Sambungan daripada prosedur buat border pass haritu, kali ni nak cerita pasal satu dokumen penting yang kena ada kalau kita nak masuk ke sempadan Thailand, iaitu ARRIVAL CARD. Just in case kalau ada yang baru nak pergi ke Thailand first time dan tak tahu kan.
Borang ni dulu dikenali sebagai borang TM.6, WAJIB diisi oleh semua pengembara dari luar Thailand, dan mesti diserahkan bersama pasport atau border pass masa nak cop masuk lepas ketibaan di Thailand. Pastu masa nak balik, mesti diserahkan semula kepada imigresen Thailand masa nak cop departure tu.
Borang ni dulu bentuk slip kecil dan mesti diisi manual tulisan tangan. Kalau lalu dari Tak Bai, kita boleh minta pegawai dia isikan kalau tak reti, cuma kena tunggu giliran lama sikit la especially kalau pergi masa musim cuti yang ramai pelancong. Tapi boleh juga isi sendiri sebab tak rumit pun dan ada poster besar di tempat imigresen tu tunjuk cara isi. Ikut contoh yang dia bagi je.
![]() |
| Cara isi borang Arrival Card Thailand (TM6) yang lama |
Masalahnya, borang lama ni RENYAH. Nak-nak kalau bawa anak kecil yang aktif dan warga emas yang dah tak nampak nak isi sendiri macam abah aku. Nak isi borang tu untuk setiap sorang memang makan masa la sebelum boleh cop tu. Dah la kalau pergi melalui imigresen Tak Bai, tak banyak kerusi tempat duduk untuk menunggu. Kesian la kan ibu-ibu dan orang tua nak berdiri lama.
Pastu ada pulak kes borang TM6 tu hilang la, tercicir la, pengembara tak bagi sekali dengan border pass sebelum cop la. Dah tak memasal kena bayar denda sebelum dibenarkan keluar dari sempadan. Overall, proses ni sangat tak efisien.
Sebab tu agaknya bermula 1 Mei 2026 haritu, kerajaan Thailand ubah pendekatan borang TM6 ni kepada DIGITAL ARRIVAL CARD yang boleh diisi online je. Nanti kita akan dapat salinan pdf lengkap dalam emel dan boleh tunjuk phone je kalau pegawai minta.
Lagi selamat sebab dah tak kena pegang borang fizikal yang ada risiko tercicir atau rosak. Masa pun jimat. 3 hari sebelum tarikh nak pergi Thailand, kita dah boleh isi borang tu siap-siap di rumah dan boleh tambah nama ahli group kalau travel ramai. Tak la lenguh tangan nak tulis banyak-banyak borang.
Digital Arrival Card untuk travel di Thailand ni boleh akses di website Imigresen Thailand sini.
Langkah-langkah nak isi boleh tengok je contoh gambar di bawah.
![]() |
| Arrival Card - Untuk isi kali pertama Update Arrival Card - Kalau nak ubah apa-apa maklumat yang dah diisi dan hantar sebelum ni |
![]() |
| Maklumat peribadi pemegang pasport/border pass |
![]() |
| Trip Information - Cara datang ke Thailand, tujuan datang, dari mana datang |
![]() |
| Accommodation information - Kalau nak bermalam di Thailand, kena ada alamat tempat kita stay tu. Kalau pergi balik hari sebab rumah dekat macam aku, tak perlu isi pun 😂 |
![]() |
| Pengisytiharan status kesihatan. Kat sini boleh tambah nama traveler lain dalam group kita. Tekan 'Preview' kalau dah siap isi semua maklumat. |
![]() |
| Baca balik semua maklumat yang diisi. Pastikan sama dengan maklumat dalam pasport atau border pass. |
![]() |
| Pastu masukkan emel yang aktif dan tanda kotak dah faham T&C. Boleh la submit. |
Lepas dah submit, pdf yang lengkap akan dihantar ke inbox emel kita cepat jugak tau. Dalam pdf tu nanti ada QR code sekali just in case kalau kita ada nak tukar info masa last minute ke apa.
Masa kami pergi Tak Bai haritu, pegawai buat isyarat kat aku mana borang bertulis? Tapi aku tunjuk skrin phone je dan dia angguk. Takde minta nak tengok aku isi apa pun dan dia terus cop je border pass tu. Agaknya nampak logo Jabatan Imigresen kat skrin phone aku tu tanda dah sahih la maklumat kita ada dalam sistem haha
Masa kami pergi Tak Bai haritu, pegawai buat isyarat kat aku mana borang bertulis? Tapi aku tunjuk skrin phone je dan dia angguk. Takde minta nak tengok aku isi apa pun dan dia terus cop je border pass tu. Agaknya nampak logo Jabatan Imigresen kat skrin phone aku tu tanda dah sahih la maklumat kita ada dalam sistem haha
Overall proses Digital Arrival Card ni memang lagi cepat dan efisien la berbanding kad fizikal macam dulu-dulu. Cuma yang jadi lama masa kami kat sini sebab first time kan, baru tahu kena isi digital. So nak isi satu-satu detail yang diminta tu kena berhati-hati la takut salah. Tapi Insya Allah pasni lagi lancar la sebab dah ada pengalaman. Boleh isi santai-santai sebelum packing baju lagi.
Dan semoga pengalaman ni pun bantu orang lain yang baru nak travel ke Thailand tapi tak ada pengetahuan lagi pasal Digital Arrival Card ni. Almaklum la kita 23 Mei 2026 ni dah start cuti sekolah. Mesti ramai yang nak pergi berjalan kan.
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.














Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤