Berperang dengan semut | NaSa

Berperang dengan semut

in , , by NaSa, September 27, 2021
Assalamualaikum
Aku kan...ada sejenis tabiat yang sangat menyampah dan berdendam dengan semut tau. Walaupun aku tahu ada kebaikan kepada alam sekitar kenapa semut ni dicipta, tapi bagi aku serangga yang bernama semut ni sangat annoying ya. Memang asyik berperang je aku dengan semut ni.

Kenapa?

Sebab semut bikin hidup aku STRESS!!!

Tapi aku kan duduk rumah kampung. Jadi memang tak boleh lari la daripada semut ni sebab kawasan semak-samun berhampiran rumah tu selalu je jadi tempat sarang mereka. Dulu-dulu aku tak tergamak juga nak bunuh semut ni sebab ada dengar yang semut ni tergolong binatang yang dilarang daripada dibunuh sebab semut ni istimewa. Kan ada cerita pasal doa Nabi Sulaiman dalam surah an-Nahl lepas Nabi dengar semut bercakap tu. Sebab tu aku tak berani nak bunuh takut buat dosa free.

Tapi masalahnya kalau dah menyibuk dalam urusan seharian dan buat sakit hati je, takkan nak biar je semut tu berleluasa kan. Yang jadi mangsanya, AKU!! 😭

Benda-benda yang semut ni selalu menyibuk dalam hidup aku sampai aku stress tu, of course salah satunya adalah bab makanan dan minuman. Ya Allah pantang lepa sikit, mesti penuh mereka tu dalam bilik aku hurung makanan dan minuman aku. Botol Nutella yang aku dah tutup serapat mungkin tu pun boleh mereka masuk beramai-ramai. Paling tak boleh blah, botol air aku pun mereka duk berenang-renang sekali dalam tu. Padahal dalam tu air masak je tau. Bukannya air manis pun 💆🏼‍♀️

Jadinya, mencabar la aku nak simpan stok makanan emergency untuk waktu-waktu gula dalam darah aku rendah sampai badan menggigil tu. Sebabnya semut ni ada je waktu dia nak masuk menyibuk. Air pun banyak kali nak kena ganti baru. Aku pula dah la jenis kuat was-was. Nampak semut sekor atas botol pun lagi rela tukar air lain daripada minum air tu sebab bimbang dah bercampur DNA semut 😂

Selain tu, semut ni kacau hidup aku melalui ancaman kepada harta benda. Paling tak boleh lupa, tahun 2019 dulu mereka pernah berpindah satu koloni masuk dalam hard disk aku. DAH LA BARU BELI!!
Definisi buat macam rumah sendiri.
Waktu ni aku sebilik dengan Amirah dalam master bedroom sebab bilik baru belum siap lagi masa ni. Dah aku selalu tengok anime kan, Amirah pun jadi minat la sekali kat anime. Jadi satu hari tu aku bagi dia pinjam laptop dan pasangkan anime yang dia nak tengok dari hard disk tu. Masa tu tengok Owari no Seraph ke apa entah. Tapi Amirah je la yang duduk di meja belajar aku tu tengok dari awal sampai habis. Aku pula baring di katil skrol Twitter. 

Masa tu tak jangka pun semut akan pindah masuk ke dalam hard disk tu. Petang sikit dekat-dekat nak habis anime tu baru aku bangun dan aku tengok pelik semacam je ada semut duk berjalan atas laptop tu. Aku perhati ke mana tujuan mereka. Tengok-tengok laaah masuk dalam lubang untuk sambungkan wayar USB hard disk ke laptop.

Hangin laaaaa sis. Bingung pun ada macam mana nak keluarkan semut tu dari hard disk tu. Nak ketuk-ketuk, tak sampai hati. Hard disk tu dah la mahal dekat RM200 sebab beli yang saiz 1TB.  Nak tunggu dia keluar sendiri, mana mungkin nyeee. Dah la penuh sekampung dia bawa masuk telur dia tu. Kang telur semut tu matang, lagi beranak pinak semut tu dalam hard disk aku. Lagi jahanam.
Penuh dengan telur semut je.
Last sekali aku tutup lubang USB tu dengan selotape dan biarkan 1-2 hari. Sebab udara tak masuk kan, semut tu pun lemas agaknya. Jadi bila aku buka balik selotape tu, berpusu-pusu mereka keluar balik. Aku tepuk juga la hard disk tu lembut-lembut sikit nak suruh telur semut tu jatuh.
Haaaa kalut nak lari! Kalut!!
2-3 hari repeat langkah sama duk selotape lubang hard disk dan buka untuk tepuk dan jatuhkan telur semut tu, baru la majoriti semut tu keluar. Eyyyy mujur hard disk aku tak rosak. Benci aku.

Contoh lain, semut ni pernah bersarang dalam kotak penebuk lubang aku juga. Sampai berkarat besi penebuk lubang tu sebab air liur semut tu duk tempek telur dia dalam tu 💆🏼‍♀️
Asal boleh je la semut ni tau...
Aku perasan ni pun sebab tengah rekod video pasal peralatan kraf tangan aku. Masa ambil kotak penebuk lubang tu rasa pelik semacam je. Apabila dibuka, memang sesupris la berdebuk-debak semut dan telur tu jatuh. Mujur la penebuk lubang ni bukan alat elektronik jadi boleh juga la aku basuh. Kalau tak, bertambah lagi la sakit hati aku terhadap semut ni haha

Selain tu, kertas aku pun jadi mangsa juga. Tengok la kemain ramai semut berkampung ni.
Bukan rumah kau la setannn
Aku perasan sebab tengah kemaskan meja belajar masa cuti hujung minggu haritu. Tengok kertas lain di bahagian atas tu tak terusik pun so aku ingatkan takde masalah la. Tapi bila dibelek peket kertas di bawah, emmmm tepuk dahi. Nasib baik dia duduk di tengah ruang plastik tu je dan tak kacau kertas warna tu sekali. Kalau tak memang aku akan hangin sebab semut kan kalau dia makan kertas tu kan boleh berlubang. Kertas ni dah la aku tunggu lama berjanggut nak sampai dari China.

Masalah terbaru yang semut ni paling bikin sakit hati, DIA BERSARANG DALAM KEYBOARD LAPTOP YA ALLAH YA TUHANKUUUUU~
Bila aku tepuk keyboard tu kan, ada banyak semut tetiba muncul antara gap butang keyboard tu tau.

Kalau waktu biasa tu tak nampak dan tak tahu pun dia ada dalam tu. Tapi masa guna laptop tu untuk buat kerja, selalu je ada semut sesat atas keyboard yang mana aku rasa pelik sebab entah dari mana datangnya. Jadi aku terlintas nak suluh dengan flashlight handphone dan rupanya ada dia duk main sembunyi-sembunyi bawah butang keyboard. Dia keluar tu sebab laptop kan jadi panas bila dibuka so dia tak tahan. Dengan aku duk ketuk-ketuk keyboard lagi. Semut rasa terganggu agaknya.

Aduhhhh kalau barang kecil-kecilan macam di atas tu boleh diterima lagi la sebab masih dalam kategori mampu milik. Kalau rosak pun, nak ganti tu tidak la sakit sangat nak keluarkan duit. Tapi laptop ni kan beribu-ribu ooooiiii harga dia. Rosak yang ni, nak sebat duit dari mana lagi aku nak ganti baru adoiiiii. 

Sakit hati sungguh aku dengan semut ni. Tak tau la bila aku akan habis musim berperang dengan mereka. Antara lipas dengan semut, lagi rela aku menghadap lipas. Dah la kadang tu semut tetiba je muncul atas kulit kita dan menggigit. Motif sangat. Padahal orang tak pernah kacau dia pun 💆🏼‍♀️

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Samalah. Bukan tak suka dengan semut. Cuma bila dah melampau2 sangat tu jadi macam hilang sabar. Nak masuk makan takpe. Makan lah. Cuma jangan buat rumah orang macam rumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. kita tahu je fungsi semut yg baik tu tp bila dah melebih sangat ni, tak boleh nak elak dpd marah haha. nak makan sisa makanan tu makan la. tp pastu balik la ke sarang sendiri dlm tanah. jangan bersarang dalam rumah 💆🏼‍♀️

      Delete
  2. Kesiannya. Penah ada masalah dgn semut sbb nyibuk masuk dlm jug air masak. Penat masak sejug besar pastu dia dok berendam be ramai2.

    Pastu ammi gi nursery beli ubat semut. Tabur je kat tepi pintu, sudut dinding, tingkap. Lama2 takde dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nursery yg jual pokok bunga dan tanaman tu ke Ammi? Boleh cari juga la nanti sbb memang banyak sangat semut sesat masuk bilik ni. haritu sampai terjaga dari tidur sbb tiba-tiba je dia hurung lengan. habis naik ruam

      Delete
  3. kes teruk ni, sampai masuk dlm laptop..takde pulak kena eletrick shock..mmg kena buat sesuatu ni dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terlintas pula risiko electric shock tu. dah la laptop ni selalu tanggalkan bateri dan sambung terus guna plug charger. memang tengah cari benda yg boleh elak diorang masuk bilik pun sbb merata sangat dah ni

      Delete
  4. Meremang bulu tengkuk tengok gambar telur semut dalam hard disk tu. Manis sangt awak ni, tu semut suka dekat. Yelah kan,tak sampai hati nak bunuh tapi kalau dah halau tak nak pergi, terpaksa lah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la telur dia jenis melekit pula. nak bunuh tak sampai hati so saya ketuk suruh keluar dan biar je semut tu angkut semua telur pindah ke lain

      Delete
  5. Kena cari ubat semut/anai2
    Sembur keliling rumah, tak datanglah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan diusahakan utk cari wak. nak-nak musim cuaca tak menentu ni kejap panas kejap hujan, ada je dia masuk bilik cari makanan

      Delete
  6. alahai siap bertelur lagi tu , manaya tak geram macam tu , banyak betul sampai tak kira tempat ia masuk

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS