Kenangan ketika ambil MUET 2017 | NaSa

Kenangan ketika ambil MUET 2017

in , , , by NaSa, September 28, 2021
Assalamualaikum

NOTA: Ini bukan tips MUET. Aku nak throwback pasal kenangan masa ambil MUET di KPM Ayer Molek dulu je. Tapi kalau nak tips pun boleh. Tanya je. Kalau boleh jawab, i jawab. Kalau tak, Sadaqallah hehe

Malaysian University English Test atau MUET adalah ujian Bahasa Inggeris yang perlu diduduki oleh pelajar yang mahu menyambung pengajian ke peringkat degree di universiti awam (UA). Tak kisah sama ada pelajar tu dari STPM, STAM, asasi, matrik, mahupun diploma, semua yang nak masuk ke universiti awam di Malaysia ni mestilah lulus MUET dulu (kecuali kalau ada kelulusan ujian yang setaraf MUET).

Ujian MUET ada 4 komponen utama iaitu Listening, Speaking, Reading, dan Writing. Gred penilaian MUET disebut "Band" dan dikira mengikut skala 1-6. Band MUET paling rendah Band 1, paling tinggi Band 6. 

Setiap universiti awam ada syarat tersendiri minima Band MUET untuk layak mohon masuk. Tapi in general, syarat Band MUET tu bergantung kepada aliran course degree di universiti tu nanti. Yang sastera tenang sebab Band 2-3 je. Yang aliran Sains, Law, Medic tu, masak sikit nak Band 4-5 huhu

Ujian MUET ada 3 sesi setahun: Mac, Julai, dan November. Setiap sesi ada 2 bahagian. 

Bahagian 1 untuk Speaking. Yang ni ambil masa 6 hari sebab buat dalam kumpulan 4 orang dan setiap kumpulan diberi slot waktu dan hari berlainan untuk penilaian.

Bahagian 2 untuk semua komponen bertulis (Listening, Reading dan Writing). Yang ni 1 hari je sebab dijalankan serentak untuk semua pelajar. 
(Jarak hari antara 2 bahagian ni bergantung kepada sesi. Biasanya sesi November lama kena tunggu. Kalau sesi Mac dan Julai aku tengok singkat je jarak hari antara ujian Speaking dan ujian bertulis tu)

Selesai cerita ringkas pasal MUET. Balik semula kepada kisah aku.

Aku ambil MUET masa sesi November 2017 lepas habis semester 5 di KPM Ayer Molek (sebelum praktikum). Kalau ikutkan, boleh je ambil MUET di pusat ujian negeri masing-masing sebab sesi November tu masa cuti sem. Tapi masa tu kami diwajibkan ambil di kolej. 

Marah juga awalnya sebab Kelantan-Melaka jauh kot. Dah la elaun separuh je (RM150) masa cuti sem. Tiket sehala ke Melaka je dah RM57. Beli tiket pergi-balik campur tambang Grab ke kolej, dah habis 💀

Lama sikit baru tukar arahan kata pelajar dibenarkan daftar MUET di pusat ujian di daerah rumah masing-masing. Tapi dah terlambat la masa ni sebab pusat ujian dekat rumah aku tu kebanyakan dah penuh. Nak tak nak, kena balik juga ke Melaka. Emmm. Mujur roommates ada. Member rapat lain pun ramai yang balik jawab MUET sekali di kolej tu. Kalau tak, hambarrrr

Pastu sebab aku ambil MUET sesi November kan, jadi nak menunggu tu memang jenuh la. Untuk ujian Speaking, aku dapat hari ketiga iaitu 9 Oktober 2017 (Isnin). Ujian bertulis? Nuuuunnnn 4 November. 

Hampir sebulan jaraknya. Takkan aku nak mereput di kolej kan. Jadi kena la balik kampung dulu lepas ujian Speaking sebelum datang semula ke kolej. NAMPAK TAK BERAPA BANYAK DUIT TERBANG TU??? 💀
tiket bas ekspres perdana antara melaka ke kota bharu kelantan
Contoh harga tiket Kota Bharu-Melaka setakat tahun 2017. Sehala je dah dekat RM60 huhu
Sekarang tak tahu la ada perubahan harga ke tidak.

Tapi takpe la benda dah berlalu. Dah nak habis U dah pun aku ni haha

Untuk ujian Speaking 9 Oktober 2017 tu, aku ambil bas malam 7 Oktober balik ke kolej. Sampai ke Melaka Central pada 8 Oktober dalam pukul 8 pagi camtu. Perjalanan dekat 12 jam kan. Aku lali dah bertolak lepas Isyak, sampai waktu dhuha esok haha. 

Alang-alang waktu sampai tu dekat dengan waktu banyak kedai nak mula beroperasi, sempat juga aku lepak di Aeon Bandaraya Melaka tengok movie 😂 (padahal tadi bising kata takde duit hihihihipokrit)

UJIAN SPEAKING MUET


Oleh sebab Speaking buat dalam kumpulan 4 orang, kolej benarkan kami letak nama dengan kawan-kawan yang kami nak dalam kumpulan tu. Tapi tu la belum tentu boleh masuk satu kumpulan jugak.

Sebab haritu Zeera tuliskan nama dia, aku, dan Syera sekali. Cumanya nama Syera duduk atas dan dikira cukup-cukup sebagai orang keempat untuk genapkan kumpulan lain. Aku dan Zeera pula duduk di turutan 4 orang seterusnya lepas kumpulan Syera. Maka terpisah la kami jadinya 😅

Geng #MerahMakNgah pergi Speaking hehe

Tu drama pertama la. Pastu masa hari ujian Speaking tu pun ada drama sebabak sikit. 

Calon MUET kena berkumpul di bilik menunggu atas library kolej tu pagi-pagi lagi. Kami pun pergi sebelum pukul 8 camtu. Breakfast pun tak sempat, takut lambat daftar. Group aku dan Zeera tu group last untuk sesi pagi pula. Jenuh nak tunggu orang lain siap. Dah la bilik tu sejuk, pishang pula sebab tak boleh bawa phone.

Dan-dan pulak, salah seorang budak lelaki dalam group Syera tu sakit perut betul-betul sebelum giliran mereka. Satu hal nak kena tunggu dia balik dari tandas. Dah la lama dia bertapa tu. Pukul 10.30 ke 11 pagi gitu baruuu la group aku boleh masuk ke bilik ujian.

Peh bukan setakat hati aku yang angin. Perut aku pun masuk angin masa menunggu sebab kan belum makan apa-apa. Sebakul kumpulan aku membebel pasal budak sakit perut tu sebab timing diaaa~ 😂

Masa ujian Speaking, setiap calon dinamakan sebagai Candidate A/B/C/D dan diberi satu topik untuk dibincangkan (atau dibahaskan?). Group kami dapat topik "punca kemalangan jalan raya" rasanya sebab aku ingat ada bincang pasal "lack of focus, reckless driving" etc. Nanti kena duduk macam bawah ni.

Contoh susunan meja masa ujian Speaking MUET. Aku candidate huruf apa entah.
Kredit gambar: Cekgu English Blog

Ujian Speaking MUET ada 2 task: TASK A dan TASK B.

Sebelum kedua-dua task dilaksanakan, setiap calon diberikan sehelai kertas A4, secebis kertas berisi point individu, dan masa 2 minit untuk fikir isi yang berkaitan dengan point yang calon dapat dan nak bentangkan masa Task A dan B nanti. Dalam kertas yang sama, calon juga perlu catat isi calon lain pasal point mereka pula. Jadi tak boleh conteng kosong bodo gitu je. 

Masa Task A (Individual presentation), aku dapat point "reckless driving" kot untuk topik kami. Dalam masa 2 minit, aku kena bentang kepada calon lain kenapa point tu adalah punca kemalangan terbanyak. Sepanjang 2 minit tu memang kena bercakap, tak boleh senyap lama atau siap bentang bawah 2 minit.

Seeloknya lagi, jangan gagap. KENA YAKIN!

Bagi aku Task A tak susah sangat sebab jawapan individu kan. Boleh cakap ikut logik sendiri asalkan isi kita menepati kehendak soalan. Pastikan juga kita bercakap dengan lantang dan jelas serta guna struktur ayat yang betul biar calon dan pengawas MUET tu faham.

Cuma Task B la agak rumit sikit.

Dalam Task B (Group discussion), kami dapat 2 minit untuk susun dan hurai isi daripada point semua calon. Kemudian kami kena berbincang selama 10 minit untuk pilih point calon mana yang paling bagus. 

Sesi Task B ni setiap calon kena aktif bagi pendapat, tanya pendapat, dan kena tambah elemen "May I interrupt?" sikit-sikit. Pastu semua 4 calon kena nyatakan sokongan kepada 1 jawapan daripada Task A tadi dan akhirnya salah seorang kena conclude pasal pilihan tu. Baru nampak "discussion" kan.

Tapi... Task B ni mencabar sebab kalau ada seorang calon yang nervous, ada kemungkinan calon lain pun boleh terkesan sekali. Sebab aku ingat masa tu salah seorang calon group aku ni masa bercakap dah ada isi. Tapi dia nervous sangat. Dari suara pun dah dengar gigil gitu. 

Waktu giliran dia bercakap, tetiba je dia terdiam pastu tak sambung dah ayat dia. Padahal kalau ikutkan, lepas sorang calon bercakap, dia kena pass kat calon lain macam "What do you think, Candidate X?" 

Cuak kejap semua orang sebab suasana jadi awkward since masing-masing tak pasti siapa kena bercakap lepas tu. Tapi kalau tercengang belaka, rugi masa la sebab Task B ni ada 10 minit je kan. So kami random tanya-tanya calon lain untuk alihkan awkward tadi. Mujur berjaya capai kata sepakat dan bagi conclusion dalam masa ditetapkan. Nak nangis sis sebab nervous 🤧

Lepas habis Speaking tu, guwe redha je la apa jadi sebab benda dah jadi dah pun. Keluar dari library, sempat la bergambar dengan roommates 2 ketul tu kejap. Pastu tengah hari terus ke Melaka Central sebab tiket balik dah beli untuk malam yang sama. Tapi sebab banyak masa sebelum naik bas kan, sempat la pusing bandar pergi Bank Rakyat tukar kad bank. Pastu lepak Pizza Hut hehe

Makanan terakhir di Melaka waktu tu hmm

3 November 2017, aku kembali lagi ke Melaka untuk ujian bertulis MUET pula. Macam biasa jenuh lagi la aku tercongok dalam bas 12 jam tu haha. Tapi kalau haritu aku lepak tengok movie lepas sampai Melaka, kalini kita shopping ye. Sempat borong 2 batang lipstick sebab ada promo lol~

Plum Perfection dan Nude Illusion. Nak kod Touch of Nude sebenarnya tapi habis stok masa tu sobs

Ujian bertulis MUET ni dijalankan dalam masa 1 hari dengan turutan komponen Reading (90 minit), Writing (90 minit), dan Listening (30 minit). Antara setiap komponen tu, ada jarak masa rehat 1 jam dan 30 minit. Tapi sebab ujian bertulis ni dijalankan serentak, tak muat la dewan atas library tu jadi ada sekumpulan pelajar lain kena jawab dalam kelas. Aku dapat tempat di dewan library.

Masa Reading dan Writing, takde isu sangat melainkan sendiri bodo tak faham soalan objektif dan blur nak karang ayat esei. Tapi masa Listening baru ada lagi drama nyeee lol.

BAYANGKAN RADIO ROSAK??!!

Mula-mula suara yang baca soalan dalam CD tu sangkut-sangkut. Akhirnya, tak bunyi suara terus.

Pengawas MUET cuba baiki tapi takde hasil. Lama gila kami tunggu tau. Waktu jawab ujian Listening tu mula 12.30 tengah hari. Tapi sampai orang dah azan Zohor pun, kami masih tersangkut dalam dewan. Kena tunggu budak yang jawab di kelas tu siap baru kami boleh sambung jawab sebab kena tukar radio. Beku tangan sis nak menulis sebab dewan dah la sejuk gila 😂
 
Nak dijadikan cerita, balik ke bilik lepas habis ujian bertulis tu, aku tengok ada 11 missed calls daripada Gdex pula. Rupanya brader kurier tu nak hantar barang tapi tak kenal jalan. Tapi aku tengah exam kan, mana bawa phone. Merajuk brader tu. Siap suruh aku ambil sendiri parcel tu di Gdex Kota Bharu.

Kesian kat dia haha. Tapi nak buat cemana. Aku tengah exam, bukannya sengaja tak angkat pun 🤣

Masa naik bas balik kampung malam tu pun penuh dugaan juga sebab pemandu serupa nokhorom. Ya Rabbi melambung-lambung aku atas kerusi bas. Pemandu bas tu pandu laju dan selalu tiba-tiba kona mendadak macam nak elak benda di depan. Elok aku tengah tidur, tiba-tiba je kepala terhantuk cermin. Bodo laa... aku bayar tiket mahal bukan sebab nak kepala benjol erghh. 

Mujur selamat juga sampai ke rumah akhirnya. Aku siap tweet lagi nombor plat bas tu tau. Kot la jadi kemalangan, ada bukti dari tweet aku yang pemandu tu memang drive serupa tak ada pedoman huhu

Tapi Alhamdulillah walaupun dipenuhi pahit getir untuk jawab MUET tu (ecewah), keputusan MUET aku memuaskan. Berbaloi la aku repeat bertapa atas bas Ekspres Perdana tu 2 kali ulang alik 12 jam antara Kelantan-Melaka dan Melaka-Kelantan. Hasilnya, aku berjaya capai target dan DAPAT BAND 5!

Target asal nak Band 4 pun dah cukup hehe

Antara 4 komponen, markah Listening paling tinggi dan hampir capai markah maksimum. Sesuai la dengan tempoh sejam membeku dalam dewan masa ujian tu kan hahaha

Untuk komponen lain, Speaking yang nervous teruk haritu aku cuma hilang 8 markah so not bad la. Writing pun so-so. Reading tu aku banyak tembak sebab tu banyak hilang markah lol. Kalau serius sikit mungkin boleh dapat lagi 25 markah untuk Band 6 tapi takpe la. Rezeki dapat Band 5 pun dah syukur.

Tapi tahu tak? 

Ingatkan lepas dapat Band MUET tinggi dan pindahkan kredit subjek English dari KPM, nanti dapat keistimewaan boleh skip kelas English di UUM. Rupanya kena ambil subjek English yang lebih susah ada la. English for Specific Purposes (ESP) namanya. TIGA SUBJEK PULA TU! Nak perhabis satu subjek tu pun rasa nak menangis sebab banyak kerja. 

Tapi tu masa aku masuk dulu je la. Tup-tup tahun 2020, UUM baru tukar peraturan dan kecualikan pelajar yang dapat MUET Band 5 dan Band 6 daripada ambil subjek English 🙂

Tengok tu. EXEMPTED! 💆🏼‍♀️

Kalau tak kena ambil tiga subjek ESP tu dulu, mungkin aku boleh habis belajar lagi awal sebab course aku tak kena ambil subjek English sebagai core pun. Tapi takpe la. Aku dapat belajar benda baru dalam kelas Report Writing, English for Professional Communication, dan Public Speaking yang aku ambik tu.
__________

Secara keseluruhan, MUET ni macam IELTS yang aku ambil masa A-Level dulu. Dua-dua lebih kurang tapi MUET untuk masuk universiti awam Malaysia, IELTS untuk universiti di UK (or related). Komponen yang dinilai pun sama tapi dari pengalaman aku, IELTS senang sikit sebab Speaking tu cuma antara kita dan examiner, bukan dalam group. Jadi tak ada la orang kacau flow kau masa bercakap. 

Bezanya yuran MUET RM100 je. Kalau IELTS ni, lebih 'sedap' nak membayar. 

Masa aku ambil IELTS dulu, rasanya yuran dalam RM600-700. Sekarang dekat 1k juga tapi tak tahu la dah naik ke apa. Dan gred IELTS pun guna Band jugak. Aku dapat Band 7.5 daripada syarat universiti nak 6.0 ke 6.5 entah. Cuma sayangnya aku tak dapat fly oversea pun. Takpe la. Rezeki I di Malaysia je 😂

Expired begitu saja la sijil IELTS ni. It gave me some of the best memories in life though, so it's okay ✊🏼😄

Tu je la kot aku nak throwback pasal kenangan ambil MUET ni. Panjang kan? Sebab sis kalau menulis kadang-kadang tak dapat brek hahah. Tu pun nasib la gambar yang aku ambil masa tu hilang akibat phone rosak. Kalau tak, lagi berjela la aku taip sebab nak explain pasal gambar lagi haha

Jumpa lagi dalam entri seterusnya. OK bye.

Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. pengalaman yang tak mungkin dilupakan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. buat dengan member lagi la bertambah kenangan

      Delete
  2. akak lama dah ambik muet ni, 19 tahun dulu keputusan pun dpt 3 je...
    tapi baru-baru ini adik bongsu akak, dia tengah ambil degree tesl dan katanya muet kene band 4 ke atas baru boleh mengajar... susah katanya huhuhu tapi dah dia yg pilih bidang tesl tu, dia kenela usaha jugak supaya dapat lebih dari band 4 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh ye tak tak ye. TESL pulak kan. memang sebelum ajar pelajar tu English, calon sendiri kena la betul-betul mahir English dan dapat band tinggi utk MUET dulu. baru cukup syarat haha

      Delete
  3. Uncle tak layak ambik peksa ni... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Masa ammi buat degree dulu.. Ammi exempted dr buat MUET. Dia carry forward je result diploma sbb ammi ada ambik intensive English course masa Pre-Dip. Legaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya Ammi hahahah. masa dah jimat. duit pun jimat sekali sbb MUET pun dah 100 lebih pin dia 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS