Madam Bake Cookies: Bak Famous Amos | NaSa

Madam Bake Cookies: Bak Famous Amos

in , , by NaSa, September 29, 2021
Assalamualaikum

Topik penulisan untuk hari ini, kita masuk bab jajan. Sebabnya stok jajan aku untuk "senaman mulut yang mengunyah tak kira masa" tu dah habis. Tapi masalahnya aku masih tak tahu nak beli jajan apa untuk stok baru. Aku kan cerewet. Makanan ada bau atau tekstur lain sikit pun aku tak lalu makan. Kang beli mahal-mahal tapi lidah dan hidung tak suka, rugi pula. Aku dah la kedekut juga. Banyak hal la, Nasa.

Makanya...untuk jimatkan duit, kita skrol la galeri usha gambar-gambar jajan yang pernah beli dulu dan ingat balik jajan mana yang lidah aku suka tu. Mana la tahu boleh repeat order kan.

Dalam galeri tu, nampak la kelibat biskut cip coklat yang aku beli tahun lepas ni. Biskut yang beria aku ambik gambar nak upload di blog tapi akhirnya tersangkut dalam draf je sebab aku terlupa hahahha

Padahal dah cantik aku susun masa nak ambik gambar tu. Kenapa aku tak publish???

MADAM BAKE COOKIES ni adalah jenama cookie milik classmate aku yang kenal masa belajar di KPM Ayer Molek dulu. Masa baca "Madam" tu, mesti ingat classmate aku tu perempuan kan? Tapi SALAH!!

Tukang buat cookies ni adalah seorang JEJAKA ya. Danial namanya. Nama pendek kami panggil Dann. Cookie yang Dann buat ni adalah cookie berasal daripada resepi ibu dia kalau tak salah. Hebat kan dia mewarisi bakat buat biskut siap teruskan legasi resepi ibu dia tu. Aku ni paling terer buat kek kukus je. Bab buat biskut masih belum belajar sebab ye la aku buat roti pun dah rasa nak hempas je oven tu 😂

Aku beli Madam Bake Cookies ni Oktober 2020. Alkisahnya sebab masa tu aku kempunan nak makan biskut Famous Amos. COVID kan. Tak dapat beli sebab shopping mall tutup. Kalau tahun 2019 tu dapat juga la aku merasa sebungkus kecil biskut Famous Amos kat bawah ni sebab merayap dengan Qila dan Fatin ke Aman Central kejap masa puasa (pastu pergi berbuka di hotel sebab mak Fatin belanja hehe)

Perisa all-time fave, Choc Chip Macadamia 😋

Lama juga la aku kempunan sorang-sorang. Sampai la aku nampak story Dann di Whatsapp tengah promote pasal Madam Bake Cookies ni. Rezeki Dann la masa tu. Alang-alang aku duk mengidam nak cookie, tengok story Dann tu jadi auto terliur so terus aku reply kata nak order. Tapi aku mengada sikit la sebab siap request nota hari jadi untuk bagi nampak macam hadiah hari jadi untuk aku gittew lol

Tarikh order, 26 Oktober. Ngam-ngam 2 hari sebelum hari jadi aku.

Saja je aku request tu pun. Dah takde orang bagi hadiah kat aku so aku bagi la hadiah kat diri sendiri hahahah. Lagipun bagi idea kat Dann juga untuk additional service. Mana tau ada orang nak bagi hadiah kat family/kawan/kesayangan. Boleh la dia buat servis kad ucapan untuk tarik perhatian pelanggan.

Madam Bake Cookies ada satu je perisa buat masa ni iaitu "Chocolate Chip". Saiz yang ditawarkan pula ada botol saiz M (RM20), botol saiz S (RM15), dan peket saiz M (RM5). Ada juga peket saiz S (RM3) tapi katanya yang ni tak jual sikit-sikit. Dann cuma terima order kalau dalam kuantiti banyak je (minima 50). Contoh kalau nak buat goodies masa kahwin atau event tu sesuai la sebab boleh buat secara pukal kan.

Aku order 2 saiz: 1 botol saiz M dan 2 peket saiz M. Yang peket tu saja beli 2 sebab nak bagi kat parents aku 1.  Yang lain tu semestinya untuk aku sendiri hehe. I kan gigi manis so nak la makan yang banyak~

Pingkeu pingkeu bubble wrap pun. Dann kata ambik adik dia punya lol

Beli 3 bungkus kan. Tapi yang sampai tu 4 bungkus pula. Yang peket kecik sebelah botol tu adalah peket saiz S yang diberi percuma. Ewah free gift untuk member agaknya. Yang tak dapat jangan dengki ya :P

Penghantaran masa tu dah laju sebab Dann pos dari Johor tu sehari lepas order. Yang spoil tu sebab Poslaju jadi Poskura-kura. Seminggu baru sampai sebab barang 3 hari tak gerak di Hub. Padahal kakak aku beli barang dari Johor juga dan 2-3 hari dah dapat sebab guna JnT. Nyampah i 😂 Untung Poslaju kat sini walaupun lambat, barang selamat. Jadi cookies aku takde la sampai dalam bentuk serdak lol

Cumanya "kad hari jadi" yang diterima tu je la aku gelak besar hahahahah. Menurut arahan tu dah betul, tapi dia guna kertas keras daripada kotak je aku rasa. Katanya salah beli kad. Aku cakap kat Atul (makwe Dann yakni jiran aku di KPMAM), Atul pun membebel sebab kalau dia la yang bungkus, mesti dia akan bagi kad lagi lawa kat aku haha. Takpe la. Yang penting niat tu ada dan sampai ke hati I 😂

Bahagian atas cookie.
Bahagian bawah cookie.

Lihatlah rupa bentuk cookie daripada Madam Bake ni. Tergoda tak?? Boleh nampak kan yang cip coklatnya tak kedekut. Dalam setiap keping cookie tu ada dalam 6-10 cip coklat di bahagian atas dan bawah. Selain tu, dalam cookie tu pun ada almond nibs kecik-kecik. Jadi setiap gigitan tu dapat rasa manis cip coklat dan crunchy daripada kacang almond.

Tapi walaupun banyak cip coklat, rasa keseluruhan cookie ni takde la terlalu manis. The sweetness is just nice je jadi tak cepat muak bila makan. Tu yang sekali makan, mau habis 4-5 keping haha. Gigih tau aku tahan nafsu dan makan jimat-jimat je biar lambat habis dan boleh simpan makan untuk seminggu.

Selain rasa yang kurang manis, tekstur cookie ni pun rangup. Disarankan untuk celup dalam susu segar sejuk untuk rasa lebih sedap tapi aku tak buat sebab lupa beli susu lol. Padahal sehari lepas dapat cookie tu, aku ada pergi Tesco kot. Nak keluar lagi, malas dah. Waktu tu kan muka aku tengah breakout untuk sesuaikan hormon dengan pil Yasmin so malas pakai mask banyak kali sebab tak selesa 😅

Tapi takpe je tak celup susu pun sebab makan cookie ni sendiri pun dah sedap. In fact, cookie cip coklat Madam Bake ni boleh dikatakan setanding dengan Famous Amos yang aku duk kempunan tu. Daripada duk "nak cookie, nak cookie", lepas cuba Madam Bake Cookies ni terus "CRAVING SATISFIED 💯" sebab rasa mereka setanding. Aku puas hati makan tu sampai takde dah teringat kat Famous Amos hahaha

Close-up setiap packaging Madam Bake Cookies yang aku dapat 👇🏼

Botol saiz M (RM20). Dalam satu botol ni ada 30-40 keping cookie.
Peket saiz M (RM15), mengandungi 10-15 keping cookie.
Packet saiz S (RM3 tapi aku dapat free). Dalam ni ada 3-7 keping cookie.

Yang botol tu memang dah secure sebab boleh kemaskan penutup dengan ketat untuk elakkan cookie masuk angin. Tapi yang peket ni pun aku suka sebab selamat juga. Bahagian atas tu "resealable" dan kita boleh tekan rapat-rapat setiap kali lepas makan untuk lindungi baki cookie dalam tu. Takde la risiko cookie lemau. Tapi aku rasa tak sempat reseal pun cookie dah habis makan dulu sebab sedap 😂

Aku kan ada bagi 1 peket cookie saiz M tu kat parents aku untuk mereka cuba. Saja la tanya abah aku macam mana rasa cookie tu dan abah kata sedap. Cuma keras sikit dia nak kunyah sebab orang tua kan tak cukup gigi ahaha. Aku rasa nak minta Dann buat soft cookie la pasni. Aci tak? hahahah

Oh ye biasanya kalau beli barang jualan member kan ada sesi bergambar tanda support tu. I went the extra mile sikit sebab kalau "support member" ni, kita kena la support betul-betul kan. So aku hantar gambar aku dengan cookie tu berkonsepkan "baru lepas COD" 🤣

Acting level: 100% hahahah

Situasi dalam ni adalah seolah-olah "seller baru lepas COD dan minta nak ambil gambar pegang cookie untuk testimoni dan aku mula-mula segan sebab muka biashe-biashe je tak mekap tapi akhirnya aku pun setuju juga walaupun mata nampak mengantuk, sebab tu senyum malu-malu je". Kemain kan hahaha tapi Atul dan Dann dua-dua kata memang nampak macam aku baru dapat barang COD 🙈

I finished the cookies in almost one week kot masa tu. Kebanyakannya aku buat mengunyah masa kelas dan masa buat assignment. Asal bosan baca nota dan cari rujukan untuk assignment, ada la aku buka botol cookie tu ambil sekeping dua. Biasa la student kan. Asal belajar je lapar memanjang.

Kelas Cargo Insurance. Sambil belajar sambil mengunyah hehe
(abaikan the messy set up. memang macam ni la rupe dia setiap kali aku masuk kelas lol)

Salah satu kebaikan belajar atas talian yang aku suka, ini la. Walaupun kadang-kadang aku buka kamera tunjuk muka, tapi mikrofon kan tetap mute sebab nak bagi pensyarah bercakap. Jadi sambil dengar kuliah yang disampaikan pensyarah, boleh kita layan makan jajan. Hilang bosan dalam kelas, perut pun kenyang haha. Cuma nama aku kadang-kadang popular jadi kena standby takut kena panggil je 😂

Sesiapa yang berminat untuk cuba Madam Bake Cookies ni, boleh je cuba tanya Dann di mana-mana media sosial Madam Bake yang disenaraikan di bawah. Nombor whatsapp dia pun ada di Linktree tu.
Aku pun mungkin order lagi kot pasni. Alang-alang my birthday month is coming soon hehe. Kalau kami duduk 1 negeri, boleh juga aku cuba produk terbaru Madam Bake iaitu Donut Che Yam. Tapi tu la sorang di Pantai Timur, sorang di Selatan. Takkan nak pos donut tu kan. Jadi benda lain nanti dalam parcel haha. Orang Pasir Gudang je la beruntung boleh COD. Maka, anda sila la cuba kalau ada peluang ok 😄

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Jauh tuuu pos dari Johor..nasib baiklah sampai dalam keadaan sihat ye cookies tu..haha

    ReplyDelete
  2. helok kejadiannya... ngap2 tanpa sedar biskut gini

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cookies macam ni. Tak pernah lagi rasa Famous Amos tu. Kalau macadamia tu memang all time favourite lah macam cookies subway. Chewy :)

    ReplyDelete
  4. Nasib sampai dgn baik.. Kalau tak makan serdak jelah

    ReplyDelete
  5. terpaling suka famous amos tu. sedapnyeh! :D

    ReplyDelete
  6. Saje la tu...saje la nak suruh akak terjebak tu...

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS