarik perhatian aku kat sini sebenarnya minuman botol dia tu yang banyak variasi disusun atas setiap meja makan. Jenis minuman bergas botol kaca macam zaman 80an 90an dulu-dulu tu.


Dah lama tak nampak minuman botol kaca gini kat Malaysia kan. Memang mengundang nostalgia. Kakak aku teringin la nak beli beberapa botol bagi kat anak kaklong yang remaja tu buat ole-ole. Tapi korang tahu tak?

Minuman botol kaca ni tak boleh diimport keluar dari sempadan Thailand huhu 😅

Peniaga hanya boleh masukkan air dalam botol tu ke dalam cawan plastik berisi ais je. Pembeli tak akan dapat dengan botol. Sebab botol kosong tu nanti akan dikumpul dan dikutip balik oleh pengilang untuk dicuci dan diisi lagi sebelum diedarkan semula kepada peniaga. Macam satu cara untuk recycle supaya kurang pencemaran botol plastik gitu.

Patut la pun aku selalu nampak kat kedai atau gerai makanan tu akan ada berkarton kotak plastik yang penuh susun botol kosong gini. Maka tak jadi la kami beli air tu huhu


Last stop lepas siap makan tengah hari, beli pulut ayam dan buah mangga untuk abah kat rumah. Aku tak minat sangat makan pulut so tak beli pun. Dan jujurnya bandar Tak Bai ni macam tak banyak pilihan kedai makan sangat pun so tak meriah sangat menu yang ada.

Satu, mungkin sebab kami datang pun dah ke arah petang. Dan dua, sebab sini pun sama macam bandar Kota Bharu juga. Banyak kedai lama-lama dah tutup atau pindah. Orang setempat pun macam tak berapa ramai. So kalau nak pilihan yang lagi banyak, kena pergi ke dalam lagi la. Tapi sebab tujuan utama harini nak beli sabun je kan, lain kali la kot. Kalau rajin haha

Tu je la kisah pendek sepetang kami di Tak Bai. Insya Allah hujung bulan lepas raya Haji ni boleh bermalam lama sikit kot sebab ada beberapa tempat kami nak pergi kalau tak ada halangan apa-apa. Kalini nak bawa abah sekali so doa-doakan la abah sihat selalu 😄

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS