Review: Pencukur wanita Gillette Venus Comfortglide White Tea | NaSa
Assalamualaikum


Gillette, jenama pisau pencukur antarabangsa ni ada pisau pencukur yang khusus untuk wanita? πŸ€”

Ya. Aku pun baru tahu pasal ni.

Sebelum ni aku ingatkan Gillette ni pencukur untuk lelaki sahaja. Sebab masa kecik dulu membesar dengan iklan TV yang duk tayang "Gillette Mach 3 Turbo" pisau pencukur untuk lelaki maskulin. Jadi tak tahu pun yang Gillette ada pencukur untuk wanita juga. Lepas ada orang rekomen di Twitter, baru sedar.

Dan lepas dapat tahu kewujudan benda ni, semestinya la aku kena beli dan cuba sendiri hehe

Gillette Venus Comfortglide White Tea


Gillette Comfortglide for short.

Cantik kan warna dia merah jambu lembut macam ni? Terserlah aura feminin dan ayu gitu.

Pencukur wanita Gillette ni ada banyak jenis sebenarnya. Yang "Disposable" ada, "Reusable" ada, yang khusus untuk kulit sensitif pun ada. Mula-mula aku pun keliru kejap nak beli yang mana. Tapi aku ambil pencukur Comfortglide White Tea ni dulu sebab ada banyak positive reviews daripada rakyat Twitter.

HARGA: ±RM30.00/kotak

Kedai Mall rasmi P&G dan Watsons di Shopee jual harga sekitar tu la. Kedai lain ada yang murah antara RM27-RM29 (tapi belum tentu free shipping). Paling ekstrem, yang catut harga sampai RM50+ pun ada.

Mujur rezeki terpijak haritu aku tengok Watsons bagi diskaun dalam Shopee, set Gillette Comfortglide ni jadi RM19.90 je. Memang cepat-cepat aku checkout lepas tengok stok ada 2 je lagi. Walaupun kena bayar shipping RM4.50, harga overall dia lebih murah daripada kedai lain jadi jimat jugak la.


Ciri-ciri pencukur Gillette Venus Comfortglide White Tea:


πŸ”Έ Setiap set mengandungi 1 pemegang pencukur + 2 katrij mata pisau
πŸ”Έ Setiap pencukur memiliki 3 bilah mata pisau
πŸ”ΈPemegang pencukur boleh diguna (reusable) bersama kebanyakan mata pisau Gillette siri lain
πŸ”Έ Memiliki gel bar yang berasaskan pelbagai minyak botanikal bagi membantu licinkan cukuran
πŸ”Έ Pemegang pencukur berbentuk ergonomik dan selesa dipegang
πŸ”Έ Mata pisau boleh bergerak pada sudut berbeza untuk memudahkan pergerakan cukuran


Bilangan mata pisau dalam pencukur Gillette Comfortglide ni punca utama aku tertarik untuk cuba sebenarnya. Selama ni aku biasa guna pencukur disposable dari Watsons yang ada 2 mata pisau tu. Ingatkan 2 dah cukup. Rupanya 3 lebih baik. Dan Gillette ni ada siri yang ada LIMA mata pisau tau 😲

Setiap katrij mata pisau untuk pencukur Gillette Comfortglide ni dibuat daripada plastik lutcahaya tebal dan ada beberapa fungsi. Selain simpan mata pisau (sebelum dan selepas guna), bekas ni memudahkan proses untuk pasang pemegang pencukur tu di mata pisau atau tanggalkan pemegang selepas guna.


Ringkas kan cara pasang dan tanggalkan mata pisau tu?

Tak perlu pegang mata pisau tu directly. Pegang bekas tu je dan cucuk pemegang sampai rapat. Lepas guna (atau waktu nak buang), masukkan dalam bekas dan tolak lock tu sampai mata pisau tercabut.

Mudah dan selamat. 

Sebagai seorang yang ada pengalaman terhiris jari sendiri sebab terpegang mata pisau pencukur tanpa sedar sebelum ni, I like this functionality. Tapi tu la aku kekadang letak berterabur benda kecik-kecik gini so aku tak guna pun bekas tu. Aku simpan mata pisau tu dalam tupperware kecik kedap udara hehe

Tempoh ketahanan setiap pencukur Gilette Comfortglide ni mengikut kadar kekerapan kita guna:
Daily                    Every 1 to 2 weeks
Every other day: Every 2 to 3 weeks
2x a week           : Every 4 to 6 weeks
Jadi lebih kerap kita guna, lebih cepat mata pisau perlu ditukar. Kalau guna pencukur ni 2 kali seminggu, set Gillette Comfortglide dengan 2 mata pencukur ni mungkin boleh tahan 2-3 bulan. Atau boleh jadi 4-5 bulan kalau guna sekali seminggu. Tapi kalau pisau dah tumpul dan/atau berkarat tu, buang je la.

Dan nampak tak kepala pencukur tu fleksibel, boleh gerak-gerak atas bawah?

Fungsi ni membantu proses mencukur sebab mata pisau akan kekal berada di permukaan kulit. Kita cuma gerakkan pemegang tu dan adjust tekanan di mata pisau di setiap bahagian. Lain bahagian badan. lain bentuk kan. Ketiak lain, kaki lain. Jadi tekanan yang diperlukan pun lain-lain la.

Hasilnya, tak ada permukaan kulit yang tertinggal. Bulu yang nak dicukur tu akan ditebas sekali harung berbanding pencukur yang statik. Jadi tak perlu repeat cukur banyak kali di tempat sama sampai risiko berdarah sebab tersagat kulit tempat tunggul bulu tu. Mengaku la, korang pernah kena macam tu! πŸ™ƒ


Pemegang pencukur Gillette Comfortglide ni selain berbentuk ergonomik, bahagian depan dan belakang tu dibuat daripada getah. Jadi pemegang ni senang dan selesa dipegang semasa sesi mencukur.

Getah tu pula ada anti-slip ridges berbentuk gigi-gigi(?) di tempat kita letak jari telunjuk dan ibu jari. Tak ada la risiko jari tergelincir sebab licin dan tersalah cukur tempat lain huhu. Imagine pun dah seram πŸ™ˆ
 

Perbandingan antara pencukur Gillette Venus Comfortglide White Tea dan pencukur biasa:



Sebelah kiri tu pencukur pakai buang (disposable) jenama Watsons yang aku biasa guna. Harga murah je. Biasa beli masa promosi, pek 6 pencukur harga dalam ~RM6. Lumrah la zaman belajar bajet ciput 🀧

Pencukur Watsons tu ada 2 mata pisau, dan jarak antara mata pisau tu agak jauh antara satu sama lain.
Gillette Comfortglide pula 3 mata pisau dan semua disusun lebih rapat.

Sama macam kelebihan mata pisau cukur yang boleh bergerak tadi. Mata pisau yang lebih banyak dan disusun rapat akan lebih dekat dengan kulit. Jadi lebih banyak bulu yang dipotong satu-satu masa.


Gillette Venus Comfortglide White Tea ni istimewa sikit berbanding pencukur Gillette yang lain. Di bahagian atas dan bawah mata pisau tu, ada 2 lapisan gel bar yang berfungsi jadi pelincir atas kulit masa mencukur. Kalau siri lain, kebanyakan tak ada gel bar macam ni dan kena guna shaving cream.

Bahan-bahan dalam gel bar Gillette Comfortglide ni:
Sodium Stearate, Propylene Glycol, Glycerin, Water/Eau, Sorbitol, Sodium Laureth Sulfate, Sodium Myristate, Lauric Acid, Hydrogenated Vegetable Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Olea Europea (Olive) Fruit Oil, PEG-45M, PEG-90M, Garcinia Indica Seed Butter, Fragrance/Parfum, PEG-7M, Tocopheryl Acetate, Sodium Chloride, Vitis Vinifera (Grape) Seed Oil, Polyquarternium-10, Tetrasodium Etidronate, Tetrasodium EDTA, CI 17200.
Mula-mula guna pencukur ni, aku keliru juga dengan gel bar tu sebab tak tahu tu sabun ke? Ada buih ke? Kena basahkan dengan air ke? Atau boleh cukur terus? Kotak dia sumpah takde cakap ya.


Cara pemakaian: Untuk mencukur bulu rambut je dia tulis. Tak berapa membantu la bagi aku πŸ˜‚

Jadi cara yang aku amalkan selepas beberapa trial and error:
Basahkan bahagian yang nak dicukur >> basahkan mata pisau pencukur >> kemudian cukur.

Nanti gel bar bawah licinkan kulit kita supaya mata pisau tu senang nak lalu. Pastu gel bar atas licinkan kulit yang dah dicukur pula. Nama pun "Comfortglide" kan. It allows the blades to glide in comfort? πŸ˜‚
(hashtag done palatao hahahah)

Tapi jujurnya aku tak berkenan sangat dengan gel bar ni sebab anxiety aku jadi tinggi sikit masa guna.

Kenapa?

Lepas dibasahkan, gel bar tu jadi semacam berlendir tau. Geli sikit nengok πŸ˜‚ Dan lepas sekali swipe, aku biasa bilas air dulu untuk bersihkan mata pisau tu, pastu swipe lagi untuk cukuran seterusnya, dan bilas lagi, sampai habis cukur kan. So aku jadi nervous la takut gel bar tu cepat kecut sebab asyik kena air untuk bersihkan bulu tu. Padahal kena kulit berapa kali je kan. 

Rasa macam benefit tak sampai sepenuhnya. Ke teknik mencukur aku yang salah? hahahah

Tapi yang best gel bar ni, bau WANGI GILA. Ketiak pun jadi wangi. Memang ramai beli sebab bau dia je πŸ˜‚

Cuma bau tu agak bermasalah sikit untuk aku sebab mengundang musuh nombor satu I, SEMUT!

Seronok ye mereka berenjit-enjit semut.

Lepas guna Gillette Comfortglide ni, kena keringkan di tempat angin terbuka untuk keringkan gel bar dan mata pisau agar tak berkarat. Tapi apa yang influencer tak bagitahu, dalam review mereka tu, bau wangi gel bar tu boleh menarik perhatian semut ya. Sebab bau dia manis-manis gitu.

Gamaknya sebab influencer ramai duduk bandar kot. Aku kan rumah kampung. Musim panas-panas gini pulak, memang banyak la semut duk keluar masuk pindah sarang dan cari makanan kan. Tahap aku gigih beli racun semut kot. Tapi tu la geng semut ni pandai pulak palau racun tu dan tak makan hahahah

Jadi tak sangka la aku masa nak simpan pencukur yang dah kering tu, tahu-tahu ada semut tengah hurung gel bar tu. Biadap πŸ˜‚ Sebab tu
 aku simpan mata pisau tu dalam tupperware kecik kedap udara.

Sesiapa yang duduk kawasan berisiko semut tu, boleh la ambil maklum hal ni untuk elak benda sama lol

Kesan cukuran menggunakan Gillette Venus Comfortglide White Tea


DI KETIAK

Faedah daripada kepala pencukur fleksibel, mata pisau yang rapat, dan gel bar wangi tu, aku boleh gerakkan kepala pencukur tu mengikut lekuk ketiak. Dan hasilnya, proses mencukur lancar dan licin

2-3 kali swipe, ketiak dah licin tanpa bulu dan kurang tunggul bulu. Takde dah episod ketiak berdarah I.

DI BETIS

Cukur betis ni rasa lebih mudah daripada ketiak sebab permukaan betis lebih rata. Kalau bulu kaki tu tak berapa panjang, sekali swipe dari lutut ke buku lali, cepat je bahagian yang dicukur tu licin. 

PALING PENTING, betis aku TAK GATAL masa nak tumbuh bulu baru! ✅✅

Mungkin kesan daripada khasiat gel bar tu kot. Jadi dalam annoying dia tu, memang berfungsi la haha

Rasanya ramai yang pernah alami kulit gatal 1-2 hari lepas cukur betis ni kan. Aku pun trauma dulu sebab tak larat nak garu masa tu. Lagi-lagi masa kat luar. Tak senonoh la kan nak garu kaki depan orang.

Sebab tu aku prefer guna waxing strips je kalau bab bulu betis. Senang boleh cabut akar bulu terus dan lambatkan waktu naik bulu baru. Tu pun kadang-kadang gatal juga dan aku kena sapu aloe vera huhu

Tapi guna Gillette Comfortglide ni, aku memang tak ada rasa gatal walaupun lebih seminggu lepas cukur licin tu. Suatu perkara yang menyenangkan bagi aku sebab aku cukur betis tu semata-mata curiosity nak tahu keberkesanan pencukur Gillette dan untuk tujuan review ni je. Aku tetap prefer waxing πŸ˜‚

DI PUBIS

Ni tempat yang sensitif sikit hehe

Personally, aku biasa trim pendek je kawasan pubis tu. Tak cukur sebab pernah lalui juga kulit jadi gatal lepas cukur di kawasan tu dan sis trauma. Tapi kali ni aku buat di small spot je untuk test Gillette ni dan kesannya, sama juga cukuran licin dan lancar, serta TAK ADA RASA GATAL masa tumbuh bulu baru.

Padahal aku dah expect the worst to happen lepas tu. Takut menyesal buat benda yang tak pernah dibuat hanya sebab curious je haha. Mujur hasilnya memuaskan dan tak makan diri so aku okey πŸ˜‚

Tapi aku cuba sekali tu je la. Lagipun kalau nak cukur bahagian pubis ni, eloknya guna pencukur asing atas asbab kebersihan dan untuk elakkan mata pisau pencukur tu cepat tumpul. Aku nak jimat ni haha
REMINDER: YMMV. Kesan-kesan di atas bergantung kepada jenis kulit (sensitif atau normal), bentuk badan, ketebalan dan kepanjangan bulu pengguna, arah bulu tumbuh, tekanan yang diguna masa mencukur, allergic reaction, etc. Jadi apa yang aku rasa okey lepas guna pencukur ni, tak semestinya orang lain akan rasa benda sama. Haa saja bagitau.

ANOTHER REMINDER: Gel bar pencukur Gilette Comfortglide ni mengandungi minyak botanikal. Kalau ada bahan yang boleh buatkan anda alergik, seeloknya elakkan guna. Mana la ada orang yang tak boleh go dengan avokado ke kan.

Pendapat keseluruhan:


Satu pembelian yang berbaloi. Aku bagi rating: 4.5
(0.5 ⭐ tu hilang sebab aku stres dengan gel bar dia tu hahahahah)

Walaupun harga Gillette Comfortglide ni mahal sikit daripada pencukur disposable yang aku biasa guna, tapi kira pelaburan yang berbaloi sebab lebih memang dapat kesan "COMFORT" dia tu. 

Tambahan, sebab pemegang pencukur Gilette ni reusable, kita tak perlu beli pencukur baru lepas yang lama tumpul. Boleh beli je mana-mana refill yang muat dengan pemegang pencukur tu. Refill yang paling murah aku rasa yang untuk sensitive skin kot. Lupa nama dia.

Aku target nak beli refill yang Embrace (or Extra Smooth) tu sebab yang tu mata pisau ada 5!

Tapi selain harga yang kayangan (4 katrij RM50++), mata pisau yang banyak tu pun jadi punca was-was juga sebab ada pakar kesihatan kata, lagi banyak mata pisau, boleh jadi lagi bahaya untuk kulit. Sebab kalau 3 mata pisau dah cukur bulu sampai licin, 2 mata pisau belakang tu nanti cukur apa? Kulit? Seram.

Maka masuk wishlist la dulu benda tu πŸ˜‚ Yang penting, hasrat nak beli Gillette Venus Comfortglide White Tea dah tercapai dan puas hati sangat. Selain selesa, guwe rasa kaya je guna pencukur ni hahah

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. cantik kaler pink.. berbaloi jugak kalo beli ni..

    ReplyDelete
  2. Nice review. Boleh masuk cart shopee. Saya sebenarnya lagi suka wax tapi teruja nak cuba lepas baca review awak

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS