Rasa nervous pula nak masuk segmen buat kali pertama lepas sekian lama ni. Ye la kita kan asyik tenggelam timbul je. Kejap menulis, kejap cuti berbulan. Macam ada amnesia bermusim yang lupa diri sendiri ni ada blog haha
Tapi alang-alang masa melawat blog kawan-kawan lain dan terjumpa segmen "Kenapa Saya Ada Blog" anjuran cik Mulan ni, ayuh la kita join meriahkan majlis. Mana tahu boleh berkenalan dengan orang baru kan.
![]() |
| Klik banner ni untuk join 😘 |
Jawapan yang boleh dikatakan paling umum untuk ramai blogger, sebab seronok baca cerita dan pengalaman yang orang kongsikan dalam blog masing-masing.
Golongan blogger ni kan datang dari pelbagai tempat, latar belakang, kepakaran, adat dan sebagainya. Gaya penyampaian pun santai. Rasa macam berbual dengan kawan lama walaupun masing-masing tak pernah jumpa. Jadi selaku seorang yang ulat buku suka membaca dan menulis masa tu, timbul la rasa nak ada blog jugak 😆
Dari segi masa, aku mula blogging sekitar 2009-2010 waktu sekolah menengah. Pengaruh Cik Epal, Irine Nadia, dan Fatin Liyana. Tapi emel-emel untuk blog lama tu aku lupa dah. Dan rasanya biarlah blog tu terkubur selamanya sebab kalau dikenang balik gaya penulisan waktu mentah tu, sangat rempit ya. Rasa aib nak baca balik hahah. Blog ni je yang masih kekal sejak tahun 2013.
Dari situ la jadi motivasi untuk diri sendiri KENAPA MASIH MENULIS?
Teringat kata-kata seorang tenaga pengajar masa belajar di UUM dulu. "Ada lagi ke orang yang baca blog?"
Awalnya banyak tulis pasal benda random dalam hidup seharian. Sekecik-kecik benda pun jadi topik aku nak joyahkan. Tapi lama-lama makin matang so kita lebihkan lagi kongsi benda yang bermanfaat macam pengalaman belajar, jaga mak sakit sebab buah pinggang, buat lesen kereta, etc. Dan Alhamdulillah walaupun tulis sebab nak bebel, apabila dapat komen yang kata cerita kita tu membantu, rasa happy sangat.
Teringat kata-kata seorang tenaga pengajar masa belajar di UUM dulu. "Ada lagi ke orang yang baca blog?"
Sedih daku masa tu hahah. Kitanya jiwa oldskool. Walaupun era sekarang ramai guna medium video pendek macam TikTok dan Instagram untuk sampaikan maklumat atau kongsi ilmu, aku jenis nak kena ada sumber tulisan jugak. Mudah nak screenshot dan simpan untuk rujukan masa depan.
Kalau video kang kejap-kejap nak kena undur balik dengar orang tu cakap apa. Pastu ada pula yang jenis bercakap tak jelas atau rojak Melayu-English tapi tak letak subtitle, sangat baran ye aku hahahah. Padahal fungsi auto caption dah ada dalam banyak editing software. Tinggal betulkan sikit-sikit je.
.
.
.
.
Jadi itulah dia sebab kenapa aku ada blog, dan subsequently kenapa masih menulis sampai sekarang (walaupun kadang-kadang) siap bayar domain tahunan. This place is mostly an outlet for my thinking, dan sebahagiannya nak bantu orang lain dalam situasi yang sama juga. I just love being here 🥰
Akhir kata, tahniah diucapkan kepada cik Mulan sempena ulangtahun blog ke-20. Lejen betul ye bertahan sampai 2 dekad menulis di alam maya ni. Aku sendiri baru masuk tahun ke-13 dengan blog ni, tapi harapnya minat menulis ni akan terus membara untuk kekalkan blog ni sehingga ke dekad seterusnya macam cik Mulan hehe
Kawan-kawan lain yang masih menulis, jemput la tekan banner di atas untuk join juga segmen cik Mulan ni 💓
Akhir kata, tahniah diucapkan kepada cik Mulan sempena ulangtahun blog ke-20. Lejen betul ye bertahan sampai 2 dekad menulis di alam maya ni. Aku sendiri baru masuk tahun ke-13 dengan blog ni, tapi harapnya minat menulis ni akan terus membara untuk kekalkan blog ni sehingga ke dekad seterusnya macam cik Mulan hehe
Kawan-kawan lain yang masih menulis, jemput la tekan banner di atas untuk join juga segmen cik Mulan ni 💓
Bye dan Assalamualaikum.






Alhamdulilah dik masih setia menulis di blog... eh eh masih ada je tau yg baca blog sebagai rujukan esp tentang travel.. nnt smp salam kat lecturer awak ye, blog masih sangat function ye hingga kini hahaha
ReplyDeleteblog ni tulang belakang alam maya jugak kan. kalau takde yg tulis blog ramai-ramai, dari mana la AI summary kat google search tu nak ceduk info rumusan letak utk rujukan pengguna haha
Delete