Shopee dah tak boleh gabung free shipping dan coins cashback | NaSa
Assalamualaikum

Alkisahnya, haritu baking paper aku habis sebab banyak sangat buat kek masa raya puasa haritu. Jadi sebelum tidur semalam, sis singgah le Shopee untuk beli siap-siap takut terlupa. Alang-alang free shipping voucher untuk Julai ni masih belum digunakan.


Selain baking paper, ada beberapa benda lagi yang aku nak dan untung la ada kedai ni yang jual semua benda tu siap ada free shipping untuk pembelian RM15 dan 10% coins cashback. Jimat gitu~

Tapi pastu sis pelik ye sebab walaupun Shopeepay dah topap duit secukupnya, semua voucher dah pilih, tapi waktu nak bayar, dia caj full shipping fee tau. Eh tibahh je kau. Terus aku patah balik.

Rupanya Shopee dah tukar polisi. Platform voucher daripada Shopee iaitu free shipping dan coins cashback tak boleh diguna serentak dalam satu pembelian. Pilih satu je nak free shipping ATAU coins.

Voucher yang boleh digabungkan sekarang cuma 1 shop voucher (kedai punya) + 1 platform voucher (Shopee punya). So kalau kedai tu ada voucher untuk coins cashback, boleh la kita gabung dengan free shipping Shopee untuk lebih penjimatan tu. Kalau takde, takde la.

Dan di kedai yang aku nak tu tak ada sebarang voucher, so tak boleh dapat coins atau diskaun.

Step aku semalam, pilih free shipping dulu baru tekan coins cashback voucher. Jadi Shopee cancel free shipping tu dan bagi coins sahaja. Sebab tu shipping fee dikira penuh. Mujur aku perasan sebab duit Shopeepay aku tu ngam-ngam je dengan harga barang. Bila shipping fee naik, tak cukup duit la.

Kalau duit Shopeepay aku tu banyak, mau gitu je kena scam terbayar shipping fee tanpa sengaja lol

Aku malas nak topap Shopeepay lagi sekali maka sis korbankan coins cashback tu sebab order aku RM29 je. Dapat 290 coins baru bernilai RM2.90. Shipping fee aku kena bayar tu RM4.90. Kita ikut konsep penjimatan paling maksima 😂

Dan bila aku godek cari maklumat, rupanya perubahan polisi Shopee tu baru dibuat (tapi tak dihebahkan sepenuhnya kot?). Baca di website RinggitPlus baru tahu cerita sebenar. So selain aku, memang ramai la orang lain terkejut tetiba tak boleh guna dua-dua voucher serentak. Korang pun kan?

Sumber: RinggitPlus

Katanya polisi tu dilancarkan pada 8 Julai 2022, beberapa hari lepas. Aku cari kot-kot ada notis yang dihantar dalam app Shopee untuk maklumkan pasal perubahan tu. Mana tahu dia dah cakap tapi aku tak perasan kan. Tapi tak jumpa pun 😅

Ngeeee subtle je ye dia tukar-tukar polisi tu. Terciduk semua kaki shopping online sebab yang selalunya "jimat besar di Shopee" kini dah jadi "Allahuakbar, Shopee!"

Dah la free shipping tu pun dia dah tukar senyap-senyap. Daripada yang jimat RM6 (kot?) untuk shipping dulu, dia turunkan jadi RM4.90, pastu terbaru ni dah jadi potong RM3 je ye.

Subsidised shipping RM4.90. Tapi kalau guna free shipping voucher, dia potong RM3 jadi shipping fee RM1.90 sahaja. Sebuah jenaka.

Seriously FREE shipping apakebende la kalau tetap kena bayar RM1.90 tu, wahai Shopee???

Aku rasa kalau makin lama makin berkira macam ni kan, baik Shopee hapuskan terus je la free shipping tu. Takde la nak kena repeat sakit hati macam ni sebab iklan misleading. Kata beli RM15 jimat tak payah bayar kurier. Tapi masa checkout, tetiba kena bayar caj tambahan. Sis is kecewa.

Kurang-kurang kalau memang takde free shipping dan memang diberitahu secara jelas kepada pembeli, takde la kes fake hope.

Aku ni dah la baran dari haritu sebab dulu sebulan dapat 5 free shipping voucher, sekarang dah tukar 1 all store, 1 Mall. Pastu dulu satu free shipping voucher boleh guna untuk maksima 7 kedai, ni senyap-senyap dia tukar maksima 3 kedai je. Sekarang ni free shipping pulak tak berapa free.

Pastu kurier dah tak boleh pilih sebab seboleh mungkin dia nak kita guna Shopee Express hsdujasgdsha

Rasa macam SHOPEE WHAT IS THIS BEHAVIOUR??

Rujukan meme hehe


Shopee pun mohon tukar la banner dia ni. Daripada simbol "+" yang menandakan kita boleh gabung free shipping dan coins cashback, tukar jadi "@" sebab sekarang kan boleh pilih salah satu je 🙃

Kalau dia terus buat perubahan tanpa makluman gini, nampak gaya pasni dah last kot beli di Shopee. Ada aku balik semula ke Lazada karang. Merajuk, kita merajuk!

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. shopee sekarang memang makin annoying tau polisi diaaaaa, nampaknya kena bertukar guna platform lain..

    ReplyDelete
  2. Itu lah. Makin parah Shopee sekarang. Tak sayang customer ke buat macam ni.

    ReplyDelete
  3. Omg yes, thanks for this sistur. I baru nk memaki hamun (tp still kena maki hamun jugak sbb takboleh terima polisi apa benda shopee ni skrg 🥹) huh! Pasni tanak dah shopping sini..semua lari lazada je

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS