Review: Gardenia Delicia Salted Caramel Spread | NaSa
Assalamualaikum

Tahun lepas aku pernah komplen pasal roti Gardenia baru yang berinti karamel masin tu kan. Sebab ban coklat tak sedap dan inti karamel dalam tu sikit je. Seakan tak berbaloi dengan harga RM1.50.

Lepas makan roti tu, aku ada berharap yang Gardenia boleh jual inti karamel tu sahaja sebab karamel tu memang ok dah. Cuma padanan dengan roti coklat tu yang kurang bagi aku. So at least kalau kita ada karamel sahaja, boleh la nak makan dengan lebih banyak pilihan roti kan.

Dan sekarang ni IMPIAN JADI KENYATAAN! 🎉


Masa awal tahun haritu, inti karamel masin Gardenia kini dah dijual dalam bentuk botol~

Ada 2 pilihan saiz:
🔸 200 gram  - RM9.70
🔸 375 gram - RM16.00++

Kebetulan terjumpa masa pergi supermarket beli kuali haritu, so sis pun ambik la untuk cuba. Langgar tradisi sekali-sekala sebab selama ni aku setia dengan Nutella je kalau nak buat sapu atas roti hehe

ULASAN RASA:


Tak mengecewakan. Memang sedap.

Sapu atas roti sedap. Makan gitu je pun sedap. Sesuai tagline Gardenia "Enak dimakan begitu saja" ✅

Tekstur karamel ni aku suka sebab smooth dan tak banyak minyak. Rasa karamel versi botol ni pun lebih kaya daripada inti dalam roti coklat Gardenia tu. Masin-masin manis dan berlemak.

Tapi karamel Gardenia ni walaupun nama "Lepa coklat berperisa karamel masin", coklat tu tak rasa. Masin datang dulu 😂

Mujur balance je masin manis tu so rasa karamel ni tak mudah muak. Yang penting, masa sapu atas roti tu kena pandai adjust. Aku sapu nipis, tak terasa sangat masin dan manis karamelnya. Tapi sapu tebal sikit, masin sangat pulak haha. Jenuh nak praktis untuk dapat level sederhana yang sesuai.

Cumanya sebab kandungan gula yang tinggi, ada la semut singgah dan hurung lebihan karamel yang kering di mulut botol tu. Satu kerja nak kena kaut dengan sudu semut yang jatuh dari penutup botol tu masa aku buka. Padahal dah pusing penutup botol sehabis rapat tak nak bagi semut masuk.

Memang masalah aku kalau beli apa-apa stok makanan ni, asyik berperang dengan semut je la 😢

Lagi satu, honestly aku macam trauma sikit nak beli produk berasaskan karamel macam ni. Sebab pernah terkena makanan 'perisa karamel' yang rasa pahit sebab gula dia macam hangit gitu. Sebab tu aku jarang beli lepa perisa lain dan setia dengan Nutella sebab dah tau kualiti maintain tip-top.

Tapi karamel Gardenia yang ni sesuai la dengan citarasa sis sebab takde pahit tu. Rasa sedap, harga pun mampu milik. Jadi kalau habis, mungkin tak was-was nak beli untuk kali kedua atau seterusnya.

Kalau rajin, aku nak try buat waffle la pasni. Alang-alang aku ada waffle maker saiz mini kanBoleh la sapu karamel Gardenia ni untuk try padanan waffle dengan perisa berlainan. Ni asyik perisa coklat + peanut butter je aku makan setiap kali beli atau buat waffle. Tak berkembang tastebuds aku lol

Lagipun aku dah try sapu karamel Gardenia separuh-separuh dengan Nutella atas roti bakar yang dibakar rangup guna butter atas kuali leper. Masin karamel, manis Nutella, dan wangi butter tu serius lagi sedap daripada kombinasi coklat + peanut butter yang aku selalu makan!

Bayangkan rasa tu bergabung dengan waffle susu yang rangup dan wangi di luar, lembut di dalam?

Ya Allah sedapnya~

Tapi tu la masalahnya aku sentiasa malas so entah bila la nak buat waffle tu agaknya 🤡

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. tak jumpa lagi... kalau jumpa memang dah beli dah ni...sedap

    ReplyDelete
  2. oh baru tau kewujudan. boleh cuba nanti

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS