Masak Tak Jadi: Roti Sosej Berpintal-pintal | NaSa
Assalamualaikum

Selamat memasuki bulan September 2021, kawan-kawan~

Rasa macam tak percaya pula yang bulan Ogos dah habis. Rasa macam baru haritu aku duk berlengah-lengah nak taip entri pasal ulser aku sebab asalnya niat nak tulis dan publish masa 1 Ogos. "Bulan baru, pos baru" la kononnya. Last sekali terbit lambat juga sebab malas nak menaipnya lol

Tapi tu la kan tahu-tahu semalam dah sambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Bapak tak meriah sebab takde bunga api, takde perarakan, takde kostum cantik-cantik orang pakai untuk setiap negeri, takde pertunjukan di stadium. Penangan natang COVID la katakan. Bertabah je la kita semua.
Kita pun merdeka dalam bilik je la
Sempena masuk bulan baru ni, aku nak throwback pasal satu benda la. Baca tajuk pun dah tahu kan pasal apa. Boleh agak sendiri la apa benda aku nak membebel ni.

Permulaan kisah ni kita undur sikit ke belakang waktu mak aku tetiba la rasa nak ada oven di dapur dia. Macam tiberrrr sangat kami anak-anak ni rasa. Bukan dia tahu guna bahkan ada rasa nak belajar guna pun. Tak disangka betul dia suruh aku usha oven di Shopee siap kata "beli dulu nanti mama bayar balik duit." Ingat aku ada duit hahaha. Jadi aku forward pesanan beliau kepada kaklong maka kaklong la yang beli. Jimat duit aku, jimat lagi duit mak aku sebab free terus je kalau kaklong aku belikan apa-apa lol

Oven ni sampai sebelum raya. Mak aku macam nak suruh aku belajar buat kek dan kuih raya la konon. Tapi kirim salam je dulu sebab masa tu banyak kedai dah habis barang kuih dan aku pun sibuk sebab cuti raya tu termasuk cuti midsem maka assignment kemain banyak. Report Maritime Management hantar sehari sebelum raya, kauu~ Kekdahnya mana aku ada masa nak mengadun tepung di dapur kan. Lepas raya baru aku ada rasa nak berkenalan dengan oven tu.  Sementelah aku ada benda yang nak try buat guna oven ni.

Benda tu roti sosej pintal ni la. Sebab aku memang suka makan roti terutama kalau jenis savoury. Kalau ada roti sosej dan nasi, aku pilih makan roti. Macam tu ye keutamaan aku haha. Roti sosej pintal ni biasa kedai runcit dekat rumah aku ada jual. Tapi sedangkan hari biasa pun cepat habis sebab berebut dengan budak sekolah, masa PKP ni lagi susah nak dapat sebab tak tahu kilang roti yang supply tu beroperasi ke tidak. Alang-alang dah ada oven kan, tu yang aku nak try buat tu. Nanti jimat tak payah beli di kedai.

Aku guna resepi di bawah.

Resepi                 : Roti Sosej Pintal
Sumber               : Resepi Bonda
Bahan-bahan    :
πŸ”Έ 1 paket yis
πŸ”Έ 2 sudu besar gula
πŸ”Έ 1 sudu besar mentega
πŸ”Έ 1 sudu besar susu sejat
πŸ”Έ Garam secukup rasa
πŸ”Έ 3/4 cawan air suam
πŸ”Έ 2 ½ cawan tepung gandum

Langkah Pembuatan:
πŸ”Έ Masukkan yis, garam dan gula bersama air suam. Biarkan selama 10 minit.
πŸ”Έ Campurkan adunan tadi dengan tepung dan mentega. Uli sampai menjadi doh. Jika masih melekat, tambahkan tepung. Biarkan doh selama 45 minit.

Langkah Pemintalan:
πŸ”Έ Ambil adunan doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej. Potong balutan sosej secara sekata tetapi jangan sampai putus.
πŸ”Έ Kemudian, pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili, mayonis dan taburan keju mozzarella. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.

Nampak macam mudah kan. Gaul tepung, uli-uli, balut-balut, gunting-gunting, bakar. Maka siap la rotinya. Kan. Mudah kan kalau baca step dia yang sikit tu kan.

Tapi hakikatnya......tengok sendiri la kronologi bergambar aku di bawah ni hahahaha
Bahan-bahan yang diperlukan.
Kebetulan kaklong beli sosej lembu Ramly haritu. Guna yang ni rasa macam oh high class sikit roti aku sebab Ramly kan mahal gitu. Tapi hampeh hasilnya lol. Bukan salah sosej la tapi. Dan bukan juga salah aku hahahah (taknak mengaku)
Doh selepas siap diuli.
Mangkuk dilitupi cling wrap.
Untung la aku beli siap-siap alas silikon tu sebab nak uli donat haritu mudah. Berguna la nak uli roti-roti sekali ni kan. Untuk doh ni rasanya dalam ~20 minit kot aku uli. Nak sado lengan sis.
Lepas 45-60 minit camtu la kot doh ni direhatkan. Lupa dah.
Masuk stage ni aku tetiba rasa kesian pula kat doh ni. Sebab macam hodoh bebenor je dia kedut-kedut gitu. Tengok contoh orang lain buat, cantik dan smooth je doh mereka. Padahal bahan aku pun dah ikut sukatan sama tau. Cumanya ni mungkin sebab diri sendiri yang kurang uli la kot. Orang kata kalau nak doh lembut elastik gitu kena uli lagi lama kan. Tapi awak ingat saya ni ada masa ke untuk itu hahahahah
Apakah keleperan ini....
Dah rupa ratu anai-anai Astaghfirulahhhh~
Tapi bahana malas kan, mendapat la ceritanya hehe. Aku tengok contoh youtube cara dia leperkan doh, letak sosej dalam doh tu, kemudian balut dan potong dengan pisau/gunting tu macam mudah tau. Tapi tu pun terjadi sebab doh dia licin la. Doh aku ni dah la kembang terlebih angin. Bilah gunting pula tak tajam so tak boleh potong doh dan sosej tu dengan lancar. Dan masa ni orang lain dah start masuk dapur nak minum petang kononnya pastu mula duk tanya aku nak buat apa, duk perhati aku dekat-dekat.

Aku tak boleh la orang duk bising di sekeliling masa aku buat kerja ni. Rasa serabut lol. Lagi serabut bila aku try tukar daripada gunting dan potong guna pisau, doh tu penyek dek tekanan mata pisau. Masa aku pegang nak stabilkan sosej tu untuk mudahkan proses potong tu pula, tempat aku pegang tu pun ikut jadi penyek. Pastu ada juga part yang putus terus. Nak marah je rasa.
Hasil potongan yang serupa nak berperang prosesnya.
Salah satu dilema masa ni adalah sos cili dan mayonis dah habis tau. Aku tak perasan pula masa tu. Biasanya ada je stok sos cili beli di Ecoshop tapi sejak COVID ni memang dah lama tak stok sebab malas nak bersesak di Ecoshop. Kalau pergi pun stok sos selalu habis juga. Mayonis Kewpie yang aku beli haritu pula dah habis masa buat takoyaki haha. Ni pun kaklong bagi dalam bekas yang ada di rumah dia dan aku bubuh dalam plastik lauk gunting bucu sebab takde botol sos atau piping bag yang sebenar lol

Takpe la janji ada nampak rupa sos dan mayonis bertali atas roti sosej tu kan...

Selain roti pintal yang memanjang tu, sis ada buat roti sosej bentuk bunga-bunga juga 🌸🌼🌺
Comel kan dia bentuk bulat.
Dengan sos dan mayonis sekali berpusing-pusing hahaha
Daripada marah fed up dengan gunting dan pisau tadi kan, lepas buat roti bentuk bunga ni baru rasa tenang sikit sebab mudah je nak buat. Lepas potong doh dan roti tu, cuma sambungkan kedua-dua hujung jadi bulat je. Kemudian gunting salah satu hujung untuk letakkan di tengah bulatan. Yang kita potong tadi tu tolak sikit-sikit ke tepi biar nampak macam kelopak bunga terbuka. 

Kalau roti yang bentuk panjang tu, lagi leceh nak tolak ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. Pastu kan ada part yang hampir putus terus tu. Struggle betul aku nak pintal lol
Cubaan bakar yang pertama...
Haaaa lepas dah masukkan roti tu dalam oven ni, aku jadi hangin balik. Memang part ni la yang paling aku hangin. Dengan semua orang dan benda aku hangin.

Pertama, suis utama asyik tertendang. Sebab ketuhar kan pakai letrik banyak pastu suis dia ni kongsi dengan suis freezer (yang juga guna letrik banyak), extension tu tak kuat nak tanggung aliran kuasa. Abah aku la kedekut nak upah orang mari buat wiring tambahan untuk plug asing-asing bagi perkakas dapur lol. Dekat 4-5 kali aku ulang-alik pergi tolak suis utama di ruang tamu. Penat bodo. Dah la panas ketuhar lagi, orang duk ulang-alik di dapur tu halang kipas lagi.

Lepas tu, seramai-ramai orang di dapur tu, sorang pun tak perasan yang pada satu tahap, cuma suis oven ni je tertendang. Plug tu je lampu tak menyala padahal suis letrik lain berfungsi. Aku tengok lampu oven yang merah tu terpadam so aku tanya la oven dah berbunyi ke? Vague je jawapan yang aku dapat, "dah kot." Padahal aku dengar bunyi timer oven tu berdetik lagi. Macam kau putar timer mesin basuh semi-auto pastu kau tutup suis dia. Ada kan bunyi "tik tik tik" tu. Masa tu baru perasan suis dah tak hidup.

SIS BENGANG πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘
Nampak macam naik elok tapi jangan tertipu...
Hasil suis tertendang banyak kali tu, suhu oven jatuh aku rasa. Sebab roti tu nampak je naik elok tapi dalamnya mentah sebab tak masak dengan suhu yang betul. Walaupun dah bakar ikut masa yang arahan tu tulis, roti tak masak. Takde warna coklat keperangan macam kedai punya. Ada warna putih pucat je. Berapa kali aku lebihkan tempoh bakar tu. Lepas 10 minit, tambah lagi 10 minit. Elok-elok kata masak dalam 20 minit, dekat sejam masa aku ambik untuk setiap 3 ketul roti je πŸ˜‚
Batch pertama ni lepas hampir 50 minit pun tak masak elok juga so akhirnya sis kata "gasak engkau la" πŸ™‚
Ni batch kedua lebih decent sikit kejadiannya.
Beza antara batch pertama dan kedua ni, yang batch pertama tu aku terus letak roti atas tray tu. Lepas bakar dalam lebihan tempoh masa yang melampau tu kan, roti tu melekat di tray la siak. Nak angkat pun tak boleh hahahahaha sumpah tak terlintas pun nak lapik baking paper masa tu sebab tengok youtube diorang letak atas tray camtu je dan okey je masuk oven. Rupanya tray ni bukan non-stick lmaooo

Batch kedua baru aku letak lapik silikon yang non-stick tu, yang mana aku randomly beli masa borong barang baking di Shopee haritu sebab nak cukupkan free shipping. Berguna juga la. Roti masih melekat juga sebab bakar terlebih masa kan tapi boleh diterima la berbanding yang lekat di tray tu. Aku rendam tray tu dengan air 2 hari tau baru kerak roti yang melekat tu lembut dan boleh dibasuh πŸ˜‚

Gara-gara bakar terlebih masa juga, sosej Ramly tu kecut dooooo~ Biasa kalau beli roti sosej di bakery kan sosej dia elok je bulat dan rasa pun moist. Tapi sosej ni dah la kecut, rasa kering pula tu. Nak buat macam mana kalau dah roti tu cuma warna je nampak masak tapi dalam tak masak kan. Makin lama bakar, makin kecut la dia haha. Dan aku perasan sosej daging Ramly ni macam ada suatu bau tau. Aku tak tau nak describe macam mana bau tu tapi aku tak suka la rasa dia. Lagi prefer guna sosej ayam je pasni.
Bukan roti bunga matahari tapi roti terbakar dek matahari hahahah
Roti sosej bunga yang aku ambik ni paling decent aku rasa. Tapi dari segi luaran je la sebab dalam tu keras gila. Dia macam 25% lapisan atas tu keras, 50% yang tengah tu keras sikit tapi masih boleh diterima sebab ada rongga-rongga roti, dan 25% lagi tengok sendiri la kerak bahagian bawah roti tu macam mana lololol. Kalau tengok dari jauh mungkin la nampak macam warna roti yang normal. Tapi bila dimakan, aku rasa macam tengah makan biskut. Krup krap krup krap berbunyi. CRUNCHY betul keras dia πŸ˜‚πŸ˜‚

Memandangkan ni kali pertama aku cuba buat roti kan, aku buat doh ikut sukatan cukup-cukup untuk 6 ketul roti ni je la. Pastu mak aku bising "kenapa tak buat at least bagi setiap orang dalam rumah ni dapat seketul roti. Ni nak berkongsi pun tak cukup."

Aku dah la down roti tak jadi hahahahah dengar camtu terus macam...laaaaa nama pun tak pernah guna oven. Cubaan pertama ni elok la buat sikit test tengok apa hasil dia, macam mana proses berjalan, apa benda yang nak improve untuk hasil lebih elok. Dah la suis tertendang sana-sini mana roti nak jadi nyeee. Tunggu dah mahir esok-esok boleh la nak buat 10 biji seorang makan pun. Ni noob nak suruh buat banyak-banyak karang kalau tak jadi dia juga yang membebel membazir. Mak aku pun iyekan aje.

Dan keesokannya mak aku kata abah tak minat sangat roti tu sebab keras dan sosej tu rasa tak sedap.

Emmmmm tahu pun. Memang mujur la aku tak buat banyak-banyak. Kalau bukan oven tu terbakar sebab aku duk extend masa untuk masakkan roti tu, entah-entah aku dulu yang bakar oven tu hahahahahah

Kini aku dah pun invest beli pelembut roti untuk improve roti tu biar selembut kapas lol. Tapi belum buat la roti versi baru tu. Nanti kalau jadi (atau tidak), aku update entri lain. Tu je setakat ni. Anyeong~

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. gagal arini bkn bermakna gagal selamanya. hihik..

    teruskan berusaha utk buat roti lbh padu! cayok cayok! hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kata semangatnya. kita klu tak jadi memang ok je nak cuba lagi. tp klu banyak mulut berbunyi tu, auto malas dan rasa cam "buat sendiri la korang" πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  2. fuhhh kalau dpt ni, sodap ehhhh... bab nak menguli ni lemahhh je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn uli tuu. pasni nak kumpul duit beli mixer yg serbaguna & heavy duty punya. lagi sonang 🀣🀣🀣

      Delete
  3. Replies
    1. rupa paras memang ok. rasa tu yg nak patah gigi πŸ˜‚

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS