"Di satu sudut rumah agam, seorang wanita berbaju tidur sutera bersandar pada sofa empuk. Matanya menatap naskhah majalah kecantikan sambil mulut menghirup teh panas dari cawan kristal. Di sebelahnya, ada candle burner seramik berisi ketulan lilin wangi. Api kecil tealight candle meliuk lembut di bawahnya, memanaskan lantas menyebarkan aroma wangi ke segenap ruang, menambahkan lagi aura gah rumah itu." ✨✨
Aku rasa ia termasuk kategori 'luxury', both lilin wangi yang ada sumbu dan tanpa sumbu. Macam orang kaya have-have duduk rumah batu ada aircond je sesuai beli. Kita yang duduk rumah kampung tidur pakai kipas ni macam tak kena pula. Risau bau wangi tu tak lekat so rugi je beli mahal-mahal.
But of course mindset tu tak betul. Rumah takde aircond pun boleh je guna lilin wangi asalkan berkualiti. Dan sekarang ada banyak brand yang best. Bau wangi tahan lama sampai esok, harga pun tak la mahal macam yang aku sangka. Sebab tu lepas lama terpendam, impian aku untuk ada lilin wangi akhirnya tercapai.
In fact, dah macam terobses pula ðŸ¤
![]() |
| Antara koleksi yang ada, dan ni cuma satu jenis daripada SATU BRAND ya hehe |
Asalnya tak rancang pun nak beli lilin wangi walaupun dah lama teringin. Semua bermula awal tahun 2025, tak lama lepas kehilangan arwah mak. I was not in a good head space sebab masih berduka kan. Rasa serabut je.
Waktu tu pun masih musim tengkujuh. Jiran sebelah ni pula bela banyak burung puyuh. Reban tu belakang rumah dia tapi tak jauh pun dari bilik aku sebab rumah teres kan pagar dekat-dekat. Apabila hujan lebat dan najis burung tu kembang dalam air, tahu tak bau busuk tu kuat cemana? Sakit kepala dan hidung aku ye 🥴
Auto bertambah double triple serabut. Masa tu la hati aku teringin nak ada sesuatu yang boleh bantu rasa tenang, hilangkan stres, dan kurangkan sekali bau tak best tu. Kita pun survey la set lilin wangi yang mampu milik. Mujur TikTok dan Shopee ada banyak yang murah tapi selamat dan bau sedap-sedap.
Koleksi lilin wangi tanpa sumbu yang aku miliki...
Ni daripada Zheo Lab. Masa tu ada promo 15 trial pod harga RM25 (storage box tu add-on asing). Sebekas harga RM2+ so beli set gini lagi jimat. Mystique tu sedap aku repeat banyak pod. Yuzu pun best.
Pros, mudah nak test bau yang best untuk repeat full bar. Ada pilihan set dengan candle burner juga.
Cons, bau random tak boleh pilih, diberi ikut stok yang ada. Ikut nasib la bau tu kena citarasa ke tidak.
Ni daripada GE Candle Works. Ada 3 sampler box (A/B/C), setiap box ada 3 jenis bau berbeza. Aku ambik Sampler Box B dan memang berbaloi sebab semuaaa wangi. Paling best yang biru+pink tu, nama Rainforest Citrus Apple. Bau wangi tahan lama dan rasa fresh satu bilik sampai ke lubang hidung. Terus aku repeat beli satu bar 😆
Seperti logo tertera, ni beli di Eco Shop. Punya la versatile barang di Eco Shop kan sampai lilin wangi pun ada. Tapi kualiti bau sesuai harga la, tak sesedap yang specialty store. It smelled too artificial and a bit plasticky. Wangi pun samar je. Aku beli sekali je sebab curious pastu memang tak repeat haha
Ni daripada Smellyst. Bekasnya unik dipanggil macaron. Lilin pun comel ada glitter. Sekilas pandang macam mahal sebab sebekas tu RM8-9. Tapi sebelah boleh guna 2 kali, so in total sebekas tu 4 kali. Kalau bahagi harga dengan jumlah penggunaan, kira standard macam brand lain la.
Aku paling suka Sparkling Berries dan Lavendar Silk. Sempat la aku repeat dan beli hampir semua bau sebelum kebanyakannya discontinued. Sekarang mereka fokus kepada bau yang bestseller dan set Aurora Series je.
Inilah Aurora Series tu. THE BEST GIFT SET kalau bagi kat kawan yang suka wangian sebab semuanya lengkap, siap dapat mancis. Dalam siri ni semua baunya diinspirasikan daripada hotel mewah. Warna pun cantik. Cuma lepas bakar biasanya jadi greyish sebab panas kena haba haha
Oh ya aku ada 2 candle burner Smellyst ye (purple dan pink) sebab corak comel dan dedua warna fave aku 😆
Ni daripada Lily Petals. Kedainya kecil je kat TikTok sebab homemade tapi sekarang dah tak aktif jual lilin. Sayang sebab sedap juga bau dia. Walaupun lebih soft dan tak tinggal belakang macam brand yang lebih mahal, tapi memang menenangkan. Harga pun murah sebab satu bar ni RM6+, ada 6 kiub.
![]() |
| Kotak ada bar 8pcs, bekas mini pod dalam Sampler Box |
Ni daripada Candlenuts by Nadia, currently the brand of my obsession sebab foundernya kerap buat live di TikTok, selalu bagi voucher, pilihan bau pun banyak. Dan brand ni unik sikit sebab mereka fokus keluarkan dalam 6 bau utama je, dan akan rotate buat bau lain pula setiap 1-2 bulan.
Memula aku tak biasa dengan konsep rotation tu. Baran pun ada sebab waktu aku nak repeat bau yang sedap tu la dia pergi tukar bau lain pula. Tapi lama-lama best sebab bak kata founder, kita tak cepat jadi jemu.
Paling best tunggu waktu hujung nak tukar batch bau tu, founder akan buat clearance sale bagi harga durian runtuh. 1 full bar kadang boleh dapat bawah RM10, dan mini pods boleh jatuh bawah RM1. Tu yang aku borong sakan sampai berlambak lilin kat atas haha
Selain yang disebut di atas ni, of course ada banyak lagi brand lilin lain yang aku nak try cuma belum ada kesempatan. Lagipun stok lilin yang ada ni pun dah banyak. Lubang hidung dah la ada dua je. Beli banyak-banyak siapa nak bau? 😂
Tapi InsyaAllah ada rezeki lebih nanti kita cuba ya. Aku tengah tunggu sale hujung tahun ni hehe
By the way, berkenaan jiran tu, aku tak sedar bila tapi lepas beberapa waktu, dia tak bela burung puyuh dah. Cuma ada ganti kejap bela ayam dan biri-biri, which I think untuk aqiqah baby baru dia. Tu pun boleh tahan jugak bau hamis dan bising tu. Kejap mengembek, kejap berkokok.
Mujur kita sabor je sebab berita terkini ni, dia dah tak bela haiwan apa-apa yang besar dan bising. Reban ayam dan biri-biri tu pun dah takde. Rasanya diganti dengan bela arnab pula sebab haritu ada arnab masuk depan rumah aku haha. Syukur Alhamdulillah takde dah pencemaran bau dan bunyi 😆
Bye dan Assalamualaikum.













Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤