Masak-masak: Udang tempura rangup keemasan | NaSa
Assalamualaikum


Nampak sedap tak tempura saya huhuhu~

Ni boleh dikatakan sebuah resepi istimewa yang julung-julung kali dibuat di rumah ni. Almaklumlah udang kan mahal. Kalau beli pun, biasanya dibuat sebagai lauk yang boleh makan dengan nasi atau karbohidrat lain. Barulah berbaloi beli mahal-mahal dapat makan kenyang. 

Aku buat pun sebab haritu kan kemaruk beli udang banyak sangat haha. Kawan aku  tengok video aku di twitter so dia request try buat udang tempura sebab nak tengok mudah ke tidak. Kalau mudah, dia pula nak buat. Eh ingat I tikus makmal ke. Tapi memang menarik cadangan tu maka sis pun cuba la buat.


Mujur tak susah sangat pun nak buat dan perlukan bahan-bahan yang ringkas je. Serbuk roti pun masih ada lagi baki dari buat corndog Korea haritu. Jadi walaupun aku tiberrr je terlintas nak buat malam-malam, proses tetap berjalan lancar. Mujur juga aku dah buang urat udang awal-awal kan haha

Bahan-bahan udang tempura:

  • Udang saiz sederhana/besar
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Sebiji telur
  • ½ sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Kopek kulit udang dan buangkan uratnya. Seeloknya tinggalkan kulit di bahagian ekor udang.
  2. Kelar perut udang yang melengkung di beberapa bahagian untuk luruskan udang (optional).
  3. Masukkan garam tu ke dalam telur dan pukul telur hingga sebati dan kembang.
  4. Celupkan udang mengikut turutan tepung jagung > telur > serbuk roti.
  5. Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan pada api sederhana.
  6. Lepas udang dah masak hingga berwarna kuning keemasan, boleh angkat dan hidangkan.

Tepung tu boleh juga tambah rempah atau herba lain. Kalau nak lebih pedas, boleh guna serbuk cili. Atau kalau nak lagi mudah, guna terus tepung Bestari yang pedas tu. Aku memula teringat nak tambah serbuk cili tapi stok serbuk cili aku hilang. Pastu bodo sikit sebab lupa masa tu yang aku sebenarnya masih ada serbuk lada hitam hahaha

Cara aku masak:

Udang segar yang sudah dibuang uratnya
Sayang sikit je masa aku kopek kulit udang tu, aku tak reti macam mana nak tinggalkan kulit di bahagian ekor udang tu. Last sekali aku cabut semua kulitnya lol. Tak salah pun kalau buat macam tu. Cuma nanti jadi tak cantik sebab ekor tu kan lembik, so masa goreng, ekor tu melekat pada badan udang.
 
Udang yang sudah dikelar di bahagian perutnya.
Nampak kan kesan-kesan potongan sikit di perut udang tu. Potong sikit je dari awal badan udang tu melengkung sampai la ke bahagian ekor. Make sure hati-hati agar badan udang tak putus hehe. Macam ni rupanya cara chef Jepun buat tempura udang yang lurus. Aku punya la hairan selama ni mereka guna udang baka apa sebab nampak panjang je udang mereka kan. Padahal udang biasa je 😂

Tapi kalau taknak kelar perut udang tu pun takpe. Boleh terus celupkan udang tu terus dalam bahan salutan. Ada je orang yang goreng terus udang tu dalam bentuk melengkung. Proses kelar ni biasa chef Jepun yang buat sebab lebih mudah dan cantik nak susun sebelum dihidangkan.

Sukatan tepung jagung dan serbuk roti tu guna je sebanyak yang perlu.
Guna tepung jagung sebab nanti hasilnya lebih rangup. Tapi kalau takde, guna tepung gandum pun boleh kot. Cuma maap le sambil lewa je susunannya. Malas nak letak mangkuk lawa-lawa sebab masa ni dah dekat 11 malam. So aku ambil gambar asal ada je untuk rujukan bahan yang diperlukan hahaha

Udang yang sudah siap disaluti tepung.

Hasil selepas udang digoreng 😋
Part ni kelakar sikit sebab kemain beria aku kelar perut udang tu nak suruh duduk straight kan. Sekali lepas goreng, dia bongkok bak nenek kebayan semula. Em takpe la. Nak buat macam mana. Dah ciptaan hakiki dia memang melengkung kan hahaha. Yang penting, semua udang masak sempurna.

Warna udang tempura tu dah cantik tapi part ekor tu je la yang aku sedih sikit. Isi di ekor tu bersalut tepung juga jadi masa goreng ada yang kecut dan ada yang melekat di badan udang. Nampak macam tak berekor udang aku. Sebab tu aku kata kat atas tadi eloknya tinggalkan kulit di ekor udang tu masa proses kopek udang. Selain estetik udang lebih lawa, nanti lebih senang nak pegang di ekor tu.

Sebab udang yang aku guna tu segar dan besar kan, masa makan memang isi udang manis dan juicy. Salutan tepung gandum tu pun just nice sebab tak terlalu nipis, tak terlalu tebal. Ada juga tekstur crunchy rangup daripada serbuk roti tu. Macam perfect la daripada udang celup tepung di kedai yang biasanya terlebih tepung daripada isi udang. Selain tu, tempura ni pun tak terlalu berminyak juga.

Cumanya walaupun sedap, udang tempura macam ni bukan citarasa aku sangat la. Mungkin sebab dah biasa makan udang dengan karbohidrat macam nasi atau mi untuk lebih kenyang. Kalau makan udang tempura ni begitu saja, rasa kering. Nak makan dengan nasi pun rasa kering haha

Mungkin kena buat macam orang Jepun kot, makan tempura dengan makanan bersup seperti ramen, mi soba atau udon. Tapi mana rajin kan aku nak buat sup pula.

Konklusi, aku tak rasa aku akan repeat buat tempura lepas ni. Cukup sekali je la kot sebab nak tahu macam mana proses buat tempura je. Aku lagi prefer masak udang dalam mee goreng sebenarnya. Mee goreng seafood memang kegemaran nombor satu sis hehe. Udang yang aku beli haritu pun aku banyak goreng dengan NuMee Gardenia je. Dalam 3 hari, habis 2 bungkus mee aku sorang huhu 🙈

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. sedapnyaa... terbayang bayang kesedapannya

    ReplyDelete
  2. Sedap buat udang tempura serbuk roti. Memang extra crispy dan sedap. Tengok pun dah tahu crispy nya :)

    ReplyDelete
  3. hahaha renyah kan? Buat sekali je dulu pastu malas dah. Baik makan dekat sushi king je

    ReplyDelete
  4. mmg udang bengkok bila masak.. xleh wat apa dh.. hahahaha

    kalo sy mmg xkn buat ni sbb sy malas.. rela beli yg dh siap.. kehkeh..

    nmpk sedap betol!

    ReplyDelete
  5. takpelah nasa. lagi senang nak makan kalau dah siap cabut kulit ekor dia tu kan. sedap rangup udang tempura ni

    ReplyDelete
  6. At least penah cuba buat.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS