Terima hadiah Book Giveaway kiriman Fariha Jafri | NaSa
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Tempoh hari ada rezeki dipilih sebagai pemenang dalam book giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger, sis Fariha Jafri, sempena ulangtahun pertama penubuhan kedai Shopee beliau. 3 judul di atas ni la hadiah yang aku terima. Dapat juga aku tambahkan koleksi dalam rak buku tu lepas sekian lama tak usha buku kan.

Penghantaran dibuat melalui kurier Pgeon.
Kisah pasal kurier Pgeon ni kelakar sikit. Brader kurier tu call masa aku tengah berasap hati di Tesco dengan manusia ketinggalan otak sebelum keluar tu. Tiga kali dia call tapi aku tak perasan pun sebab phone aku silent. Lepas siap bayar dan on the way turun dari eskalator baru dapat WhatsApp katanya dia sedang dalam perjalanan nak hantar ke rumah dan minta hantar location.

Asalnya kata nak sampai dalam 15 minit hingga 1 jam, tapi aku tunggu sampai ke Maghrib. Tak sampai-sampai. Dia WhatsApp lagi minta maaf dan cakap akan hantar esok sebab dah tak sempat. Aku kata takpe je sebab masa tu pun dah petang kan. Kampung aku pula jarang guna Pgeon pula so takut sesat gelap-gelap tu kang sesia je. Kalau JnT, Poslaju, Ninjavan tu takpe dah cam pagar rumah aku hehe

Tapi esoknya tu, sama juga sesat hahaha. Panjang aku bercakap di telefon bagi arah siap berjalan ke simpang jalan nak masuk ke rumah aku. Rupanya dia dah lalu jalan betul tapi terlajak ke depan. Padahal aku kata nampak tiang letrik sebatang terus belok kanan je. Tapi dia tak perasan so masuk sampai ke dalaaaaam kampung. Dah satu kerja kena patah balik 😂

Eh, kasut ke?

Congrats, winner! 😊
Aku suka betul cara sis Fariha bungkuskan buku yang dikirimkan ni. Memang kemas dan teliti. Setiap buku dibalut dahulu dalam pembalut plastik sebelum dibalut lagi dengan bubble wrap dan dimasukkan ke dalam kotak. Buku semua sampai dalam keadaan selamat 👍🏻

Tengok label kotak kasut XES tu, teringat kat diri sendiri pula bila bungkuskan tempahan quilling arts customer, habis kotak yang aku simpan daripada pembelian di Shopee tu aku selongkar tengok muat ke tidak nak letakkan barang. Reuse dan recycle katanya hehe

Pemenang Book Giveaway ni diberi peluang untuk pilih 2 buah buku dari Shopee sis Fariha sebagai hadiah mereka. Lama juga aku duk skrol kedai tu dan check tajuk setiap satu untuk tengok tajuk-tajuk menarik. Ada yang aku macam berkenan, contohnya novel-novel FIXI sebab aku tak pernah beli pun sebelum ni. Tapi sayangnya banyak dah habis haha. Maka aku proceed pilih 2 tajuk ni je.

Novel 'Panggil Aku Kiah' tu dah lama usha sejak zaman sekolah masa mood ulat buku tu masih tinggi. Tapi walaupun sinopsisnya menarik, aku selalunya cuma tengok tajuk je dan tak beli pun sebab lebih fokus beli novel remaja terbitan PTS. Alang-alang tengok sis Fariha ada stok novel terpakai ni, aku pun pilih la. Rezeki hehehe

Novel 'Ini Buku Seram' pula dipilih sebab aku sukakan genre seram. Baik filem, drama. mahupun buku, adegan-adegan seram tu selalu buat adrenalin mencanak naik tau. Teruja haha. Lagipun Amirah pun suka cerita seram juga. Boleh berkongsi dengan dia.

Tapi selain 2 buku yang dipilih ni, ada lagi buku ketiga tau. Mula-mula rasa hairan juga kenapa la kotak ni besar dan macam terlebih berat je. Tebal sangat ke dua buku yang dipilih tu. Rupanya ada hadiah ekstra daripada sis Fariha.

Baca tajuk, serupa seram. Tapi sinopsis di belakang agak bertemakan sejarah. Menarik juga. Insya Allah kalau ada kesempatan, aku khatamkan semuanya. 

Paling menarik, Alhamdulillah kiriman hadiah buku ni ngam-ngam pula sampai sebelum tarikh hari jadi aku 28 Oktober nanti tau. Jadi aku anggap je la ini hadiah hari lahir yang diawalkan hehe. Sebab kalau nak harap orang belikan hadiah, macam takde je. Tu yang untung juga menang giveaway ni kan hehehe
 
Terima kasih sekali lagi kepada sis Fariha atas pemberian hadiah menarik ni. Semoga sis Fariha dimurahkan rezeki dan perniagaan di Shopee juga terus maju 🥰

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Aduh susahkan rumah tidak dapat dicari.
    Rumah akak awal-awal macam itu tidak dapat cari. Waze pun tidak ada simpan kawasan sini.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. tahniah... memang seronok dapat hadiah kan..

    ReplyDelete
  3. Wah. Tahniah. Selamat membaca.

    ReplyDelete
  4. yeayy dah sampai. Ye memang reuse balik sebab sayang nak buang kotak-kotak ni.

    Happy Belated Birthday dan selamat membaca!!

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS