Gigi yang biadap! | NaSa

Gigi yang biadap!

in , , by NaSa, September 21, 2021
Assalamualaikum

Ni macam sedikit follow-up kepada entri aku pasal aku selalu dapat ulcer akibat stres tu. 

Ringkasan cerita, kan sebelum ni aku selalu dapat ulser dalam 2-3 kali hampir setiap bulan sejak belajar online 
walaupun sentiasa cukup minum air. Mula-mula ingatkan sebab tak cukup zat makanan sebab duduk kat rumah takde selera makan. Rupa-rupanya bila consult dengan doktor gigi, katanya aku dapat stress ulcer akibat badan selalu berada dalam keadaan stres. 

Almaklum paklum la dah tiga sem belajar menghadap laptop semata-mata, takde interaksi bersemuka dengan manusia, tak boleh keluar berjalan legakan minda.

Impaknya, naik ulser di gusi kiri kanan atas bawah, lidah dan lelangit tu adalah perkara biasa untuk aku. Seminggu dua bisu tak bercakap dengan sesiapa dan mencarut sebab sakit nak mampus masa makan pun biasa dah. Rasa nak tukar mulut je hahaha

Tapi kan, aku perasan sejak ulser sebelum cabut gigi haritu sembuh, aku dah tak dapat ulser dah. Agaknya mungkin sebab lepas tu aku elok je berjimba di rumah sebab cuti semester. Dah tak kena menghadap kelas, test, dan assignment lagi dah. 

Kemudian lepas tu aku pun sambung internship dari rumah je. Tak perlu menghadap jem dan berulang-alik dari rumah ke pejabat di tengah musim covid ni. Jadinya stres akibat bebanan kerja akademik dan kerisauan takut berjangkit covid tu berkurang dengan banyak la. Badan aku rilek-rilek je hidup so takde stres, takde la ulser kan.

Masalahnya, ada lagi satu punca ulser yang tak boleh nak dikurangkan walaupun aku ni stres ataupun tidak. Apakah puncanya?

GIGI!!!
Haritu kan, ehhh dengan tak semena-mena la gigi kacip aku ni nak tergelincir kemudian tergigit gusi bawah. Bukan sekali, bukan juga dua kali, TAPI TIGA KALI!!! Hari-hari yang berlainan pula tu.

Tak faham betul aku. Tengah kunyah makanan dengan perlahan dan menikmati rasa makanan pun dia boleh je rasa nak terpeleot sikit dan ngap!! Terkapit gusi bawah aku. Elok 2 hari lepas tu, eh dia tak puas hati dan nak tergelincir lagi lalu ngap lagi sekali. 

Ulang 2-3 kali macam tu, mendapat la gusi tu terluka dan ada lubang kecil saiz macam lubang jarum macam tu. Bukan main aku minum air batu sejuk-sejuk, berkumur dengan Colgate Plax tu tapi dia degil tak nak sembuh awal-awal juga.

Jadinya sekarang ni saiz lubang jarum tu dah nak beransur makin besar jadi saiz kepala jarum peniti pula. Ehhhh dengan tak semena-mena betul la. Aku dah la hampir setiap hari ada meeting online ni. Nak bercakap dengan bos angguk-angguk geleng-geleng je ke dalam Google Meet tu.

Biadab betul gigi ni!! 😤

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. baru tau stress pun boleh sebabkan ulser... salam kenal dr kakmim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kakmim. Kann memula ingatkan ulser jadi sbb pemakanan je. Doktor cakap macam tu baru tahu sbb memang stress sangat masa tu duk belajar online. Ni dah cuti baru tenang sikit

      Delete
  2. saya pun tak suka betul ulser, jenuh memang boleh menaikkan kemarahan. Alhamdulillah, sekarang kalau datang ulser, cepat sikit dia baik..hehe

    yang part gigi tu memang paham, kadang-kadang kita kunyah je elok-elok..tetiba, ehhh tergigit la pulakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dapat ulser kesabaran kena naikkan jadi 200%. masalahnya kadang-kadang gigi dengki taknak kita hidup dalam ketenangan hahahah

      Delete
  3. lepuk sikit gigi tu..biasa dia tu

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS