Berkebun dalam Shopee | NaSa

Berkebun dalam Shopee

in , , by NaSa, September 20, 2021
Assalamualaikum
Jom jadi pekebun tanpa baja.
Dalam dunia sekarang yang dibanjiri dengan kewujudan pasar atas talian ni kan, rasanya ramai orang yang pernah ada pengalaman beli barang melalui aplikasi Shopee kan? Aku pun rajin. Hampir setiap bulan ada je parcel menyinggah di rumah ni untuk aku. Aktif sangat membeli-belah siap dapat pakej pernah kena scam dalam Shopee lagi hahaha

Kalau dulu ia cuma tempat membeli-belah, sekarang Shopee dah berevolusi untuk sediakan lebih banyak fungsi. Boleh bayar bil, beli topap, boleh buat live, siap main game lagi. Haaa aku la tu yang aktif main game tu. Tapi game yang terpilih je la sebab ada game yang boring macam Shopee Candy (sebab macam Candy Crush) dan ada yang bikin sakit hati macam Shopee Claw tu sebab hadiah jarang lekat. Terasa seperti sia-sia je yang tu sebab sikiiiiit lagi nak dapat pancing, sekali benda tu jatuh emmmm

Sekarang ni, game Shopee yang paling rajin aku main adalah Shopee Farm ni la. Dulu-dulu pernah juga main tapi asyik lupa je nak siram. Tahu-tahu dah lebih 3 hari so pokok aku pun mati 💀 tapi sekarang dah disiplin sikit sebab dah reti nak belanjakan coins untuk beli alat berkebun macam kat bawah ni. 
Aku biasa beli alat berkebun ni masa promosi yang dapat masa atau kapasiti ekstra sebab lagi jimat.
Dulu kumpul coins banyak-banyak tapi tak nak guna sebab takut nanti masa beli barang, tak cukup coins untuk tebus dan kurangkan harga barang. Padahal aku sendiri mana ada duit banyak nak beli barang selalu. Last sekali coins pun expired sebab tak ditebus hahahah. Jadi daripada biarkan coins tu luput begitu saja, ada baiknya aku upah tukang kebun Shopee tolong siramkan pokok aku pada hari-hari tertentu. Boleh juga pastikan pokok aku sentiasa hidup untuk dituai coins buat stok masa depan.

Tukang kebun yang berguna hehe
Ada banyak jenis pokok di kebun Shopee ni yang boleh ditanam. Tapi sebagai seorang yang tamak mahukan lebih banyak harta, pokok kegemaran aku semestinya pokok 99 Coins. 99 kot. Dekat seratus tu. Banyak tuuuu. Berbeza dengan pokok-pokok lain, pokok 99 Coins ni istimewa sebab ia ditawarkan sehari je dalam seminggu iaitu pada hari Isnin. Anak pokok tu akan muncul pada jam 12 pagi dan 12 tengah hari setiap Isnin je. Kalau habis, habis la. Kena tunggu Isnin depan baru boleh pilih lagi.
Standard fasa awal untuk semua anak pokok, cuma 20 drop air diperlukan untuk ke fasa seterusnya.
Masa mula-mula aku jumpa pokok 99 Coins ni, aku belum tahu yang dia cuma ada pada hari Isnin dan tawarannya terhad. Jadi selalu juga la aku kecewa sebab tak jumpa pokok ni. Padahal aku yang cari pokok ni pada hari salah atau pada hari Isnin lepas anak pokok 99 ni habis haha. Tahun ni baru aku tahu sebab salah seorang kawan Shopee aku ni selalu tanam pokok 99 coins ni hampir setiap minggu tau. 

Memula jeles sebab bestnya dia selalu dapat 99 coins. Tapi lama-lama baru aku perasan yang kawan aku tu selalu tukar pokok pada hari Isnin. Walaupun dia tanam anak pokok lain hari Ahad tu macam 25 Coins atau Magic Bean, tapi lepas masuk 12.00 pagi hari Isnin, mesti anak pokok dia bertukar kepada 99 Coins. Akhirnya baru la aku connected the dots 😂

Jadi sekarang setiap minggu aku seboleh mungkin nak habiskan tanam any pokok sebelum hari Isnin seterusnya supaya boleh pilih pokok 99 Coins lagi hehe
Fasa 2 nak air lebih banyak.
Fasa 3 yang nak air paling banyak!!
Tapi tempoh untuk pokok 99 Coins ni matang memang ngam-ngam seminggu pun. Shopee je letak anggaran masa matang tu dalam 4 hari lebih. Tapi aku rasa tu pun kalau orang tu memang komited siram setiap kali lepas watering can dia penuh walaupun pada waktu malam (rela tak tidur lol). Tak pun kalau dia upah Gardener Shopee tu. Kalau camtu memang cepat la pokok matang. Tapi kalau siram manual macam aku yang kadang-kadang lupa air dah penuh, berzaman laaa coins nak berbuah 😂
Fasa akhir, dah matang!!
Yeay dah boleh dapatkan diskaun 99 sen daripada harga barang yang nak dibeli hahaha
Selain pokok 99 Coins, ada juga pokok lain yang aku tanam macam 55 Coins, 25 Coins, 10 Coins, dan Magic Beans. Kadang-kadang ada juga waktu Shopee promosi buat anak pokok menang voucher, kredit top up, atau barang-barang branded. Tapi fokus aku memang lebih kepada coins je sebab sekarang kan Shopee dah makin kedekut coins. Kena la kumpul sendiri coins tu melalui berkebun ni. Sebab tu Harvest History aku dah meningkat. Daripada dulu asyik mati je pokok aku 😅
Kaya wohhh hahaha
Kalau dulu aku biasa main game lain dalam Shopee tu, kali ni memang lebih komited tanam pokok je sebab engaging. Game lain dalam Shopee tu kan jenis kalau habis peluang main untuk hari ni, kena tunggu esok pula. Tapi pokok ni lain sebab proses dia berjalan sepanjang hari, sepanjang minggu. Cuma kena tunggu 3 jam sekali untuk watering can tu penuh dan kita boleh siram pokok kita. Kadang ada hari yang hujan lebat, 1 jam pun dah penuh pastu boleh kutip air lebih banyak. Lagi cepat pokok matang.

Rajin berkebun dalam Shopee ni sampai dalam sehari ada berapa puluh kali aku buka app tu 😂 Check watering can dah penuh ke? Member yang aku tolong siramkan pokok dia tadi, dia ada datang kebun aku tak? Pastu kalau tengok sikit lagi pokok nak matang, aku goyang-goyang pokok orang nak kutip air. Gigih ya. Semua orang dalam contact list aku tu aku check pokok di kebun dia hidup ke tidak. Sampaikan ada nombor runner di UUM yang aku save tahun lepas pun aku siram padahal kami tak kenal satu sama lain. Tapi hikmahnya sekarang hari-hari kami siram pokok each other. Harmoni sangat 🤣

Macam takde kerja sangat aku ni kan tapi nak buat macam mana. Tak berani nak tanam pokok sebenar sebab tak tahu aku ni tangan hijau ke tangan panas. Kalau pokok Shopee ni mati, boleh terus pilih nak tanam anak pokok baru dengan sentuhan hujung jari je sebab tak bernyawa. Kalau tanam pokok betul tapi duk repeat mati atau tak subur ni, kesian la kat pokok tu kan. Tu yang baik aku berkebun dalam Shopee je. Dapat juga kumpul coins sikit-sikit untuk tebus masa beli barang kan. Jimat pun ya 🤭

Ada juga ke sesiapa kat sini yang rajin tanam pokok dalam Shopee tu? Kalau ada, kita perlu berkawan supaya kita boleh support satu sama lain dalam aktiviti bercucuk tanam ni. Almaklumlah nak harap diri sendiri tanam sampai habis, lama berjanggut wohh hahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. mama pun duk semai pokok dalam ni. tp sekarang dia kedekut la asyik dpt 10coin aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok nasib kan. ada waktu paling kedekut dia bagi 5 coin je. padahal nak siram tu jenuh tunggu haha

      Delete
  2. dah lama tak semai pokok dalam shopee ni ,dulu tiap-tiap hari bukak shopee semai pokok sampai berbuah dapat coins

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga terjebak jadi pekebun elektronik ni dlm Shopee :D

      Delete
  3. kita pun dok main tanam2 pokok ni kumpul coins..ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah serupa menabung pula kan kumpul coins sikit-sikit hehe

      Delete
  4. Dah start kerja ni baca whatsapp pun time rehat dan balik je huhuhu aktiviti lain memang jenuh juga le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham sangat bila busy tu. Dulu masa kelas fizikal pun memang tak sempat jaga pokok. Ni harpkan intern dari rumah je la boleh rajin menyiram haha

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS