Senarai barang keperluan di inasis dan kampus UUM | NaSa
Assalamualaikum

Esok iaitu 25 September 2022 keputusan UPU untuk pelajar lepasan STPM, Diploma, dan setaraf akan dikeluarkan. Maksudnya ada adik-adik yang akan berjaya sambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda bermula Oktober ni. Mesti dup dap dup dap kan tunggu keputusan tu.

Dah la lama bebenor keputusan nak keluar. 2 minggu sebelum pendaftaran. Buatpe lelama entah 👀

Kepada mereka yang berjaya dapatkan tempat di IPTA yang dipilih dalam UPU haritu, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, semoga dimudahkan urusan untuk buat proses rayuan. InsyaAllah semoga masing-masing dimurahkan rezeki dapat sambung belajar dalam bidang yang diidamkan.

Anyway, entri ni ditujukan kepada adik-adik yang berjaya dapat tawaran dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebab kelas semester depan akan dijalankan secara fizikal dan pelajar dah dibenarkan menetap di kampus semula, jadi suka la aku nak kongsi senarai barang keperluan yang boleh dibawa
 masa daftar di INASIS UUM (inapan siswa @ asrama pelajar) pasni.

Situasi yang dicatat tu memang dari pengalaman aku di UUM. Tapi orang yang masuk IPT lain pun boleh je buat senarai ni sebagai rujukan. Mana tahu situasi yang aku tulis dalam ruang catatan tu applicable jugak di IPT yang korang nak masuk tu kan. Boleh buat persediaan awal-awal.

(Klik gambar untuk besarkan)
Surat tawaran rasmi UUM biasanya ada yang tak sampai kepada pelajar jadi boleh je print surat tawaran dari website UUM masa check result UPU tu. Tetap diterima jugak, no worries.

Untuk slip bayaran yuran, bagi sesetengah pelajar mungkin ada yang rasa nilai yuran tu agak mahal sebab yuran pengajian + pendaftaran + orientasi di UUM lebih 2k untuk semester pertama. Tapi kalau belum mampu bayar terus, jangan terus reject pulak. Boleh datang daftar dulu.

Bagi yang perlukan bantuan kewangan, boleh discuss dengan UUM. Boleh rujuk kat MPP atau AJK orientasi inasis masing-masing nanti sebab sayang la dah dapat offer tapi tak boleh pergi kan.

Untuk pelajar UUM, senarai dokumen yang ditulis tu ikut senarai lama batch aku sebenarnya. Kalau senarai baru bermula 2019 ke 2020 entah, rasanya ada borang yang dah berubah. Pasal borang bius ke apa, aku pun tak ingat. Jadi tengok la buku panduan untuk batch anda sendiri lepas ni.

The lipas struggle is real. Aku tengah OTP depan pintu bilik, tetiba ada sekor lipas merayap atas kaki. Mujur i tak takut lipas so takde la menjerit ke apa 😂 oh ye kawan aku pesan bawak la ubat semut sekali sebab sini semut banyak.

Plastik lapik baju masa jemur tu mungkin dengar macam absurd kan. Tapi tu benda genius ye roommate aku ajar. Function untuk penduduk aras bawah. Takde la baju kita lambat kering sebab orang atas tak perah air baju dia pastu menitik atas baju kita pulak.

Botol air tu bawak banyak atau yang saiz besar lagi elok. Boleh isi air bebanyak just in case malas nak turun naik ulang-alik isi air di water filter banyak kali.

Tambah mikrofon satu kat bahagian tugasan video tu. Sis lupa tulis. Senang nanti rekod video, suara dengar lebih jelas.
Dan standby selotep hitam jugak sebab ada assignment UUM boleh bind dengan tape hitam je kalau nipis, tak perlu tebuk.

Kad matrik tu katanya sekarang dah pakai kad matrik digital, download dalam app je. Tak payah gantung di leher la.

Dress code UUM memang formal sikit sebab universiti PENGURUSAN so imej kena nampak profesional. Local students biasa ikut je arahan. Tapi international students la carefree sikit. Aku pernah nampak foreigner pakai jeans dan high heels macam stiletto pergi kelas. Orang lain semua pakai kasut je. Wild 😂

Pakaian kelas kokurikulum tu, sem satu awal-awal je pakai baju putih. Nanti hujung sem atau masuk sem 2, akan dapat baju khas untuk setiap kursus kokurikulum masing-masing yang lebih berwarna. Yang badan beruniform pun akan dapat uniform jugak. Tidak la suram kokurikulum hari Sabtu anda.

Ada orang tanya "Sneakers boleh pakai ke?" Kalau formal ikut rules UUM, nak kasut kulit. Tapi ikut keselesaan pelajar, pakai je sneakers 🤫 Sebab UUM ni luas dan kita banyak berjalan area bangunan akademik. Dah la tangga tinggi. Nak jalan ke bus stop, kejar bas lagi. Inasis kalau dapat tanah rata macam TM takpe. Dapat yang daki bukit macam MAS, tak sampai sebulan dah rekah kasut kulit lol

So pakai la kasut bertutup tapak lembut dan selesa jalan jauh. Tapi warna jangan striking sangat pulak. Ladies kalau nak kasut bertumit, elakkan tumit tinggi-tinggi. Terjelepok kau di bus stop, malu satu sem.
(Kasut kulit tu standby la sepasang untuk formal events kalau nak)

Swimming pool UUM saiz besor sukan Olimpik punya ye, dan hari Selasa biasa reserves untuk "Ladies Only" 😉 Jadi siapa nak kuak lentang kuak rama-rama boleh la bawa swimsuit elok sikit. Jangan bikini sudah.


Seriously kalau sakit demam etc, pergi la ambik ubat di PKU. Manfaatkan duit kesihatan yang bayar dalam yuran. Aku pun selang 2-3 minggu kena pergi sana sebab mudah demam akibat cuaca ekstrem sangat 😂 heck ubat jerawat pun boleh mintak kat PKU tau haha

HONORARY MENTION: PERALATAN SUKAN.

Aku tak tau nak letak benda tu bawah kategori apa lol. Yang pasti untuk peminat sukan, bawa la alat dan pakaian sukan sesuai yang korang nak. InsyaAllah ada tempat main di UUM ni. Padang bola je lebih 3. Luas gila pulak tu. Lagi padang golf, track lumba lari, tasik berkayak, litar go-kart, basikal, court tenis, stadium, swimming pool, banyak la. Nak main boling tanah (lawn bowl) pun ada court dia sendiri.

Aku tengok semua tempat bersukan tu pun penat. Sebab tu aku tak main. Nanti lagi penat 😂 

"Study hard, play hard" bak kata Pusat Sukan UUM

Of course bukan semua barang dalam senarai tu wajib bawa. Cuma dari segi pemerhatian aku sepanjang 3 semester di sana (sebelum kelas online), itulah barang-barang yang elok ada di inasis untuk keperluan kuliah. Nak adjust buang sesetengah benda atau tambah benda lain pun boleh. Ikut citarasa anda.

Barang-barang kelengkapan selain pakaian tu, kalau nak bawa siap-siap dari rumah pun boleh. Tapi untuk orang yang travel dari jauh dan nak jimat ruang dalam kereta, atau yang pergi Kedah naik bas macam aku so cuma boleh bawa luggage baju je, takpe boleh je beli barang keperluan tu di UUM.

Masa hari pendaftaran, biasanya AJK orientasi ada buka booth jual baldi, penyapu, bantal, etc. Kedai runcit pun ada di setiap inasis. Kalau nak lebih banyak pilihan, boleh ke Varsity Mall (V-Mall) di hujung Laluan B. Ada pasar raya V-Mart dalam tu dan satu kedai runcit lain dekat dengan food court.

Varsity Mall UUM

Dalam V-Mall ni generally ada pelbagai kedai makan, Bank Islam (the whole cawangan, bukan setakat ATM), pejabat Poslaju, food court, kedai baju, kedai spek, kedai buku dan alat tulis, kedai cenderamata, etc. Kafe Richiamo dan Pizza Hut pun ada. Tapi kami geng pelajar ni tetap nak McDonald's!! 😂

Pasar raya V-Mart. Saiz keluasan kat dalam macam 99 Speedmart gitu.

Di sini ada kelengkapan bilik, pinggan mangkuk, makanan minuman, barang elektrik, keperluan peribadi, fresh produce macam sayur dan buah, dan lain-lain. Tapi biasanya masa hari pendaftaran pelajar baru, akan SANGAT sesak dengan orang. So always keep your mask on la ye di musim COVID ni.

Random betui video pemandangan pendek-pendek aku di V-Mall tu sebab tu aku gabung semua 😂

Aircond V-Mall tu sumpah best gila angin dia. Aku kalau nak balik dari COB tapi malas naik bas, akan bersenam jalan kaki ikut laluan library, singgah V-Mall tumpang aircond, pastu baru jalan ke inasis haha

Untuk barangan elektronik berkaitan keperluan kelas macam printer, pendrive, etc, tingkat atas V-Mall dulu ada kedai barang komputer. Tapi tak tahu la sejak kampus UUM tutup dan pelajar masuk kelas online tu, kedai tu masih beroperasi atau dah pindah. Kalau ada lagi, boleh cari printer di situ.

Tapi biasa harga di V-Mall mahal sikit daripada kedai luar.

So aku akhirnya beli printer tu di Shopee haha

Tapi printer ni optional: nak bawak boleh, tak nak bawak pun takpe.

Di setiap inasis biasanya ada satu kedai print untuk fotostat, print, binding, etc. Area bangunan akademik dan dalam V-Mall pun ada kedai print. Cuma kena bayar mahal atau kena tunggu lama je la. Aku malas nak beratur sebab tu beli printer sendiri. Nak print assignment last minute pun tak kalut haha

Moga korang dijauhkan la daripada jadi orang yang compile assignment, tapi dapat ahli group yang bagi part dia tu malam sebelum kena hantar kat lecturer. Dah kita pulak tak tidur nak edit dan susun report tu. Kalau kelas tu pagi, kalut ye sambil print, sambil lari mandi di bilik air dan bersiap pakai baju tudung etc. Nak susun dan tape lagi. Pastu kena lari pulak ke bus stop pergi kelas. Rasa macam The Flash :')

Kalau print group assignment guna printer korang sendiri, JANGAN LUPA SURUH GROUPMATES BAYAR! Kalau korang print di kedai dan tolong bayar dulu untuk group, minta orang kedai buatkan resit dan hantar kat group. Bahagi harga ikut jumlah ahli dan suruh  memasing bayar jugak.

When i said semua pelajar tak kira jantina perlu bawa payung, maksud aku adalah WAJIB bawa payung tau. Cuaca UUM ni biasanya kalau tak terbakar, dia ribut sampai nak terbang. Buatnya hari hujan tapi driver berhenti sebab kena ikut queue bas, mampos kena turun jalan kaki dalam hujan pergi bus stop 😂

Bas berenjit-enjit semut

It's normal untuk bas UUM (mainly bas A & B) berhenti berderet depan College of Business (COB) ni dan pelajar kena turun pergi bas paling depan. Dia memang penuhkan satu bas dulu baru jalan. Jimat la minyak daripada 5 bas tak penuh gerak serentak kan. So korang jangan terkejut la kalau bas berhenti jauh dari bus stop tapi driver dah suruh turun tepi longkang ni, tak kira waktu tu panas atau hujan.

Sebab tu payung memang kena selalu bawa ke mana-mana. Heck aku jalan pergi-balik antara bus stop Inasis TM dan bilik sendiri pun buka payung. Panas bohh

Pemandangan manusia bentuk kura-kura sebab bawak payung adalah normal di sini hahahah

Payung pertama aku di UUM pun meninggal atas jasa ribut angin di sana je 😂

Also yes pelajar baru UUM tak perlu buat medical checkup di klinik kerajaan atau swasta. Tak payah usung gambar tulang rusuk masing-masing waktu datang ke UUM. Nanti dia bagi jadual bila pelajar setiap inasis perlu ke Pusat Kesihatan UUM (PKU) untuk buat X-ray, check mata, urine test semua tu.

PKUUM ni ada lengkap klinik gigi, makmal darah, klinik pesakit luar etc. Tapi klinik gigi especially rasa macam klinik kerajaan sebab lama tarikh appointment 💀

Kelebihan buat medical checkup di PKU ni, cepat daripada klinik kerajaan, murah berbanding klinik swasta (kos dah termasuk dalam yuran daftar), dan semua data dibuat dan disimpan terus oleh UUM. Kita lenggang kangkung je pergi-balik PKU tu tak kena bawa apa-apa. Cumanya sebab buat secara pukal ramai pelajar, jadi agak kalut sikit la.

Throwback dulu waktu part X-ray tu kan, nurse sumbat kami 4 orang pelajar dalam satu kubikel salin baju tau untuk cepatkan proses tukar baju. Sorang hadap satu penjuru bilik pastu pepandai la cabut tudung dan baju tu. Girls yang free hair dan non-muslim je la senang takyah fikir tudung belit-belit 😂

Nak ambik urine untuk test tu pun aku redah masuk tandas lelaki je alang-alang kosong. Sebabnya makmal tu ada 1 je tandas lelaki dan tandas perempuan. Tak kuasa sis nak beratur tunggu lama-lama.

Tengok signboard tandas tu. In case of medical checkup, women can use both tandas kalau takde orang ye haha

Sebab COVID ni, taktau la proses checkup masih sama lagi atau PKU dah tukar. But regardless sama ada proses tu masih sama atau tidak, kau pakai pakaian simple je la masa medical checkup tu. Perempuan please elakkan seluar yang perlu tali pinggang. Aksesori semua pun tak payah pakai. Renyah haha 

Pesanan keselamatan, SIMPAN SEMUA BARANG BERHARGA DALAM ALMARI DAN SENTIASA KUNCI PINTU ALMARI DAN BILIK!

Risiko kecurian tinggi waktu minggu orientasi dan awal semester ni. Orang ambik kesempatan sebab ramai keluar masuk masa tu. Pelajar baru pun mostly belum kenal lagi muka batchmate dan jiran tetangga kan. Kot terserempak pencuri pun kau tak tau. Batch kami dulu pun banyak kes kecurian.

Please always be alert with your surroundings ye 😢

Fungsi kunci pintu dan almari tu selain nak elakkan manusia masuk, monyet pun banyak kat sini. Petang-petang diorang bawak kumpulan jalan-jalan kat inasis cari makanan dalam tong sampah, lepak di ampaian, balkoni tandas, etc. Pernah ada kes monyet masuk bilik pelajar perempuan curi barang, termasuklah serbuk kolagen. Haa ingat kita manusia je ke nak lawa? Monyet pun nak jugak 😂

The monkeys.
Will attack if provoked. So jangan acah berani sangat pulak

Beware of cats also. UUM banyak kucing tak kira inasis, kafe, atau bangunan akademik. Kucing di inasis lagi bongok perangai dia sebab banyak "mainan" kan. Habis selipar kita jadi tempat asah kuku. Belum jenis yang pantang pintu bilik terbuka, masuk dan kencing merata nak tanda kawasan. Berak pun ada.

Selipar ni aku baru pakai satu sem tau. Bela kucing ke werewolf entah UUM ni 😂

Tips isi botol air yang bubuh pewarna sirap untuk elakkan kucing berak dekat tempat kita tu ada orang buat di inasis. Bersusun botol merah depan bilik masing-masing. Tapi macam tak jadi sangat pun huhu. Kalau korang tak minat kucing, jangan tinggal kasut kat luar dan sentiasa la tutup pintu bilik ye.

Jaga-jaga dengan sejuk jugak. Especially kalau kelas di DKG 7 di bangunan SOIS. Kalau kelas padat macam TITAS atau Hubungan Etnik, tak rasa sangat sebab orang ramai kan. Tapi kalau kelas setakat 20-30 orang, rasa la macam duduk dalam peti ais. Gigil sis nak tunggu habis kelas sejam tu.

Pakai spek mata dalam DKG 7 ni, tak sampai seminit lepas keluar dewan terus berkabus 😂

Sebab tu aku selalu bawa baju sejuk kalau ada kelas di sini. Pelajar lelaki pun ramai yang sanggup kedut-kedut baju kemeja masing-masing sebab sarung hoodie. Yang pakai hoodie terus pun ada. Kalau lecturer tak tegur, takpe. Dapat lecturer strict, kau tak pakai necktie pun kena bebel.

Bakal pelajar UUM, especially yang ambil course International Business Management dan International Affairs tu, pun elok beli la satu sweater atau hoodie yang jenis tebal sikit. Sebab 2 course ni bawah SOIS so tinggi kemungkinan kelas kita kat sini. Kalau dapat bilik kuliah (BK) tu takpe la jugak 😂

Cer teka dia tunjuk apa dari projektor tu? Sebab aku mostly nampak kelabu je

Pesanan untuk korang yang rabun tapi tak ada spek, elok buat spek jugak bila masuk UUM. Sebab sesetengah kelas tu projektor hauk sikit. Huruf berbayang double triple haha. Dapat pula kelas yang tak tutup lampu masa tayang slides (DKG 7 le tu), so you see NOTHING! Aku pun first time buat spek lepas masuk UUM la sebab tak nampak slides lecturer walaupun duduk kerusi paling depan.

Lagi satu, nanti jangan lupa manfaatkan emel UUM korang dan download Microsoft Office 365 percuma yang diberikan kepada pelajar UUM. Best tau boleh dapat full access kepada aplikasi Word, Excel, dan PowerPoint yang terkini sepanjang belajar. Better la daripada MS Office lama atau alternatif lain yang percuma tu. Sebab Microsoft 365 ni lengkap dengan pelbagai fungsi yang berguna untuk assignment 😎
(Tapi tak berapa percuma sangat la kot sebab mungkin kos dah termasuk dalam yuran yang kita bayar RM75 untuk kemudahan ICT hehe)

Nak pesan apa lagi entah. Tu je kot. Lagipun zaman dan peraturan dah berubah sejak pandemik dulu. Kalau aku cakap pun, belum tentu sama dengan keadaan sekarang kan. Misalnya penetapan inasis etc yang katanya makin drama tu 😅 So yang lain-lain tu pergi la experience sendiri di sana.

Once again, tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dapatkan tempat untuk sambung degree di IPT pilihan anda. Selamat belajar di tempat baru dan cemerlang sentiasa dalam pelajaran. Selamat datang juga kepada bakal pelajar UUM (walaupun aku dah takkan ada dengan korang di kampus UUM tu sobs)

Untuk cetak PDF senarai barang keperluan di atas, boleh download dari Google Drive ni.

Nak baca kisah penuh pengalaman hidup aku sebagai pelajar UUM, boleh singgah DI SINI. Atau klik label UUM bawah tajuk entri ni pun boleh. Nanti keluar la semua cerita berkaitan.

I basically have almost everything kot cerita pasal hidup di UUM. Kecuali pasal kelab, sukan, atau aktiviti yang pakai banyak tenaga sebab sis malehhh nak bergerak. Aku hidup dalam energy-conserving mode sentiasa. That's why aku kutip merit melalui program yang banyak duduk je haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 21 comments

Add your comment

  1. akak nak tanya seluar jeans boleh pakai ke kalau kat uum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je asalkan bukan pakai waktu kelas dan waktu urusan di mana-mana pejabat UUM

      Delete
  2. iron memang tak disediakan ke?

    ReplyDelete
  3. boleh ke pakai sneakers pergi kelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut rules, tak boleh.
      Tapi kalau ikut student, kami pakai je asal kasut bertutup lol

      Delete
  4. hi, nak tanya bas uum round dalam campus je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes bas UUM pusing dalam kampus je pergi-balik antara bangunan akademik dengan bus stop inasis.

      Kalau nak bas yang keluar ke bandar, boleh naik MyBas Maraliner. Yang tu turun di stesen bas Changlun. Nak naik kereta sapu/sewa/Grab pun boleh, ada student buat

      Delete
  5. Inasis ni akan bertukar ke setiap sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan saja yang tahu :')

      Kalau aktif kumpul merit setiap sem, kemungkinan besar kekal inasis sama. Kalau tidak, mungkin akan diapungkan (tukar) ke inasis lain. Tapi ada jugak yang tak aktif dan kekal inasis sama. Ikut kekosongan dan keputusan admin inasis la

      Delete
  6. boleh tak suggest barang yang better beli kat uum je sbb saya datang dari jauh ni huhu and kalau order shopee, parcel tu kena check tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain pakaian dan gajet, semua benda tu boleh beli kat UUM. Saya daftar dulu pun bawa luggage isi baju, produk personal care, dan set cadar yg ikut taste sendiri je. Benda lain (baldi, bantal, pinggan mangkuk, penyapu, water heater etc) tu semua beli kat mall UUM 😂

      Kalau beli barang online, tak check pun. Tapi kena pos kat alamat UPC UUM (center khas utk parcel) dan kena bayar ikut berat setiap parcel. Lagi berat, lagi mahal

      Delete
  7. hi sis, macam mana nak tau kita dapat kolej apa ya? i'm curious 😅 saya dapat 13A130 and try cari dekat google sampai sekarang tak jumpa2. hope sis notice and reply this :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa sorry sis.

      Alkisahnya 2020 haritu UUM dah gabung beberapa inasis bawah 1 pengurusan dan tukar jadi nama inasis baru. Nombor 1-15 tu merujuk kepada setiap inasis.

      Masalahnya website zaman dinosaur UUM tu tak update nombor semua inasis, ada sesetengah je. Jadi kami pelajar lama yg dah habis sebelum tukar nama tu pun tak tahu la nombor tu utk inasis mana.

      Cuba rujuk balik buku panduan pelajar UUM kot dia senaraikan nombor dan nama inasis ikut Laluan ABCD tak?

      Delete
  8. dalam buku panduan takde pon list ni semua. kalau hari pendaftaran diorang suruh bawa surat tawaran dengan slip pendaftaran je. saya dapat rasa ramai yang tak tau list ni, ajk msk takde bagi tau apa2 pon barang (borang/sijil) yg kene bawak. mcm mne eh? memang perlu ke semua ni?

    ReplyDelete
  9. sebab mcm salinan kad pengenalan, slip gaji, slip spm tu semua dah upload dalam sistem time pendaftaran online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for info. Ni list lama masa 2018 sebelum COVID. Start semester Okt 2020 dulu memang upload online macam tu sbb orientasi & kelas online kan. Taktau pulak masih kekal online for next sem.

      Kalau dah diganti dgn slip pendaftaran online, kira salinan fizikal ni optional je la. Tapi kalau nak bawak salinan sijil tu semua pun takpe. Mana tau nak guna untuk apply biasiswa lepas masuk belajar nanti.

      Delete
  10. hi sis, nak tanya kasut pergi class tu mmg kena fully tutup eh ? kalau terbuka belakang tu boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena fully bertutup. Daripada kasut kulit kepada boleh kasut sneakers @ pump shoes tu kira kelonggaran paling besar dah. Kalau ada yang kasut terbuka kang, risiko kena tegur dengan pensyarah je. Takut percuma kena tatatertib pulak 😌

      Delete
  11. Hi sis, nak tanya kalau nak stay bilik sorang boleh ke? Kalau boleh macam mana cara nak apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak salah, ada bilik individu tp yuran bayar bulanan kot, bukan per sem macam bilik biasa. Boleh contact Student Accommodation Center (SAC) UUM utk tanya info lanjut & cara mohon

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS