Terpilih sebagai beta-tester untuk Yello Skincare πŸ’› | NaSa
Assalamualaikum

Can you guess the name?
Selepas kejayaan dua produk terdahulu iaitu Oatmeal Turmeric Mask and Scrub serta Snowmeric Hydra-boost Brightening Serum, Yello Skincare kini bakal melangkah setapak lebih jauh lagi dalam dunia kecantikan. Kali ni mereka bakal memperkenalkan produk pencuci muka pula. Katanya tak lama lagi akan keluar dan mungkin dalam bulan September ni akan dilancarkan uwuu~

Produk pencuci muka ni dah diumumkan sejak Februari melalui Twitter rasmi mereka tapi aku rasa baca sekali lalu je kot tweet tu masa tu. Kemudian ada awal bulan ni ke bulan lepas entah, Yello Skincare ada tweet buat tawaran kalau ada pengguna yang berminat nak jadi beta-tester untuk pencuci muka baru ni. Aku masa baca tweet tu memang nak reply. Tapi aku takut nampak gelojoh sangat pula kan. Akibat tak nak nampak excited sangat, aku lek-lek dulu kejap. Last sekali aku lupa terus nak reply πŸ’€

Dan memang tak teringat pun pasal Yello Skincare nak keluarkan produk baru ni sebab lepas tu busy dengan banyak benda. Sehinggalah minggu lepas, aku dapat DM di Twitter daripada wakil Yello Skincare yang tanya kalau aku berminat nak jadi beta-tester untuk produk tu. Ehhh memang nak sangat la jawapannya. Dapat cuba produk baru for free kot. Lagipun aku kan busybody semua benda aku nak taip dalam blog ni. Takkan tak nak kot hahahah
Ni perbualan melalui WhatsApp.
Sebagai beta-tester, aku akan terima sampel pencuci muka Yello Skincare yang nak dicuba tu secara percuma. Tapi aku cuma perlu tanggung kos penghantaran tu sendiri dan kena bayar RM8 untuk penghantaran melalui Ninja Van. Not that I mind pun. Rasa nak tahu pasal produk tu lebih kuat so aku bayar je. Mana tahu pencuci muka ni sesuai dengan aku, boleh la beli full product pula lepas ni kan.

13 September aku hantar alamat dan senarai masalah kulit muka yang aku alami, 15 September Yello Skincare bagi nombor tracking, dan semalam (17 September 2021) brader Ninja Van dah hantar ke rumah. Laju juga ya. Padahal hari Jumaat Kelantan cuti kot. Jadi tengah-tengah aku mental breakdown sebab mama kena masuk hospital tu, ada juga la benda yang boleh distract aku kejap sebab gigih nak ambik gambar produk untuk buat review nanti.
Yuhuuu~~
Syarat untuk jadi beta-tester Yello Skincare ni, lepas dapat sampel pencuci muka tu. aku kena cuba sendiri selama beberapa hari dan kongsikan pengalaman aku melalui mana-mana media sosial. TAPI...belum boleh dedahkan nama penuh pencuci muka tu lagi sebab nak buat surprise kat pengguna bila dilancarkan nanti. Sebab tu aku tutup namanya di atas hehe 🀭

Antara media sosial yang disebut untuk perkongsian pengalaman tu adalah Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok, dan Youtube. Takde sebut blog pun tapi aku saja la nak tulis kat sini juga sebagai konten ahahah. Lagipun aku tak guna FB dan IG sangat. Tiktok dan Youtube pun jarang.  Cuma Twitter je la aku ada buat draf bebenang (thread) perkongsian. Cadangnya nanti lepas dah guna 5-7 hari guna sampel pencuci muka Yello Skincare ni, baru akan tweet sekaligus.

Ulasan penuh pun aku akan update di blog. Cuma lambat sikit la sebab yang di Twitter tu aku taip bahasa Inggeris. Personaliti aku memang di Twitter acah mat saleh, di blog guna bahasa Melayu hahaha. Nanti la aku translate balik untuk letak di blog. Setakat ni, cuma nak cakap yang sepanjang sehari setengah guna pencuci muka baru Yello Skincare tu, Alhamdulillah takde apa-apa masalah pun. Bahannya sesuai dengan kulit muka aku. Claim mereka pasal fungsi pencuci muka baru ni pun boleh dilihat terbukti menjadi hehe

Kalau berminat nak tahu pendapat beta-tester yang lain tentang bakal baby baru Yello Skincare ni, boleh la buka Twitter dan cari hashtag #YelloBubblesOfJoy. Dah ada beberapa pengguna terdahulu yang kongsikan kisah mereka sepanjang guna sampel pencuci muka ni juga. Rata-rata berpuas hati dengan kesan di kulit masing-masing. Siapa tahu kalau rasa nak usha pencuci muka baru nanti kan, boleh la usha pencuci muka baru Yello Skincare lepas ni.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Wahh lepas ni makin berseri la muka nasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn semoga boleh jadi makin flawless hahaha

      Delete
  2. Best jugak eh dorang DM Dan terpilih pulak tu. Seronok jugak dapat free produk walaupun hanya perlu byr postage je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya postage tak dapat lari la kan. tp nilai sampel tu sendiri pun lebih mahal jadi apa salahnya kita mencuba hehe

      Delete
  3. pernah juga usha-usha prdoduk skincare dari yello ni , insyaAllah nnati nak try juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sila sila. Cleanser ni pun ada 2 jenis nak keluar nanti. mana tahu ada yg berkenan di hati :D

      Delete
  4. Best nya jadi antara yang terawal guna product ni. Tak sabar nak baca review nantiπŸ˜‰

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS