Kad lesen P saya dah siap~ | NaSa

Kad lesen P saya dah siap~

in , , by NaSa, July 30, 2022
Assalamualaikum

Setelah 2-3 hari menunggu mesej daripada cikgu memandu yang tolong buatkan kad lesen P lepas sis lulus ujian JPJ haritu, semalam (Jumaat) dah dapat berita nyeee. Kata cikgu, lesen dah siap dan boleh la ambik dengan dia di akademi nun. Tapi dia mesej petang so aku minta ambik esok je (Sabtu).

Lepas abah ambik mama di pusat dialisis dan hantar ke rumah pukul 10 lebih tu, kami gerak ke Tumpat pulak sekejap untuk jumpa cikgu tu. Mujur tak lama menunggu sebab sekali call, terus cikgu angkat dan minta jumpa dia depan pejabat akademi. Dapat la sekeping kad PDL licin berkilat bawah ni.


Macam biasa, sah 2 tahun sebelum boleh ditukar kepada lesen CDL yang competent pulak.

Cikgu belum apa-apa dah suruh aku tanda di kalendar ya tarikh untuk renew lesen nanti. Yakin sangat dia yang aku akan lupa, dan honestly aku pun tak rasa aku akan ingat 🤣 Terima kasih la reminder awal.

Waktu nak balik tu, dia suruh pulak abah tukar tempat duduk dengan aku biar aku yang drive sebab dah dapat lesen kan. Aduhhhh sister lemah la buat mengejut gitu haha. Mujur belum boleh drive atas jalan raya lagi sebab takde stiker P. So abah sambung je drive waktu balik tu.

Tapi abah tak drive sepenuhnya la sebab buat apa drive sendiri kalau dah ada co-pilot baru kan? 🤣

Lepas singgah di pasar Wakaf Bharu untuk topap stok ikan keli yang dah habis dan beli tembikai untuk mama, abah berhenti di simpang masuk ke jalan kampung. Tahu-tahu dia kata "Haa sambung la drive."

Sebab jalan kampung kan... budak sekolah takde lesen bawak motor pun lepas, apatah lagi aku yang ada lesen P ni. Setakat takde sticker P nak tempek di cermin kereta tu, apa la sangat kan.

Nervous sikit sis nak bawak tapi nasib baik jalan kampung ni jugak tak sesibuk dan sepadat jalan raya. Laluan pun lurus je sampai dekat simpang nak masuk rumah. So boleh la test skill tukar-tukar gear.

Tapi tu la masalah di perbezaan saiz dan usia kereta tu la yang mencabar sikit. Kat akademi guna kereta Axia yang saiz kompak dan model agak baru kan. Kereta kat rumah ni Proton Iswara yang dekat sama tua dengan aku umur 20-an. Beza jauh la di pedal clutch dan gear tu. Stereng pun lagi berat.

Aku dah tekan clutch dan pijak brek rapat-rapat, tapi 2 benda tu ringan. Aku pijak jadi tak terasa sangat maka kereta lambat berhenti. Kena ambik lajak dari jauh untuk start pijak baru la berhenti di lokasi yang kita nak. Kalau nak kona pun kena pijak clutch 2-3 kali ganda awal. Nanti terlebih lajak nak pusing.

Pengalaman dengan kereta Iswara abah ni tak banyak sebab drive sekali dua je sebelum aku daftar di akademi memandu tu. Jadi tak biasa la dengan saiz kereta tu kan. Mama ada suruh drive banyak kali tapi aku je la malas. Sebab tu ajaib sangat aku boleh lulus sekali cubaan je ujian JPJ haritu hahah

Akibat pengalaman yang cetek tu, masa kona masuk simpang jalan menuju ke rumah sendiri memang jadi agak tersasar. Kalau jalan tu ada 2 lane, kira aku akan terkona masuk lane sebelah, bukan lane sendiri. Mujur masa aku drive tu takde kereta lain kat depan so masih selamat walaupun tersasar lane.

Yang tak selamat, pagar rumah aku.

Sebab di akademi terbiasa drive Axia yang bonet pendek, di rumah ni struggle la nak adjust dengan bonet Iswara yang panjang. Waktu nak kona masuk laman rumah sendiri tu, aku rasa dah elok dah timing aku pijak clutch rapat dan brek sebelum pusing stereng tu. Tapi hakikatnya tidak, ya?

Rupa-rupanya aku kena pusing stereng tu lagi awal untuk sempatkan bonet kereta tu terus masuk ke dalam laman rumah. Tapi oleh sebab aku ikut timing Axia, maka bonet tu terlebih ke depan dan GONG!!!

Sis terlanggar pagar 🎉

Sampai tercabut bumper depan kereta nyahhhhhh~ 🤣🤣🤣🤣🤣

Nohhh rokiahh rongak kereta abah. Bertuah punya budak kan huhu 🙈

Mujur bawak kereta lama yang memang dah bertampal kiri kanan atas bawah dan cat pun terkopak sana sini. Kereta lagi satu yang baru sikit tu ada tapi alignment tayar belakang lari cemana entah so adik aku tak bagi bawak sebab nak hantar repair. Kalaulah kereta tu yang aku terlanggar pagar, haru 😂

Sebab tu dah cakap awal-awal kat abah. Sepanjang 2 tahun pegang lesen P ni, selagi tak mahir elok pusing kereta lama dia tu, kena standby 2 perkara je. Kalau bukan pagar rumah yang roboh, mungkin bumper kereta yang tercabut hahahahah. Nak buat macam mana kan saya budak baru belajar.

Mama kata tak payah takut terlanggar pagar la. Cemana nak belajar kalau tak ada salah silap kan. Alang-alang ada lesen, pulas je stereng tu sampai reti. Pagar tu pun bukannya tak kukuh sampai cepat roboh. Jadi drive la selagi boleh. Asal tak bahayakan nyawa sudah. 

Tapi anak-anak buah yang tengok dari dalam rumah dah gelak sakan ye tengok mak sedara noob bawak kereta sampai bergegar tiang pagar rumahtangga cinta kita ni. Kutuk la lebih-lebih. Satgi aku dah terer bawak kereta, aku tinggal kat rumah tak nak bawak pergi jalan-jalan baru tau 😂

Kakak aku pun gelak jugak. Tapi dia sedap gelakkan orang tu, lupa agaknya waktu dia belajar bawak motor dulu pun, dia terpulas minyak sampai terlanggar tiang rumah jiran sebelah jugak. Sama je adik-beradik noob.

Apa-apa pun, begitulah kisah lesen ni ya.

Wonderpets raikan kejayaan dengan daun saderi, aku pulak raikan lesen P ni dengan langgar pagar. Macam tu la kehidupan kan. Ada fasa bertatih-tatih dulu menuju ke tangga kejayaan so sabor je la kita.

Dan oleh sebab dah ada lesen ni, aku rasa memang kena kerah jadi driver atas rumah la pasni. Tak boleh dah la nak tumpang abah je kalau nak pergi mana-mana. Dulu biasa kalau nak singgah supermarket ke, pasar ke, klinik ke, boleh je cakap kat abah nak tumpang masa dia on the way pergi masjid.

Tapi sekarang ni dah ada pendinding "Drive la sendiri. Kan ada lesen" haaaaa berdikarilah dikau~ 😂

Semua cerita pasal lesen kereta ni dah dikumpulkan dalam page di bawah. Jemput baca:

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Tahniah!.
    Selamat memandi dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah terima kasih Amie. Kena biasa bawak di jalan kampung dulu ni baru beralih ke jalan raya.

      Delete
  2. Salam. Lucu pulak baca cerita bawak kereta first time lepas dapat lesen P ni. Akak dulu first time kena bawak keta tunang akak terus jumpa bukit, atas tu ada trafik light pulak tu. Dah la bawak sorang2 takde co-pilot. Bila lampu hijau, macam nak pecah jantung cuba nak balance clutch dgn minyak, kereta beberapa kali terundur ke belakang sampai kereta kat belakang hon2 takut agaknya akak terlanggar kereta dia. Tapi takde jadi apa2 kecuali lampu bertukar merah balik, selamat mendaki bukit dgn kereta manual hihi. Sekarang masih lagi bawak kereta manual, tapi dah biasa bawak jadi takde la takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Aduh timing bukit dgn trafik light tu meminta betul. Kereta manual dan seram kalau jumpa bukit tu dah la berpisah tiada klu bagi newbies kan 😂 Memang kena bagi cekap kaki dulu ni sbb masa ujian JPJ haritu pun kalut balance antara clutch dgn minyak. Ghisauuu

      Delete
  3. Alhamdulillah . Tahniah dah dapat lesen P .selamat memandu

    ReplyDelete
  4. hebatlah ayat mama "takyah takut langgar pagar"...very supportive gitu

    ReplyDelete
  5. Tahniahhhhh! Yay! Memang happy gila kan dah lulus tuh... Akak terus mintak keta auto pasal masa tu ada fail lesen kete ngn motor... dia jadi fobia.. hahaa.. Alhamdulillah, hampir 10 tahun bawak, bolehlah.. not bad.. sampai kdg kdg rasa bosan lak nak drive... kahhh... Nice la awak, semua support . x kisah terlanggar pago rumah ke.. bumper tercabut ker...haha

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS