Kenapa komen pembaca blog masuk spam? | NaSa

Kenapa komen pembaca blog masuk spam?

by NaSa, October 24, 2021
Assalamualaikum

Isu ni pernah terjadi kat aku beberapa kali dalam tempoh 2-3 minggu lepas. Suatu fenomena yang agak ganjil sebab komen-komen yang ditinggalkan oleh beberapa pengunjung blog dan rakan blogger lain tetiba masuk dalam ruang SPAM?? Padahal komen mereka elok je berkaitan topik entri yang ditulis.

Oleh sebab blog ni aktifkan fungsi comment moderation, normal la kan kalau sebarang komen yang ditinggalkan tu masuk dahulu dalam inbox Gmail. Lepas tu baru kita approve untuk terbitkan dalam entri kan. Tapi ada la beberapa kali tu aku tak dapat emel apa-apa pun pasal sebarang komen. Jadi ingatkan oh entri tu memang sepi begitu je la kot tak ramai yang baca. 

Tup-tup, masa saja-saja check page komen dalam blog, di ruang "All Comments" tu ada je nampak nama beberapa rakan blogger yang tinggalkan komen. Tapi peliknya, aku tak pernah pula nampak komen tu di ruang "Awaiting Moderation". Tak rasa pun pernah luluskan komen tu. Takkan terus publish sendiri pula kan? Masalahnya bila check di ruang "Published", komen tu takde juga.

Bila tekan satu-satu semua pilihan yang ada di situ baru perasan tetiba je nombor komen dalam tab "Spam" tu ada banyak. Rupa-rupanya komen yang hilang tu semua berkumpul di situ. Like ehhhh??? Macam mana boleh masuk Spam pula ni?

Apabila check dalam inbox Gmail, sama juga. Rupanya emel notifikasi pasal komen tu pun masuk dalam ruang Spam juga. Patut la tak perasan pun yang ada orang komen.

Contoh emel notifikasi komen yang masuk dalam inbox SPAM. Nampak kan dia letak tanda seru di sebelah nama tu dan bukannya gambar profile atau initial nama pengirim.

Patut la haritu aku pelik kenapa komen kak Farrah dan Ammi ada di All Comments tapi aku tak dapat makluman pun untuk moderate. Masa komen Wak masuk semalam pun tak perasan sebab memang tak dapat notis. Lepas tergerak hati nak check Spam tu baru nampak berderet tanda ✅ untuk kita luluskan komen-komen yang ada di situ.

Mula-mula ingatkan macam masalah glitch aku sorang je. Tapi masa blogwalking nampak ramai juga rakan blogger komplen pasal isu sama. Emm bermasalah juga ya Google sejak dua menjak ni. Daripada isu Pageviews merudum serupa tak pernah tulis apa-apa di blog haritu sampai la sekarang suka-suka hati cop orang jadi spammer. Pelik betul 😅

Harapnya isu ni boleh diselesaikan segera di masa depan. Jangan kacau mood orang menulis, Google!!

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. aah...kak yan pun selalu juga jadi macam tu. tengok pada komennya...macam takde unsur unsur spam pun..tapi terlontar ke spam box

    ReplyDelete
  2. Google dah makin tak betul agaknya sejak covid hehe

    ReplyDelete
  3. Penah kena jugak. Tengok dekat published post, comment count lain. Tapi bila cari, komennya masuk dalam spam. Macam2 perangai dibuatnya dek Blogger sekarang ni😂

    ReplyDelete
  4. ya allah nasib awak update pasal ni, terus check spam memang bersepah komen dari kawan blogger ada dekat situ. apa masalah blogger dari bulan lepas ni hmm

    ReplyDelete
  5. Haah pernah kena. Awal-awal blogger Azhafizah mengadu komen hilang. Lagi haru blog itu tiada mod pengawasan (moderation) kira patut terus terpapar pun hilang boleh masuk spam.
    Nanti kena selalu semak di bahagian Spam.

    ReplyDelete
  6. pelik-pelik kadang ni, kalau akak musti pening maklumla sejenis tak berapa mahir dengan blog ni... hehehe

    ReplyDelete
  7. Ramai blogger alami masalah yang sama. Rasanya blogger.com ada masalah kot hehe

    ReplyDelete
  8. Ammi punya pun sama haritu. Baca kat blog nad baru tau dan terus gi check. Mmg berlambak kat situ

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS