Tanam cendawan tiram dalam rumah (Bab 1) | NaSa

Tanam cendawan tiram dalam rumah (Bab 1)

in , by NaSa, July 17, 2022
Assalamualaikum

Aku tak makan cendawan.

Saudara mara dia macam sayur kulat dan produk berasaskan dua benda tu pun aku tak makan. Mama buat tomyam campur kulat dalam tu pun aku rela kuis buang dan senduk kuah dan carrot je. Sebab tu tak boleh relate kalau orang minat sangat dengan kulat celup tepung, sup sayur kulat, etc lol

Satu pengecualian je aku ada iaitu sup cendawan. Tu pun kadang-kadang tak boleh nak telan. Jadi pada fikiran normal, orang yang tak makan cendawan tapi nak tanam cendawan ni memang apakebende la?

Tapi tu la dah haritu aku tengok ada video orang tuai cendawan kat rumah ni, aku jadi curious pulak. Sebab macam wow amazing gitu. Terus la aku terpengaruh sekali untuk beli bongkah cendawan tu sebab nak tahu macam mana cendawan tu tumbuh dan proses menuainya.

Jangan main-main dengan kuasa curiosity ya haha


D.I.Y Oyster Mushroom Kit namanya, daripada Urban Farming. Harga satu blok ni RM12.50, tak termasuk shipping. Aku beli masa Payday Sale Shopee bulan lepas sebab ada promosi free shipping untuk pembelian RM10 ke atas (biasa kan RM15). Ngam-ngam la aku nak sekotak kit ni je untuk test.

Oleh sebab aku beli masa Sabtu hujung minggu, kena tunggu seller pos Isnin depan lepas buka kedai. Normal la kan menunggu. Tapi yang tak normal, perangai Shopee paksa seller guna Shopee Express sampai kurier tu jem. Parcel yang sepatutnya dapat dalam minggu yang sama, aku dapat minggu depan!

Screenshot masa 3 Julai 2022.

ETA patut sampai 1 Julai, tapi sampai 5 Julai lepas hampir seminggu parcel tu entah kat mana lepas bertolak dari sorting facility 🙄 Dia kalau dah sampai lokasi tertentu tapi belum digerakkan, takpe tau sebab kita tahu kat mana. Tapi ni memang takde update. Aku ingat parcel hilang dah masa tu 💀

Sabar je la aku huhu


Anyway, seperti yang dicetak pada kotak kit cendawan tiram ni, setiap kotak disertakan sekali 1 botol semburan percuma dan 3 keping sticker untuk tutup lubang pada kawasan bongkah yang dah dituai (ada 4 lubang). Selain tu, ada dilampirkan sehelai kertas manual bergambar untuk rujukan kita.

Arahan mudah saja:
1) Buka lubang pertama, toreh bentuk X pada plastik tu tapi tak terlampau dalam.
2) Semburkan air di lubang tu 2 kali sehari atau sekerapnya (2-3 kali tekan setiap semburan).
3) Cendawan akan tumbuh dalam 3-10 hari bergantung kepada keadaan tempat simpan.
4) Tuai cendawan yang dah tumbuh tu dalam masa 2-7 hari.
5) Letakkan stiker di lubang yang dituai dan rehatkan bongkah selama 7 hari.
6) Buka lubang baru dan ulang proses di atas.

Aku memula letak kotak cendawan ni atas rak buku sebab tu je kawasan lapang yang ada, tapi ni masih kawasan teduh yang jauh dari tingkap la. Aliran udara pun elok. Tinggal cover bahagian sekeliling tu je nak bagi gelap dan sentiasa sembur air supaya cendawan boleh tumbuh.

2-3 hari pertama, aku semburkan air dalam 2-3 kali sehari je. Tapi memandangkan cuaca panas sangat masa tu, aku risau bongkah tu kering so aku kerapkan sembur setiap 3-4 jam pula.

Masalahnya, lepas seminggu lebih aku sembur hari-hari tu, tetap takde tanda-tanda cendawan tumbuh ya. Kosong je lubang cendawan tu. Dah dia kata cendawan akan start tumbuh dalam 10 hari kan, aku ni expect lepas seminggu boleh la nampak ada tunas naik ke apa.

Sis dah was-was takut benih cendawan dalam bongkah tu dah mati. Sebab dah la seminggu sesat dengan Shopee Express, pastu cuaca Kelantan pun panas gila. Entah-entah bongkah cendawan tu dah kering tapi aku tak nampak dan tak tahu kan. Kalau gitu, jenuh la aku nak tunggu huhu


Pastu musuh rasmi aku iaitu semut pun sibuk berarak masuk dalam bongkah cendawan tu melalui lubang torehan untuk curi baja. Ya Allah geram kuasa dua aku jadinya. Bodo punya semut 💆🏻‍♀️

Akhirnya, aku alihkan kotak cendawan tu ke kawasan rak bawah meja yang lebih gelap dan terpencil.

Alhamdulilah lepas 3 hari berpindah tempat, baru nampak ada harapan sikit cendawan ni nak menjadi. Masalah semut pun macam dah selesai. Setakat ni takde nampak semut duk berarak nak masuk dalam bongkah. Tunas cendawan pun dah mula bercambah sikit-sikit.


Tu bintik putih kecil di bahagian tompok oren tu. Nasib baik ia keluar ya.

Aku la kan... Kalau cendawan tu takde nampak perkembangan lagi lepas 10 hari ni, memang aku potong-potong je bongkah tu biar jadi bentuk tempe 😂


Perkembangan esok harinya pula, lepas 14 jam macam tu, tunas cendawan tiram tu dah memanjang sampai terkeluar dari plastik. Eh cepat jugak kau tumbuh ya. Nak tunggu tunas bercambah tu je la yang kemain bikin sakit hati sebab tak naik-naik.

Mujur sis tak give up sembur air hari-hari dan masih sanggup eksperimen untuk pindah-pindah tempat tau. Kalau aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam yang ekstrem, mungkin kotak cendawan ni sendiri dibiarkan berkulat je dalam bilik. Maleh aku nak pikir dah.

Sebab ni kot aku malas nak bercucuk tanam in real life gini. Diri sendiri memang jenis tak sabar menunggu lama-lama. Tangan tak hijau, macam ni la. Beza dengan mama abah rajin bercucuk tanam ulam-ulaman dan pokok bunga keliling rumah. Bakat tak menurun kat anak 😭

Anyway, sekarang aku dalam proses menunggu bila cendawan tiram ni boleh dituai. Harap-harapnya naik mekar setaman dan kembang besar tapak tangan macam orang jual di kedai. Walaupun hakikatnya aku tak berharap sangat.

Sebab ada kemungkinan benih cendawan dalam bongkah ni terbantut sebab banyak sangat masalah sebelum ni kan. Entah-entah aku expect nak cendawan tiram, dia tumbuh nanti bentuk tilam haha

Kita tunggu dan lihat je la macam mana perjalanannya lepas ni.

Kit cendawan tiram yang aku beli ni boleh kata sesuai untuk orang bujang yang tanam for fun di rumah yang kecil kot. Kalau ikutkan, ada je kedai yang jual bongkah cendawan bersaiz lebih besar dan lebih murah, biasanya harga bermula RM2 ke atas.

Tapi biasanya bongkah macam tu kena buatkan tempat khas untuk simpan sebab besar. Pastu kalau nak beli, kena beli banyak-banyak baru berbaloi shipping sebab harga per unit rendah. Em rumah aku ni mana ada space nyeee. Beli ni pun saja-saja nak cuba. Dah la diri sendiri tak makan cendawan 😅

Jadi walaupun harga kit ni lebih mahal dan bongkah tak besar sangat, bentuk dia yang dalam kotak tu sesuai untuk aku sebab mudah disimpan dan portable. Senang nak tukar-tukar dari satu tempat ke satu tempat apabila perlu kan.

Korang kalau minat makan cendawan atau nak jual produk berasaskan cendawan yang ditanam dan dimasak sendiri, beli la yang bongkah benih yang besar dan murah. Atau kalau nak beli kit yang mahal sikit macam ni pun boleh sebab suka hatilah... Duit korang bukan duit aku.

InsyaAllah pasni aku update kisah seterusnya pasal cendawan tiram ni. Tengok sama ada pertanian kita menjadi atau tidak. Kalau jadi, Alhamdulilah. Kalau tak jadi, Innalillah 😂 

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Semoga dapat menuai hasilnya nanti

    ReplyDelete
  2. semoga menjadi. tengok ramai jugak kawan-kawan tanam cendawan cara ni

    ReplyDelete
  3. Mak saya pernah tanam cendawan dalam bongkah.
    Banyak betul dapat hasilnya. Tidak termakan.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS