Persiapan pre-graduation untuk bakal siswazah UUM (Part 1) | NaSa
Assalamualaikum

Lepas beberapa bulan menunggu, akhirnya status hamba dalam portal UUM sudah bertukar kepada "Tamat Pengajian" ya. Maksudnya Senat sudah luluskan diri ini untuk layak graduasi 🎉


Sekarang tinggal tunggu Senat luluskan tarikh untuk majlis konvokesyen pulak. Tapi rasanya tarikh tu lambat lagi kot sebab baru bulan Mac haritu UUM buat konvo besar-besaran untuk qadha balik konvo 2 tahun yang tergendala sebab Covid dulu. Jenuh dia nak buat 2 kali konvo tahun ni haha

Sementara tunggu tarikh konvo dikeluarkan, ada satu perkara ni yang perlu dilakukan oleh pelajar yang dah tamatkan pengajian tu sebenarnya, iaitu jelaskan bayaran pra-graduasi di portal UUM.

Tapi benda ni macam tak dihebahkan secara meluas tau so aku pun tak tahu yang ada benda kena bayar. Mujur haritu terlintas nak buka portal untuk download result setiap semester. Pastu tergerak hati nak buka menu Graduation dalam tab Academic untuk check kot-kot maklumat konvo dah keluar.

Sekali, menu tu tak boleh diakses sebab katanya ada hutang tertunggak... Pulak dah.

Takde angin takde ribut, tetiba "Please pay immediately" hahah

Aku ingatkan yuran yang tertunggak, tapi tak logik sebab aku ambik PTPTN dan nilai yuran tu selalu ditolak secara automatik setiap kali duit pinjaman masuk. Jadi sepatutnya dah tiada yuran tertunggak.

Rupa-rupanya YURAN GRADUASI yang belum dibayar, dan aku tak tahu pun yuran tu dah wujud haha

Aku tahu yang memang ada bayaran perlu dibuat sebelum konvo sebab Hajar pernah pesan suruh standby duit untuk kos sijil transkrip dan skrol tu masa konvo. Tapi invois tu keluar tanpa dimaklumkan yang kita masih tak bayar hutang. Itu yang jadi surprise pulak.

Awal ye invois ni keluar. Sejak bulan Mei. Aku baru perasan masa bulan Julai 😅

Kalau ikut maklumat Hajar, zaman dia dulu RM270 tu dah ditolak siap-siap masa dapat PTPTN terakhir. Zaman aku je pelik sikit. Tanya kawan satu batch, diorang pun tak sedar kena bayar yuran graduation.

Agaknya sebab UUM dah upgrade portal untuk pisahkan bahagian Financial kepada page FIMS ni. Sebab dulu semua benda duduk setempat sahaja dalam portal. Start tahun lepas kot baru ada page ni. 

Patut la haritu masa duit PTPTN terakhir masuk akaun, aku dapat nilai penuh. Rupanya UUM tak tolak automatik dan yuran graduation tu kami kena bayar sendiri. Nasib baik la masih ada lagi duit PTPTN tu dan aku pun perasan awal-awal. Ni kalau sedar lepas duit dah habis, jenuh nak korek tabung.

Kaedah pembayaran ada 2 kalau tak silap. Aku lupa nak screenshoot. Tapi aku pilih cara bayar guna kad debit. Ada 2 merchant iaitu Mastercard dan VISA. Kad Bank Islam aku guna merchant VISA.

1) Pilih jenis merchant kad debit/kredit yang ingin diguna untuk pembayaran.

2) Masukkan nombor kad, tarikh luput, dan kod sekuriti di belakang kad.

3) Masukkan nombor pengesahan untuk benarkan pembayaran dilakukan kepada UUM.

4) Pembayaran berjaya dilakukan!

5) Tunggakan yuran kini kembali kepada 0.00

Lepas yuran graduasi tu dibayar, kena tunggu beberapa ketika untuk pembayaran tu disahkan sebelum boleh masuk dalam Graduation Menu. Aku tak tahu jangka masa sebenar sebab lepas bayar aku terus refresh nak masuk tapi masih lock. So aku biarkan je dan 19 Julai haritu baru teringat nak check balik.

10 hari ye aku palau portal tu 😂

Dalam Graduation Menu tu nanti, ada 3 perkara yang boleh dibuka oleh pelajar:
  • Pre Application for Graduation
  • Certification of Complete Study (Surat Tamat Belajar)
  • Temporary Academic Transcript (Transkrip Sementara)


Yang Pre Application tu aku tekan keluar jadual Course Review yang dah lengkap dengan semua subjek yang kita dah ambik. Nak buat apa pun tak tahu dengan benda tu. Kena tunggu arahan seterusnya kot.

Tapi yang surat tamat belajar dan transkrip sementara tu la yang penting kan. Mungkin ada pelajar yang dah ready nak mohon kerja awal-awal dan perlukan dokumen berkaitan untuk sahkan mereka memang pelajar UUM dan ada kelayakan yang sesuai untuk mohon kerja tu.

Surat tamat belajar ni kalau nak print, tetiba tak keluar header dan footer logo UUM. Kena pepandai tukar settings.

Alhamdulillah pangkat ijazah berjaya kekalkan kelas pertama. Tapi tu la tengok tarikh konvo tu bila?

2023 ya.

Kalau gaya gini, mau tunggu lagi setengah tahun kot kalau UUM nak buat masa bulan Mac macam haritu. Takpun setahun lebih kalau UUM nak kembali kepada jadual konvo asal macam tahun-tahun sebelum COVID iaitu pada bulan Oktober. Pehh mau berjanggut beruban dulu ni kalau nak tunggu 😂

Transkrip akademik sementara

Buat penat je aku download pdf result setiap semester haritu dan merge jadi 1 dokumen haha. Transkrip akademik sementara ni dah dilengkapi dengan result semua semester dalam 2 muka surat je. Siap ada tanda tangan Pengarah HEA UUM dan cop Certified True Copy. Mudah kerja.


Ni contoh cop "Certified True Copy" daripada UUM tu. Jadi kalau ada yang nak cari kerja atau lanjutkan pengajian ke peringkat Masters, boleh guna transkrip sementara ni untuk buat permohonan sebab dikeluarkan oleh UUM sendiri kan. Kalau nak tunggu tarikh konvo untuk dapat transkrip dan sijil sebenar, lamberttt pulak. Kesian kita kan.

Dalam transkrip sementara ni (dan transkrip rasmi sekali rasanya), semua subjek yang pernah diambil sepanjang belajar di UUM tu akan ditulis tak kira kita belajar habis ataupun drop setengah jalan.

Macam subjek Marketing Management tu, ada status TD sebab aku tarik diri (drop) lepas masuk bulan kedua. Masa tu diuji dengan banyak drama dengan classmate nyeee kan. Tu yang aku lagi rela terbang RM50 untuk drop daripada mengadap muka dia haha. Takpe la ada tanda TD dalam transkrip daripada aku habis belajar subjek tu tapi gred jatuh. Tu lagi spoil transkrip kan.

Sekarang proses bayaran pre-graduation dah selesai. Harapnya cepat sikit la Senat sahkan tarikh konvo tu. Senang nak adjust jadual perjalanan nak pergi nanti. Aku pun nak apply pengecualian bayaran balik PTPTN lagi. Nak kena simpan duit konvo lagi sebab kena bayar RM150 untuk yuran kehadiran.

Peh nak masuk U pun makan duit, nak keluar U pun makan duit. Sabor je la ai 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS