Kesinambungan berperang dengan semut | NaSa

Kesinambungan berperang dengan semut

in , , , by NaSa, October 25, 2021
Assalamualaikum

Ingat tak haritu panjang sis membebel pasal semut tak guna yang menceroboh bilik sampai menjahanamkan harta benda tu? Ada lagi tau dia punya sambungan jadi makhluk perosak tu.

Dalam kotak hadiah aku dia bersarang, dalam kaki tripod aku dia bersarang, pastu paling tak dijangka, lagi sekali ye semut tu masuk dalam hard disk. Tapi kalau tahun 2019 tu dia masuk hard disk 1TB yang harganya RM170, kalini dia masuk hard disk 2TB yang lebih mahal iaitu hampir RM250. Hangin sis hoiiii~

Menyakitkan hati uuuu
Mujur la perasan awal sebab bangun tidur je tengok kemain banyak semut duk berderet berjalan atas meja study. Aku perhati je mana dia berjalan tu sebab ingatkan nak pergi panjat dinding macam biasa. Rupa-rupanya panjat bekas alat tulis aku dan kona masuk ke dalam lubang hard disk tu. Ambooooi~~~ Mencarut sis hahah. Jenuh aku tepuk hard disk kasi mereka jatuh keluar lepas tu sprayyyy

Dalam entri pasal semut tu sebelum ni, ramai cadangkan beli ubat semut dan tabur di sekeliling tempat semut tu masuk atau berjalan. Katanya nanti semut dah tak masuk rumah atau bilik. Aku memang plan nak beli pun tapi bertangguh dulu sebab lepas mengamuk haritu, semut macam kurang sikit. Tapi apabila dah jadi lagi kes semut masuk hard disk tu, terus aku checkout dari Shopee.

Cantik warna hijau.
Arahan penggunaan.
Aku beli jenama Green River lepas tengok review daripada orang yang dah guna tu macam menjadi je. Setiap peket ni murah je 35 sen. Berbelah bahagi sis nak beli sikit sebab tak untung la kat seller kan. So aku beli 20 peket terus dan tambah lagi 2 pek ubat tikus. Alang-alang kat dapur memang ada tikus cencorot busuk tu duk masuk lepak melalui lubang saliran tandas.

Harga pembelian, cukup-cukup RM10. Nyaris aku kena bayar shipping sebab tak cukup minima RM15 untuk free shipping tu. Mujur sempat berebut tebus voucher free shipping tanpa minimum spending yang Shopee bagi pukul 12 tengah hari tu. Jadi beli RM10 pun dapat free postage huhu

Aku nak try letak di tempat semut oren tu lalu tapi masalahnya hampir satu koloni semut tu aku dah spray dengan ridsect sebab marah sangat. Jadi dah tak banyak la semut dalam bilik hahah. Tapi ni ada lagi 'rezeki' jumpa semut. 2 geng pula tu. Satu geng semut oren, satu lagi geng semut hitam.

Semut berkawad satu-satu hora horey sangat.
Semut hitam dia sebenarnya tak annoying sangat sebab dia tak menggigit macam semut oren. Tapi entah la. Sis malas la nak hadap sebarang jenis spesis semut ni. So aku tabur je ubat semut tu di birai tingkap tu biar semua mereka makan. Nak juga tengok berkesan ke tidak kan.

Tesktur serupa kacang kisar.
Macam serdak biskut pun ada bentuk ubat semut ni. Tapi fikiran pertama aku masa tengok bentuk dia tu memang teringat kat kacang kisar la. Sebab masa raya biasa tolong mama blend kacang tanah goreng untuk masukkan dalam kuah satay. Macam ni la rupa dia hahaha

Makan, semut. Makannnnn.....
Tapi aku perhati kan, walaupun aku letak banyak ubat semut ni di laluan yang semut oren dan semut hitam tu lalu, cuma semut hitam je yang terpedaya dan makan ubat tu tau. Banyak juga semut tu yang angkut ketulan kecil ubat semut tu balik ke sarang. Semut oren yang menggigit tu macam cuma lalu dan hidu-hidu ambil bau je di kawasan ubat semut tu. Pastu blah ke laluan mereka semula.

Pandai kau ye semut oren. Tunggu la aku cari mana sarang koloni kau. Mau aku tabur 10 peket terus ubat semut ni biar kenyang sampai meninggal kau semua.

Sekarang ni aku dah takde kompromi dah dengan semut. Dulu kalau tengok mereka berderet tu memang kesian nak spray sebab "ala dia pun nak hidup juga." Tapi bila dah banyak kali duk jahanamkan harta bernilai tinggi ni, asal nampak semut je aku spray. Aku tengok semut berderet je aku spray. No mercy.

Masih awal nak tengok keberkesanan ubat semut ni setakat ni. Nanti la aku test di kawasan yang lebih banyak semut dan tengok apa jadi. Kalau berkesan, boleh la aku rekomen. Cumanya aku harap kisah berperang dengan semut ni ada ending je pasni. Entah berapa banyak episod nak sambung daaa...

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Mudah2an masalah serangan semut akan berakhir

    ReplyDelete
  2. Dah pernah guna. Memang menjadi. Tapi kena pakai selang-seli dengan brand lain. Nanti semut imun dengan racun ni.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS