Borong pizza di Pizza Jangok Mek Ani | NaSa

Borong pizza di Pizza Jangok Mek Ani

in , by NaSa, November 21, 2026
Ni kisah memborong yang dah lama sikit sebab beli masa bulan Ogos 2026 haritu. Masa tu aku cuma pos di TikTok je sebab nak letak lagu. Tapi alang-alang gambar banyak dan cantik ni, jom la tepek juga di blog buat tatapan dan rujukan. Mana tahu ada yang tengah survey destinasi jalan-jalan cari makan di Kelantan nanti kan.

Tapi tu la dugaan kalau throwback ni, jadi rasa terliur balik tengok pizza banyak-banyak ni hehe. Insya Allah semoga nanti ada rezeki untuk sampai lagi ke kedainya.


Semua ni kami beli di kedai Pizza Jangok Mek Ani. Bagi orang Kelantan especially penduduk di daerah Tanah Merah, mungkin akan familiar la dengan kedai ni. Sebab trademark pizza dia memang dikenali dengan doh gebu dan isi selambak macam gambar kat atas. Kenyang makan, tapi harga Alhamdulillah mampu milik!

Kalau kira jarak ke sini dari rumah kami di area Tumpat ni, jauh kaklohhh. Hampir 2 jam perjalanan. Tapi kalau kira dari rumah sewa kaklong yang mengajar di sekolah daerah Tanah Merah tu juga, tak jauh sangat. Lajak ke atas sikit je dalam 5-10 minit dari sekolah, sampai la ke kedai pizza ni. 


Kedai Pizza Jangok Mek Ani ni beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam. Kawasan parking seingat aku agak luas, mudah nak letakkan kereta. Cuma kalau nak datang, bagi rakyat Kelantan lokal cari la waktu weekday, bukan hujung minggu atau musim cuti sekolah. Tapi kalau korang pelancong dari negeri luar yang memang datang berjalan masa cuti, diharap dapat bersabar je la.

Sebab kali pertama kami datang dulu, masa cuti sekolah tau. Beratur panjang sampai melimpah ke pintu masuk, mat. Almaklum la musim family pergi bercuti dan food hunting. Jenuh menunggu pizza siap ðŸ˜‚

Interior cantik dan kawasan dine-in pun luas banyak meja

Kaunter order dan pickup


Kalini kami pergi masa hari Khamis biasa yang bukan cuti sekolah, elok lengang je kedai. Nak order pun cepat. Cumanya macam datang terrr-awal sangat la pulak. Jadi pilihan pizza yang boleh siap cepat tu tak banyak macam yang kami beli sebelum ni. Ada empat pilihan je iaitu Ayam, Daging, Seafood, dan Tuna.

Sebab anak buah yang autistik tu pun ada sekali, risau pula dia tantrum kalau kena tunggu lama. Sebabnya kawasan dine-in luas dan kosong so mesti la dia rasa nak berlari-lari. Tak kuasa mak kau nak mengejar ye. Maka kami ambik je 4 jenis pizza yang ada tu dan chaww balik rumah sewa kaklong hehe



Nampak meriah kan? For me, memang berbaloi dengan harga. And anyway, aku nak bagi disclaimer awal-awal la yang aku aware Pizza Jangok Mek Ani ni tak ikut standard pizza tradisional dari Itali!

Pizza kat sini memang bukan jenis kerak nipis, guna olive oil, keju peram ori, dan topping authentic sebijik macam luar negara. Jadi jangan la nanti ada yang pertikai pujian aku dan cakap pizza kat sini tak sesedap macam *insert kedai yang guna resipi pizza Itali* nun. That was not the point hahah ðŸ˜†

Geng repeat customer ni bukan puji sebab ia "pizza paling sedap atas muka bumi", kalah pizza ori dari luar negara.

Pizza Jangok Mek Ani memang dikenali sebagai 'pizza roti' disebabkan dohnya tu jenis gebu. Sebiji pizza cukup 2-3 orang makan, bukan macam pizza Itali yang 1 biji untuk 1 orang. Topping juga dah diinovasi sesuai tekak dan citarasa orang kebanyakan, sebab pengasasnya memang asalnya buat pizza bajet kecil-kecilan je.

Jadi kebanyakan customer puji tu sebab sukakan konsep kedainya yang sediakan pizza mesra poket rakyat, sesuai untuk orang kebanyakan yang nak kelainan, tapi harga mampu milik dan portion banyak boleh makan ramai-ramai.

Senang cerita, ni kedai pizza B40 untuk orang yang tak memilih asalkan kenyang, macam family aku 🤭

Done borong 10 kotak pizza untuk 3 family

Walaupun kalau ikutkan konsep 'pizza roti' ni mudah sebab boleh olah resipi doh roti dan bakar sendiri di rumah, tapi kita biasa la malas. Baik beli yang dah siap sebab harga affordable dan sah-sah jimat tenaga dan masa. Mak ayah pun mesti suka kan ada peluang bawa anak-anak berjalan, makan benda macam pizza gini yang sedap dan unik bagi budak-budak. Boleh cipta memori indah dengan keluarga juga.

So yeah, siapa yang rasa nak pergi berjalan-jalan keliling Kelantan dan nak singgah makan tempat jimat mampu milik, jemput la singgah Pizza Jangok Mek Ani dalam jadual perjalanan anda. Lagipun tak lama lagi dah nak cuti sekolah hujung tahun kan. Dah boleh plan misi jalan-jalan cuci mata dan cari makan dengan family nanti.

Tapi kena sama-sama doa la agar Kelantan tak dilanda banjir besar lagi. Kalau tak, emm Sadaqallah haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS