NaSa
Assalamualaikum

Berita gembira, berita gembira~

AKHIRNYA! Selepas kisah tragedi kek kukus tak jadi tempoh hari, cubaan kali kedua aku ni sukses!!!!
Yummy~ 😋
Nasib baik jadi. Kalau tak, aku dah rancang nak boikot je kek ni dan cuba di tahun-tahun depan je tau. Almaklum dah penat ikut segala step yang ditunjukkan dalam resepi kan. Tapi Alhamdulillah kali ni sebab kejadian dia boleh tahan lawa la juga, maka kita pun gigih la buat sesi photoshoot banyak-banyak semalam untuk buat sesi flexing di blog hahaha. Sambil tu edit gambar bahan-bahan yang lengkap sikit la sebab gambar haritu macam hambar je aku rasa.
Assalamualaikum
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Assalamualaikum

Kisah ni nak kata sedih, tak adalah sedih pun sebab dapat duit kot. Siapa je tak suka duit. Lagi-lagi tengah musim panini kobid nainting ni kan.

Tapi nak kata gembira, tak juga. Sebab dasar Adsense...musnah niat nak menabung aku hahahahah
Permulaan, Januari 2020. Saat mula-mula bertatih kumpul duit Adsense melalui blogging.
Ceritanya bermula lepas aku dah berjaya kumpul pendapatan Adsense ni melebihi nilai minima threshold yang dia benarkan untuk tebus iaitu USD100. Lama tau aku nak kumpul duit sebanyak ni. Setahun lebih tunggu bermula hujung 2019 sampai May 2021 baru merasa tiga angka sebab tak aktif sangat menulis kan. Duit naik 5-9 dolar setiap bulan tu pun hasil orang ramai masuk di entri aku berkaitan Kolej Profesional MARA, UUM, dan review aku je. Alhamdulillah ada juga rezeki trafik banyak kan.
Assalamualaikum

Klik banner untuk sertai segmen di blog Syu ok
Ayuh bersegmen kali ni yuhuuu~ lama dah tak bersegmen rasanya. Kali terakhir haritu kalau tak salah sebelum ke semasa puasa. Lepas tu senyap je blog hehe. Jadi alang-alang aku tengah cari idea nak tulis apa kemudian nampak pula orang join segmen pencarian bloglist Syu Deris ni, kita masuk sekali la. Lagipun pertandingan yang dianjurkan pun kena dengan citarasa aku.

Kenapa?

Main teka-teki peribahasa hehehe
Syarat: Cari bilangan peribahasa dalam gambar ni dan namakan salah satunya.
Alang-alang aku memang suka teki-teki dan suka peribahasa, jadi bila digabungkan ni memang seronok la. Tapi bila ditenung tilik gambar ni, ragu-ragu juga ada berapa bilangan teka-teki yang terkandung di dalamnya. Gunung-ganang belakang tu pun function jadi peribahasa juga ke hahaha

Tekaan aku...peribahasa tu ada SEPULUH!
Assalamualaikum

Sinopsis:
Filem ni mengisahkan tentang Ina (Pimchanok Leuwisetpaiboon) yang telah ditinggalkan oleh teman lelakinya yang lebih muda, Petch (Thiti Mahayotaruk) selepas dia gigih buat pinjaman bank demi teman lelaki dia tu. Dasar lelaki anak ikan kan. Habis kikis harta teman wanita ni, dia berpindah kepada mangsa seterusnya pula. Akibatnya, tinggal Ina seorang diri terperangkap dengan pinjaman bernilai 500,000 baht (hampir RM65,000) yang akan ambil masa 5 tahun untuk dibayar. 
Assalamualaikum

NOTA PENTING: Pengambilan pil perancang Yasmin oleh penulis ini adalah atas nasihat doktor sakit puan untuk masalah cyst dan senggugut. Pengalaman mungkin berbeza bagi setiap individu. Disarankan agar dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cuba. Terima kasih.
Assalamualaikum

Entri ini adalah spin-off daripada siri Masak-masak aku, dan berkaitan dengan cerita takoyaki tempoh hari.

Kenapa berkaitan?

Sebab kalau takoyaki tu makanan yang kempunan masa puasa, kek coklat lapis cheese ni adalah makanan yang kempunan masa raya. Sedih kan.

Rasa teringin nak makan kek ni timbul lepas tengok resepi yang orang share di Facebook. Nampak cantik dan sedap je kek coklat kukus bila ditambah lapisan keju tu. Memang pilihan salah la skrol Facebook masa bulan puasa ni sebab semua resepi orang share tu automatik nampak sedap sebab lapar kan haha
Assalamualaikum

(Nota kepala: Ini adalah sebuah kisah kempunan haha)
Sedap tak takoyaki saya?
(Update gambar baru lepas beli serbuk seaweed hehe)
Hai semua. Lama tak jumpa. Tak sangka aku ter-skip sebulan untuk menulis sebab bulan Mei takde update apa-apa langsung 💀 nak kata busy buat persiapan nak sambut raya, tak juga sebab tahun ni pun kita kan sambut raya dalam PKP. Hias rumah lawa-lawa pun mana ada orang datang rumah haha. Saja je melencong buat benda lain sebab nak lari daripada realiti kena buat assignment 😂
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS