Hati-hati kalau beli coklat dari Shopee | NaSa

Hati-hati kalau beli coklat dari Shopee

in , , by NaSa, November 08, 2021
Assalamualaikum



Berdebar tak baca tajuk tu? hehehe

Bukan niat nak menakutkan pun. Cuma rasanya kalau melibatkan produk coklat ni, pastu beli online pula kan, macam semua orang boleh agak je kan apa risikonya? 😂

Ni adalah pengalaman kelakar diri sendiri la masa beli coklat dari Shopee haritu. Ingat tak masa buat kek batik indulgence tu kan kena buat ganache coklat untuk letak atas lapisan cream cheese. Haa coklat masakan untuk ganache tu sebenarnya aku beli dari Shopee tau sebab harganya yang lebih murah. Lagipun rumah jauh dari kedai bakeri dan aku malas nak keluar so kita order je la.

Kehebatan teknologi. Semua di hujung jari.

Coklat tu beli lama dah. Masa Jun 2021 lepas kerajaan bagi duit e-Belia. Aku takde barang nak beli pun waktu tu. Lecturer aku pun pesan suruh simpan duit tu. Tapi masalahnya duit tu sah 2 bulan je sampai hujung Julai lol. Maka untuk tidak membazirkan duit percuma tu, aku borong la bahan dan alat baking.

Aku beli coklat masakan Beryl's lepas tengok ramai orang puji jenama tu. Masalahnya bulan Jun tu sebab pertengahan tahun kan, memang panas yang amat. Di negara 4 musim, dia panggil summer gitu. Aku hari-hari hidup dengan kipas kelajuan maksima sebab panas nak mampos. Suhu kadang cecah lebih 30 Celsius. Iyaaa kalau aku sebagai manusia pun rasa nak cair, bayangkan coklat??

Aku masa tu dah boleh nampak dah apa akan jadi pada masa depan coklat yang aku beli tu. Masa tu memang dah cekalkan hati untuk rasa redha dengan apa yang jadi kat coklat tu. Risiko beli online kan.

Dan firasat saya sangat tepat ya, kawan-kawan.

Boleh dengar tak aku gelak tu?
Sebab tahukah anda? Coklat dalam plastik tu masa aku pegang adalah 50% cair, 50% solid 🤣🤣

Bayangkan cuaca dah panas, ditambah pula van DHL yang hantar barang tu padat dengan barang, tak pelik la kalau coklat aku cair hahahahah. Masa aku pegang coklat tu, memang masih terasa plastik dia panas tau. Sebab tu boleh rasa coklat mengalir dalam tu. Kalaulah masa tu aku tengah buat kek kan, dah tak perlu double boil coklat ni. Boleh terus tuang je atas kek sebagai topping 😂

Lebih kelakar sebab coklat Beryl's yang aku beli tu asalnya bentuk coin. Tapi disebabkan kejadian ni, lepas aku biarkan ia keras semula pada suhu bilik, coklat tu transform jadi bentuk blok 🤣🤣

Hilang rupa chocolate coins hahahahahahah

Masa nak guna coklat ni untuk buat ganache kek batik haritu, aku kena ketuk dan pecahkan dengan senduk untuk masukkan dalam mangkuk. Takdak la perasaan pro tuang chocolate coins dalam kepingan bulat comel macam yang Che Nom buat masa dia rekod video tutorial kek batik tu.

Tak estetik langsung berketul camni hahahah sebab tu aku tak masukkan dalam entri kek batik tu 🤣

Tapi of course rupa tidak menjejaskan kualiti dan rasa pun. Ganache yang dihasilkan tetap menjadi dan sedap. Cuma tu la bila kenang balik, rasa terhibur juga. Begitulah ya risiko bila kita beli barang secara online ni. Tak boleh expect keadaannya akan sama dengan yang kita pergi kedai beli sendiri. Ia banyak bergantung kepada faktor luar seperti lokasi, cuaca, dan  kurier. Kena banyak sabar dan redha je la.

Lagipun nasib aku pun kurang baik sebab waktu beli tu, Shopee baru tukar semua kurier jadi Standard Delivery dan kita dah tak boleh pilih kurier. Sebaliknya, dia bagi kurier yang dia rasa sesuai je. Sebab tu aku dapat DHL. Padahal kalau tahu kedai tu takde JnT, baik aku cari kedai lain sebab JnT paling laju di kawasan aku. Selalu pos hari ni, esok sampai rumah. Berbanding DHL dan Poslaju suka peram barang.

Tapi takpe la. Coklat dah sampai dah pun. Dah guna hampir separuh plastik juga. Lagipun ni cuma risiko yang boleh terjadi pada coklat masakan atau coklat yang tak tempered je kot? Sebab tu ia mudah cair?

Sebab dari pengalaman aku beli produk coklat lain macam biskut gajus Apollo ni, coklat yang salut biskut tu masih kekal dalam bentuk asal walaupun lama nak sampai ke rumah. Terdedah kepada cuaca panas pun coklat tu tak cair meleleh. Cuma dalamannya lembut so kalau tekan tu dia mudah penyek.

Coklat nostalgia zaman kanak-kanak huuuu~

Ingat lagi tak biskut bentuk gajus ni? Dulu petang-petang lepas sekolah kami selalu dapat 20 sen untuk duit jajan. Rajin juga la kami beli jajan coklat ni pastu makan masa lepak di padang tepi rumah. Tapi sekarang buat apa beli peket kecil kan. Kita borong satu bekas tupperware terus la buat stok hehe

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. hahahhaa adoiii tak memasal berubah bentuk. sabo je lah

    ReplyDelete
  2. tudiaaa...ha3
    sorry akak tergelak.

    ReplyDelete
  3. haa mmg klakar.. dh xrupa coklat..
    nsb baik rasa tu masih ada.. hehe

    huh lejen betol coklat gajus tu! sedappp!

    ReplyDelete
  4. coklat tu bentuk coin kan? sis pun teringin juga nak beli coklat kat shopee tapi tak jadi takut cair. aduss kelakar bila tengok coklat jadi macam tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee kak. asalnya bentuk coin, akhirnya jadi rupa seketul bata hahahaha

      Delete
  5. akak pernah beli juga berlys coin tu, cuma masa akak beli tu dia masih ada rupa coin hehehe...

    pastu pernah jugak beli berlys bulat2 yg makan terus tu, penjual tu bagus dia letak pack ais so sampai rumah coklat tu helok semua rupanya. Walaupun amik masa 2 hari nk sampai, bergantung jugak pada macamne cara penjual pack barang kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. faktor seller pun mainkan peranan. tp sebab dia jual memang murah dpd orang lain, tak boleh la nak expect dia letak extra protection kan. lain la klu caj mahal tp sampai hancur, mau hangin satu badan.

      mujur saya memahami je orangnya. lagipun coklat tu nanti kena timbang ikut keperluan juga jadi coin ke, blok ke, tak kisah pun asalkan sampai jenis & timbangan yg betul. tp klu coklat mahal utk tujuan istimewa, taknak beli online la. rugi 🤣

      Delete
  6. haha lucu pulak! By the way tajuk memang click bait!

    ReplyDelete
  7. rupa bentuk coins dah lebur . mujur coklat dapat digunakan lagi

    ReplyDelete
  8. choc coins transform jadi choc bar.
    kalau transform jadi gold bar best jugak

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS